22.11.06

47 - Tiada alasan

Dia bersuara. Dengan wajah yang tenang, tanpa menoleh ke arah saya. Katanya, esok setelah pulang ke Wakayama tentunya dia tidak akan sesekali melupakan keindahan warna musim luruh di sini.

“Bukankah di Wakayama juga ada musim luruh?”

“Benar. Tapi musim luruh tahun ini paling istimewa,” katanya.

‘Istimewa..!’ Saya mengangguk perlahan-lahan.

Di pinggir jalan dua kanak-kanak berlari-larian. Si adik tersungkur ketika cuba bersaing dengan langkahan pantas abangnya.

Lututnya sedikit luka, namun dia tidak menangis.

Dan saya tersenyum sendiri. Tanpa sebarang alasan.

37 Comments:

At 23/11/06 6:27 AM , Blogger Dils said...

Got to admit.

Fall is lovely. All seems so serene and sad and beautiful. As what I remembered of it.

It must be even better for the places in the countryside.

 
At 23/11/06 8:56 AM , Blogger tuan tanah said...

saya kira di sini juga musim luruh sebenarnya. tapi aneh, sejuknya sehingga menikam ke tulang hitam.

 
At 23/11/06 1:03 PM , Blogger Pandang Dengar Diam said...

Seronok bersejuk-sejuk...

 
At 24/11/06 5:03 AM , Blogger Amanitium Cho said...

luruhnya istimewa kerana bersama kunci?

 
At 24/11/06 10:05 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

Bro...maafkan aku...

 
At 25/11/06 9:55 AM , Blogger sinaganaga said...

Ermmmmmmmmmmmmm... Hebat metafora kau. Jatuh hati. Musim luruh. Jatuh. Ermmmmmmmmmmmmm... Patutlah kau ramai peminat.

 
At 25/11/06 9:27 PM , Anonymous Anonymous said...

semasa berada di soton dulu,musim luruh adalah musim kegemaran saya.mungkin kerana warna kesukaan saya ialah oren dan coklat.sbb itu saya sukakan musim ini.

sekiranya saya diberi peluang untuk kembali ke sana dlm masa 3 bulan,sudah tentu saya akan memilih musim luruh untuk pergi dan berada di sana.

sinaganaga,saya setuju dengan kamu.en kunci ini memang ramai peminat!hehe

~Nur~

 
At 27/11/06 3:45 PM , Blogger Masy said...

hanya pernah merasa musim hujan, musim durian dan musin panas..

cinta bermusim pun agaknya pernah, kene check fail2 lama :)

 
At 27/11/06 7:17 PM , Blogger Orang Biasa said...

kat KL skang nih musim ujan di petang, panas di pagi, mendung di tengahari..erkk..musim ape tu yek?

 
At 27/11/06 11:59 PM , Blogger kunci hilang said...

dila, ‘serene and sad and beauty’.. you’re quite right!

tuan tanah, boleh jadi kamu sudah tersalah berkira-kira sehingga terlajak ke musim salju?

cuaca, tapi ramai juga orang suka berpanas-panas..!

amanitium, luruhnya istimewa tanpa alasan yang nyata.

semut, maaf untuk apa ya?

sinaganaga, kamu pernah meminati lagu wasangka cintaku awal tahun sembilan puluhan dulu?

nur, soton mengingatkan saya kepada Matt le Tessier. Boleh jadi kamu pernah mengenalinya?
Oh, tiga bulan di soton di kelilingi warna autumn. Kamu memang romantik! ;)
p/s. dahulu saya pernah meminati Audrey. Hari ini pun saya masih meminatinya.

masy, saya malah pernah melalui tiga musim dalam masa yang sama. Musim panas ketika musim durian. Sambil makan durian sambil menonton bola piala dunia. Musim World Cup! ;)

orang biasa, itu musim berjaga-jaga agaknya.
p/s. dengar khabarnya di Malaysia berpayung bukan sahaja janggal untuk orang lelaki. Malah kini wanita juga sudah ramai yang segan berpayung. Malang sungguh peniaga payung di sana!
p/s lagi. Saya pula selalu juga berpayung di sini. ;)

 
At 28/11/06 5:39 PM , Blogger Lan Rambai said...

macam winter sonata di musim luruh jer ni hehe

 
At 28/11/06 6:00 PM , Blogger Rie said...

macam cerita autumn in my heart ker musim luruhnya.

 
At 28/11/06 11:53 PM , Blogger kunci hilang said...

lan rambai, yang itu musim salju, kan?

esis, saya tidak boleh menjustifikasikannya kerana tidak pernah menonton cerita itu. :(

 
At 29/11/06 9:57 AM , Blogger dugongsenyum said...

Blog tuan sedap dibaca. Orang D*P pun tak macam ni komunikasinya. Ber "I" ber-"you" dorang tu hehehehe

 
At 29/11/06 10:04 AM , Blogger WRA said...

skang bukan musim sejuk ke?

 
At 29/11/06 10:05 AM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Musim luruh?

Apa tu?

 
At 29/11/06 11:38 AM , Blogger No Name said...

istimewa ? ..kenapa dia tidak berterus terang..

tersenyum ? .. mungkin situasi itu juga akan berlaku lagi 2-3 tahun..tp ketika itu, kamu tidak akan tersenyum..hehe =p

 
At 29/11/06 12:37 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

dia rasa istimewa sekali sbb Kunci ada bersama dia tu..:D

 
At 30/11/06 10:25 AM , Anonymous Anonymous said...

fren..takkan updet 2minggu sekali kot..(ckp kat org pandai jer..tak sedar diri betul aku nie)

 
At 30/11/06 10:51 AM , Blogger Bunga Rampai said...

Salam. Saya kira musim luruh bertambah istimewa dengan kehadiran sepotong kek kismis dan secangkir teh, menikmati kelazatan sambil melihat daun-daun berguguran...

 
At 30/11/06 1:13 PM , Blogger arianna adrizal said...

teringat cerita seorang kawan di Osaka. tentang cinta di musim luruh. sakura.

 
At 2/12/06 12:49 AM , Blogger Sri Diah said...

bayangkan musim kering dan daun getah jatuh berguguran di ladang Guthrie, Sime dan Golden Hope... saya fikir pak itam pun sudah letih mengutip getah sekerapnya...

 
At 4/12/06 2:30 AM , Blogger kunci hilang said...

dugongsenyum, ada orang bukan d*p kadang-kadang ber'watashi' dengan saya. :)

alexlacey, musim luruh pun dah dikira sejuk juga ;)

pegawai khalwat, kata orang putih, fall. Kata orang jepun, aki.

 
At 4/12/06 2:34 AM , Blogger kunci hilang said...

noheartfilin, dua tiga tahun lagi, tanpa senyuman. Oh, tentunya bukan mimpi indah. :)

syikin, 'istimewa..,' saya mengangguk perlahan. Saya sendiri tidak pasti sebenarnya.

idahani, haha.. saya pun tak perasan. Kamu harus berikan deadline yang sesuai.. ;)

 
At 4/12/06 2:47 AM , Blogger kunci hilang said...

bunga rampai, salam.
Saya teruja dengan kek kismis kamu itu. Simpankan sedikit untuk saya nanti. ;)
Minat teh inggeris?

arianna adrizal, saya percaya kamu juga tidak suka bercinta di musim panas, macam orang jepun. ;)

kak sri, dulu waktu kecil, saya pernah berasa bangga ketika membaca buku ilmu alam mili pak cik Ramli. Ada tertulis Malaysia pengeluar getah terbesar di dunia. Saya pun terfikir, negara kami memang kaya.

 
At 6/12/06 9:29 AM , Anonymous Anonymous said...

baru naik cuti bersalin. rindunya pada blog yang halus dan puitis ini...

 
At 6/12/06 9:30 AM , Anonymous Anonymous said...

baru naik cuti bersalin (pelik bunyi) yang benarnya - baru naik kerja selepas cuti bersalin...

 
At 7/12/06 1:31 PM , Anonymous Anonymous said...

apahal terlalu byk "/"
mcm mana nak paham ni.
waaa..

 
At 12/12/06 5:36 PM , Anonymous Anonymous said...

salam en kunci,

saya mahu entry baru,saya sudah bosan melihat nombor 47 setiap kali saya datang berkunjung. *wink*

kamu amat sibuk ya?

~Nur~

 
At 17/12/06 3:41 PM , Blogger Shami said...

salam kenal kunci hilang,
seronok ada kawan diperantauan, boleh berkongsi...pengalaman dan pengetahuan..lebih lagi cuaca dan adat budaya..mereka..yang tak ada kat tempat kita....

 
At 17/12/06 4:37 PM , Blogger zino said...

kalau kat KL tak ada musim luruh.. tapi sekarang ni setiap petang hujan.. kira luruh jugak le tu.. hehe

cantik gambar tu..

 
At 18/12/06 12:36 PM , Blogger ibuVouge said...

indahnya susun atur ayat kunci, samapi terasa didalam blog ini
terus la senyum, sebab senyum dari hati indah sekali

 
At 18/12/06 3:53 PM , Blogger hayad said...

lawanya gambo musim luruh tu..bila la dpt ke jepun nak nikmati musim luruh :D

 
At 20/12/06 10:46 AM , Blogger Masy said...

encik kunci benar2 hilangkah?? :)

biar kuncinya hilang, bukan enciknya

 
At 23/12/06 4:57 PM , Blogger Izariza said...

Terpesona saya dengan laras bahasa anda. Sungguh. Sudah agak lama kiranya saya tidak menikmati perasaan "zuuk" bilamana menatap catatan pada mana mana blog. Satu pujian ikhlas dari sentuhan mata hati saya.. Justeru keindahan yang dipamerkan menguntumkan kekenyangan apabila dihadamkan! Teruskan!

 
At 25/12/06 1:14 AM , Blogger kunci hilang said...

ana, tahniah di atas cahayamata kamu. Semoga dia akan membesar bagai johan!
Rindu itu indah.
Dan rindu itu anugerah.
;)

ron97 di dalam kumuplan G'n'R cuma ada seorang Slash. :D

nur, kesibukan sentiasa ada. Entri 48 nanti untuk kamu. Digarap dari celah-celah kesibukan.

shami, salam untuk kamu juga. Selamat berkunjung dan bergembira.

zino, mungkin kamu boleh paparkan gambar musim tengkujuh dari tanahair?
Sesekali ada banyak juga keindahan di sebalik tragedi.

ibuvouge, komen kamu sahaja cukup membuatkan sesiapa sahaja tersenyum. ;)

hayad, esok, lusa.., siapa tahu?
Saya pula sudah kerinduan musim durian.

masy, jangan biarkan kunci saya hilang. Saya ingin masuk ke unit apartmen ini. :D

izariza, kamu memang puitis.
Dan 'zuuk'!
Terima kasih atas komen ikhlas kamu. :)

 
At 25/11/11 11:39 PM , Anonymous Chameleon said...

tempat jatuh lagi dikenang.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home