
"MH52? Hmm.. kaunter penerbangan ke Osaka dah ditutup," kata petugas kaunter pendaftaran masuk itu.
"Eh? Bukankah pendaftaran masuk masih terbuka 45 minit sebelum pesawat berlepas?"
Petugas itu memandang. "Ya, tunggu sekejap." Dia mencapai gagang telefon di hadapannya.
"Hello, Kak Su. Shira cakap ni.
Passanger kunci hilang sekarang
check-in."
Saya berdiri di hadapan kaunter sambil mengikuti bicara telefon petugas bernama Shira itu. Daripada percakapannya, saya kira tempat duduk saya untuk penerbangan ke Kansai sudah diberikan kepada penumpang lain yang ada di dalam senarai menunggu beberapa minit yang lalu.
"OK. Ada berapa bagasi?"
"Satu saja," jawab saya sambil meletakkan bagasi saiz sederhana untuk ditimbang.
"Encik terus ke
boarding gate C35 ya." Petugas Shira yang baik hati itu berkata seraya menghulurkan kembali pasport dan tiket penerbangan bersama-sama pas masuk ke pintu C35.
"Baik. Terima kasih."
II"Encik kunci hilang?" Petugas di pintu masuk itu menyapa.
“Ya,” sahut saya sambil tertanya-tanya sendiri bagaimana dia boleh mengetahui nama saya sedangkan saya belum lagi menghulurkan pasport, tiket penerbangan dan pas masuk kepadanya.
Petugas berlesung pipit di pipi itu tersenyum sambil menanda sesuatu di kertas senarai nama penumpang di hadapannya. "Tiket encik dah dinaikkan taraf kepada
business class."
IIIDi sisi saya duduk seorang pengarah syarikat bangsa cina sambil membaca akhbar
Sin Chew Jit Poh. Saya leka menjamu mata dengan pemandangan bercahaya di sekitar landasan lapangan terbang melalui tingkap pesawat.
Seorang petugas kabin datang menawarkan minuman. Saya menjeling ke arah tag namanya. Linda.
"
What would you like to have sir?"
"
Give me a glass of red wine," jawab pengarah syarikat berbangsa cina itu sambil melipat semula akhbar yang dibacanya.
"
How about you, mister? Would you like to have a red wine or white wine or.."
"Oh,
thank you. Bagi saya oren saja," jawab saya sebelum sempat Linda menghabiskan soalannya.
Kami tersengih. Saya dan Linda.
IVPertama kali saya menikmati satay bersama kuah kacang di dalam pesawat terbang. Pengarah syarikat berbangsa cina di sebelah sudah lama lena. Skrin tv di hadapannya terus terpasang menemani tidurnya.
Cahaya samar diselubungi gelap awan di luar. Saya mengeluarkan buku yang baru dibeli beberapa hari lalu. Di kulit hadapannya ada gambar dua kanak-kanak sedang berdiri memandang saya sambil memberi tabik hormat. Saya perasan sendiri, macam bos. Macam lelaki cina di sebelah. Ha ha.
.
Eh, tidak. Saya tak mahu
wine.