11.10.06

44 - Persepsi

Ada kesan minyak pada bungkusan yang saya terima pagi ini. Kata petugas Fedex yang menghantarnya, mungkin kandungan di dalamnya pecah. Saya menggaru-garu kepala ketika petugas itu melutut di muka pintu dan menunduk-nunduk kepalanya berkali-kali minta maaf.

“Tak mengapa, ini bukan salah kamu. Mungkin bekas di dalam bungkusan itu tidak cukup kuat,” kata saya.

“Maafkan saya, maafkan saya,” dia masih melutut dengan kepala yang tertunduk-tunduk. Lama juga begitu.

Tidak ada kerosakan besar. Hanya ada rekahan kecil pada bekas plastik yang berisi sambal tumis ikan bilis. Bekas plastik itu memang tidak cukup kuat. Boleh jadi ia retak ketika dikeluarkan dari kabin pesawat penghantaran.

Kad ucapan hari raya yang pertama saya terima, ada kesan minyak dari sambal tumis ikan bilis di permukaannya.

Adik bongsu saya menulis:

Hari ini, waktu berbuka tak perlulah makan sushi atau nasi putih dengan telur goreng saja. Ini ada lauk sambal ikan bilis. Kuih tat dan almond london pun ada. Jemputlah makan.

Belum asar. Saya pandang jam. Entah mengapa saya rasa jarum saatnya berputar lebih perlahan dari biasa.

49 Comments:

At 11/10/06 2:36 AM , Blogger Amanitium Cho said...

petugas Fedex mereka amat bertanggung jawab terhadap tugas mereka. aku kagum. kau juga tenang.

haha, kau di sana sudah terima kad raya, aku di tanah air sendiri belum terima walau poskad pun. haha.

 
At 11/10/06 3:49 AM , Blogger Akima Akatoman said...

Pernah mengalami situsai yg hampir sama dengan kamu. Bukan Fedex tapi Sagawa Kyubin. Sebotol kicap Tamin pecah dalam bungkusan daging dan makanan halal yang aku order. Berkali-kali petugas Sagawa tu tunduk minta maaf, akhirnya dia ganti kesemua barang itu dengan yang baru.

 
At 11/10/06 6:02 AM , Blogger Abu Irfan said...

Berpuasa di negara Jepun. Pengalaman yang unik :)

(Harga akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia, hari biasa RM1.50, hujung minggu RM2.00)

 
At 11/10/06 7:10 AM , Blogger tuan tanah said...

Waaaah... Sambal tumis ikan bilis! Jakinya!!!

p/s: di Ireland tiada ikan bilis untuk ditumiskan. kami terpaksa menyeludupnya dari Malaya di celah-celah barangan dalam bagasi, setiap kali kawan-kawan atau diri sendiri pulang ke Malaya. :(

 
At 11/10/06 8:57 AM , Anonymous Anonymous said...

salam tumis ikan bilis memang kegemaran semua orang yang berada diperantauan.

dan rasa enaknya ,mesti 5 kali(atau lebih) ganda apabila dimakan kerana kita berada ditempat orang.

entry ini,buat saya kecur air liur walaupun saya boleh makan makanan itu hari-hari di sini.*wink*

jadi semalam,kamu berbuka dengan makanan yang dikirim dari kampung dan jugak air kotak perisa banana kegemaran kamu?alhamdulillah.

hikhikhik!

~Nur~

 
At 11/10/06 9:54 AM , Blogger Lan Rambai said...

Jangan gelojoh ya makan ikan bilis tu... takut tercekik pulak nanti haha

 
At 11/10/06 11:29 AM , Blogger Masy said...

di mana² pun, sambal ikan bilis mmg sedap. teringat sambal ikan bilis+tempe buatan arwah ibu kawan sy..sedapnyeeee tak tergambar.
alfatihah utk arwah..dan selamat bbuka puasa utk encik kunci.
tak teringin melayangkan kad raya utk sy ke? ;)

 
At 11/10/06 12:14 PM , Blogger hana_kirana said...

Memang budaya mereka kah untuk rasa bersalah dengan sebegitu sekali? Seringkali saya menonton di tivi (ya, saya kaki tengok tivi) kelakuan mereka yang sedemikian rupa. Meminta maaf dengan tertunduk-tunduk kepala dan badan.

Bagi kita yang Muslim, setahu saya perlakuan menundukkan kepala dan badan seperti ruku' dalam solat di hadapan makhluk lain adalah tidak dibolehkan dalam Islam.

 
At 11/10/06 12:15 PM , Anonymous Anonymous said...

Sedap juga dimakan sambal ikan bilis itu dengan nasi bersama dengan mayonis (kyupi mayonis ye).

Pernah makan serunding daging dengan kyupi mayo bersama nasi panas? Inilah menu di waktu poket kekeringan. Hahahah...(Teringat kisah silam)

 
At 11/10/06 12:55 PM , Blogger rudy bluehikari said...

oh oh..natsukashii! sedap dimakan dgn nasi beras jepun. melekat2. suap suap panas2 ke mulut. hidangan berbuka puasa dgn serunding daging bila malas nak masak. lagi2 tgh musim sejuk! fuh!

ryu_hana: hah dgn kyupi mayonis? hahahahaahaha jom balik fukushima hada! (Aku tiba-tiba teringat hadiah sambal ikan bilis arwah intan bagi kat aku sejurus dia balik dr malaysia. Hada, masih kah kau ingat arwah kouhai kita tu? Alfatihah.)

 
At 11/10/06 4:42 PM , Blogger Sunan_Jati said...

Wa... bagus sabar separuh dari iman.. hehehe

 
At 11/10/06 7:05 PM , Blogger Rie said...

kamu rindu kan malaysia?

 
At 11/10/06 8:41 PM , Anonymous Anonymous said...

baru kad raya yang pertama? saya sudah tidak terlarat utk membaca kad-kad raya yang diterima apatah lagi utk membalasnya. (dengan riaknya) haha!

 
At 12/10/06 12:53 AM , Blogger kunci hilang said...

amanitium, masyarakat jepun umumnya, bukan saja komited malah ada rasa tanggungjawab, jujur dan amanah dalam menjalankan tugas. Perkara yang baik harus dijadikan teladan.

Sewaktu di tanahair saya juga jarang menerima kad ucapan hari raya. Ha ha.

akimanikki, kamu juga gemarkan kicap Tamin? Di mana agaknya ada pengusaha yang membekalkan kicap manis cap kipas udang di Jepun? Saya ingin memilikinya untuk hari raya. :)

p/s. waktu kecil-kecil dulu saya biasa makan nasi dengan kicap cap tiga ayam.

amir mukhriz, dalam akhbar utusan Malaysia ada ruangan salam perantau. Tahun lalu gambar Yan dan kuncu-kuncunya masuk surat khabar.

tuan tanah, saya masih kepelikan kerana wajah kamu tetap manis walaupun dalam keadaan berjaki. Dan juga walaupun dengan berfesyen baju kebarung yang tidak sempat diseterika.

 
At 12/10/06 1:00 AM , Blogger kunci hilang said...

nur, ketawa comel kamu hampir sama dengan ketawa spontan anak gadis mak cik Kamota yang berusia lapan belas tahun.
Semalam saya tidak berbuka dengan air kotak banana. Saya minum oren blood.

lan rambai, saya cuba makan dengan sopan. Sebab dulu ustazah saya cakap gelojoh adalah amalan yang tidak elok.

masy, saya belum bersua dengan gerai menjual kad raya di sekitar Kansai. Kalau kad raya elektronik boleh diterima pakai tak?

hana_kirana, tunduk-menunduk memang amalan mereka. Budaya yang ini saya pun kurang suka.

 
At 12/10/06 1:07 AM , Blogger kunci hilang said...

ryuhana, serunding daging dengan kyupi mayo panas? Saya belum pernah cuba. Tapi memang betul kata rudy bluehikari. Sambal tumis ikan bilis serta serunding daging paling enak dinikmati dengan nasi beras jepun yang melekat-lekat.

p/s. kalau kalian kembali ke Fukushima jangan lupa bawakan sambal tumis ikan bilis dan serunding daging untuk saya. :)

sunan_jati, puasa sememangnya menguji kesabaran. Dan percaya atau tidak, bekalan iman itu jauh lebih bernilai berbanding bekalan sambal tumis ikan bilis.

esis, saya rindukan pasar ramadhan, saya rindukan iklan raya petronas, saya rindukan mercun bawang, saya rindukan malam tujuh likur, saya rindukan kompleks midvalley megamall, saya rindukan siaran Astro, saya rindukan nona manis yang dulu, saya rindu untuk membaca surat khabar Utusan Malaysia sambil minum teh tarik mak cik Noi, saya rindukan saat-saat menyusuri lebuhraya utara-selatan untuk pulang ke rumah nenek.

Dan ya, saya juga rindukan jemaah yang bersatu mencari malam seribu bulan.

gitartong, saya masih menunggu kad raya yang ada bunyi muzik daripada cik Sharifah Amani.

 
At 12/10/06 5:25 AM , Blogger Bunga Rampai said...

Salam.
Oh, kuih tat dan london almond kegemaran kamu rupanya. Jadi persepsi saya kamu seorang yang berwajah manis :)

Selamat bersahur dengan sambal tumis ikan bilis. Memang menyelerakan.

 
At 12/10/06 9:15 AM , Anonymous Anonymous said...

iklan raya petronas??

saya pernah menangis menonton koleksi iklan raya petronas yang ditayangkan oleh kawan-kawan di dewan kuliah sekolah perubatan,uni of soton,2 tahun lepas semasa sambutan aidilfitri.

oh,saya tidak bersendirian,ramai juga yang menangis waktu itu

syahdunya!!!

oh tidak,saya rasa kamu hanya tersentuh saja melihat iklan-iklan itu kan?

http://www3.youtube.com/watch?v=WMIjUKjB3eY ---> antara koleksi iklan raya petronas yang boleh dilihat dilaman web youtube.

enjoyZ!
~Nur~

 
At 12/10/06 9:32 AM , Blogger zura lias said...

waah..hebat..sudah dpt kad raya..sendiri di Malaysia belum dapat kad raya..:(..
semuanya SMS yang tak boleh dipanggil kad.

Selamat Berpuasa. *Belum Terlewatkan*

 
At 12/10/06 1:09 PM , Blogger Dils said...

sambal ikan bilis goreng. That is heavenly.

Sometimes it is best makan sambal ikan bilis, kicap tamin, telur goreng dan nasi putih.

Kecur.

 
At 12/10/06 2:23 PM , Anonymous Anonymous said...

bila di perantauan sambal ikan bilis jadi makanan paling berharga ek..tidak tu, memang tak pandang langsung..

 
At 12/10/06 5:58 PM , Blogger zino said...

kalau pos kat malaysia dia cakap macam aman agaknya..

selamat menikmati sambal ikan bilis.. feberet tu.. hehe

 
At 12/10/06 5:59 PM , Blogger Orang Biasa said...

wahh..apalah nama makanan yg pelik2 yg disebut dlm komen2 korang ni. rasa mcm nak berbuka di restoran sushi plak kejap lagi..hehe..aku tak mengidam sambal tumis..

 
At 13/10/06 12:24 AM , Blogger kunci hilang said...

bunga rampai, sahur saya cuma sebiji kurma dan segelas air kosong. Sambal tumis ikan bilis simpan untuk berbuka esok. ;)

nur, selama ini saya fikir kamu tidak pernah menangis semenjak darjah enam. Mana satu pilihan kamu untuk balik kampung nanti, Petronas atau Shell?

zura lias, mungkin kerana SMS lebih mudah dan pantas. Saya pula belum menerima sebarang SMS hari raya dari kamu.
Ya, saya sedang berpuasa. Belum habis lagi. :)

dila, so you know how to 'kecur' too, eh?

hani, saya percaya, di kampung juga saya masih memandang sambal tumis ikan bilis. Sekurang-kurangnya saya setia. Ha ha.

zino, cakap macam aman tu macam mana, ek?

orang biasa, pernahkah kamu mendengar nama makanan kiflice sorasima?

 
At 13/10/06 12:51 AM , Blogger kunci hilang said...

nur, whoaa.. iklan raya tu menarik. Saya pernah tengok dulu. Eh, kamu menangis?

 
At 13/10/06 11:42 AM , Anonymous Anonymous said...

hikhikhik,en kunci....

perempuan tetap perempuan,muda mana pun dia,tua mana pun dia..air mata tetap menjadi senjata dan menjadi penyejuk hatinya dalam masa yang sama.oleh itu,sudah tentu saya selalu menangis. (^_^)

ada antara koleksi iklan raya petronas yang betul-betul menyentuh hati sehingga menyebabkan air mata saya mengalir keluar.

ke pejabat,saya memilih Shell.Insya Allah balek ke kampung nanti saya akan memilih Primax 3,Petronas.terbukti lebih jimat :D

seperti di kotak borak ym pulak kan?!

~Nur~

 
At 13/10/06 1:38 PM , Blogger arianna adrizal said...

maaf, tp sy terharu sungguh dgn kata-kata adik tu.

 
At 13/10/06 3:31 PM , Blogger nuruleyda said...

dila,
saye katcni pon sgt suke mkn mcm tuu... itu dikira HEAVEN!!! =)
haritu mak kirim sambal ikan bilis+tempe... yumyum... sedapppp!

encik kunci,
salam aidilfitri... bape lame lg awak di sana? suke kuih tat jugak eh? same here.. hehee...

 
At 13/10/06 5:15 PM , Anonymous Anonymous said...

nasib baik kuih sepit tak dihantar juga
rasanya mesti terus hancur

 
At 14/10/06 1:40 AM , Blogger sinaganaga said...

Kunci,
Karipap segera - 1 paket 10 = RM3.80.

Roti canai segera - 9 keping = RM6.00

Dodol - paket = RM4.00

Bunga api banyak asap batang pendek - 200 cucuk = RM12.00

Bunga api keluar warna macam2 - 100 cucuk = RM25.00

...Info ini utk kau; takut2 kau lupa. Ha ha.

 
At 14/10/06 9:50 AM , Blogger BooK said...

lepas ke sambal ikan bilis. tak aci!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ni aussie kerek sangat ar ni. ntah pape ntah.

 
At 14/10/06 1:51 PM , Anonymous Anonymous said...

kalau balik naik ketaapi takder pasal pulak nak memilih minyak itu ini? ;P Aduhai Kelakar.

 
At 14/10/06 4:14 PM , Blogger kunci hilang said...

nur, kalau Primax 3 lebih jimat, kenapa ke pejabat menggunakan Shell? Adakah kerana Shell lebih berkuasa?

p/s. saya pernah simpan kad ucapan hari raya di dalam kotak kasut.


arianna adrizal, tidak perlu minta maaf. Tidak salah untuk rasa terharu.

p/s. saya masih bermasalah untuk mengeja nama kamu. :)

nuruleyda, kalau kamu sudi sediakan kuih tat yang paling sedap di Malaysia, saya mungkin akan terbang pulang ke sana. ;)

 
At 14/10/06 4:25 PM , Blogger kunci hilang said...

ron 97, beruntung juga sebab saya tidak teruja untuk makan kuih sepit. :)

sinaganaga, baju melayu tempah siap satu hari, satu pasang berapa ek?
Mercun tarik yang boleh diikat di daun pintu tu, ada lagi tak?
Ha ha.

book, strateginya, hati-hati dan diam-diam. Mungkin. Kalau ada rezeki, boleh lepas.

 
At 15/10/06 11:05 PM , Blogger nuruleyda said...

buat kuih tat yg sedap?! :rolled eyes: huhuuu... nk buat cake chocolate pon tak berkesempatan... fyi, saye tak smpt pon nk pulang beraya ke JB.. jumpa family di KL trus pulang beraya di rumah nenek di Kelantan... sedihhhh... :sobsob:

 
At 18/10/06 11:09 AM , Anonymous Anonymous said...

sambal bilis itu sudah habis? bagai mana raya disana?

 
At 18/10/06 1:05 PM , Blogger ibuVouge said...

selamat hari raya kunci
hmmm kalau awak letak add awak, mungkin banyak lagi kad awak terima..
sedih jugakk diperantauan kan
xpe awak kunci yg tabah

 
At 19/10/06 2:00 PM , Anonymous Anonymous said...

selamat hari raya maaf zahir batin dari saya untuk sdr kunci di perantauan sana... sabor lah yee.

 
At 20/10/06 6:25 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Bila di perantauan sambal ikan bilis pun mengujakan..

Salamt eidul fitr'. minal aidil wal faiezin. Maaf zahir & batin...

 
At 21/10/06 5:27 AM , Anonymous Anonymous said...

salam en Kunci:

sebentar lagi selepas waktu subuh saya akan bertolak ke Kampung dan akan mengambil masa selama 8 ke 10 jam untuk sampai.

minta maaf andai ada tersilap cakap,terkasar bahasa dan tersalah kata.

Selamat Hari Raya,Syawal 1472H

~Nur~

 
At 21/10/06 11:37 PM , Blogger Sri Diah said...

En. kunci; kamu jangan menangis di pagi syawal nanti ya!. Kamu kena geleng kepala saja dengan info ini - akan terjadi beratus-ratus kematian di jalanraya dalam kempen balik kampung. Tidak mustahil sambal bilis dan london almond turut berterabur atas jalanraya.... Salam Aidilfitri drp Kak Sri sekeluarga.

 
At 23/10/06 10:56 AM , Blogger Ku Keng said...

Salam dari saya dan selamat menyambut Syawal serta ampun maaf atas kesilapan dan kekasaran.

 
At 24/10/06 1:29 AM , Blogger Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin atas kekasaran dan kesilapan selama ini.

 
At 25/10/06 10:33 AM , Blogger Em said...

Salaams

Eid Mubarak no matter where you are now...

 
At 30/10/06 2:29 PM , Blogger zura lias said...

selamat arie raye..maap zahir n batin...

 
At 31/10/06 12:16 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

selamat hari raya.

maaf zahir n batin.

sungguh bertanggungjawab petugas tu, kalau kat sini, belum tentu mahu mintak maaf.

 
At 1/11/06 1:07 AM , Blogger kunci hilang said...

nuruleyda, bukankah ada banyak perkara yang kamu sukai di Kelantan? Tentunya kamu seronok menikmati ketupat daun palas pada pagi Syawal.

sleepless in gelugoq, sambal tumis ikan bilis memang tahan lama. Dan saya juga seorang yang cermat dan tidak gelojoh. ;)

kadok, sambal ikan bilis masih ada lagi. Makan berdikit-dikit, simpan untuk hari esok. Ha ha. Raya di sini tetap ada kemeriahannya. Dapat bakar sate, makan juadah hari raya hidangan
para perantau dari tanahair.

anonymous, ada juga orang yang kisahkan minyak wangi kalau naik keretapi.

ibuvouge, selamat hari raya juga. Setiap ketika di mana jua pun, tentu ada yang bersedih dan ada yang bergembira.

mydinz, selamat aidilfitri. Maaf zahir batin juga.
p/s. Pasukan setan merah sungguh mantap ketika ini.

 
At 1/11/06 1:15 AM , Blogger kunci hilang said...

blackpurple, pernahkah kamu sediakan sambal tumis ikan bilis sebagai juadah di pagi raya?
Selamat hari raya & maaf zahir batin juga.

nur, selamat balik kampung sebelum raya, dan selamat pulang bertugas semula selepas raya. Eh, kampung di mana?
Selamat hari raya ;)

kak sri, saya tidak sempat menggeleng dengan info tersebut. Mungkin kerana saya telah kehabisan stok almond london. :)

ku keng, sama-sama. Selamat hari raya. Jadikan kedudukan semasa sifar-sifar. Rekod tanpa bolos. :)
Salam aidilfitri juga dari saya.

 
At 1/11/06 1:21 AM , Blogger kunci hilang said...

bunga rampai, selamat hari raya dan maaf zahir batin. Saya tidak terasa pula kamu pernah berkasar atau terkasar bahasa selama ini.

em, thank you. Salam aidilfitri to you too.

zura lias, bila ada kelapangan dengarkanlah lagu raya nyanyian Anuar dan Elina. Saya tujukan kepada kamu. ;)
Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

syikin, Maaf zahir batin. Sama-sama bermaafan, elakkan jadi orang yang tak bertanggungjawab.
Selamat hari raya.

.
.

Untuk semua, selamat menyambut ketibaan Syawal. Semoga ia membuka lembaran baru yang lebih baik dari semalam.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home