1.9.06

38 - Misalan

Bila sudah bergelar suami, status kebebasan ekonomi peribadi akan berubah. Itu istimewanya masyarakat jepun ini, kata Eto.

Saya tidak jelas pula di mana keistimewaan yang dimaksudkan itu. Suami bertungkus lumus bekerja. Dan bila tiba hari gaji, kesemua wang itu diberikan kepada isteri. Urusan perbelanjaan rumahtangga dikawal sepenuhnya oleh isteri.

Saya pernah perasan perihal Teguchi. Dulu sebelum berkahwin dia cukup mewah. Tiga buah kereta mampu dibelinya. Saban minggu tidak pernah keputusan wang untuk singgah di bar-bar sekitar kota, keluar minum dan berpesta.

Hari ini Teguchi sudah bergelar suami. Petang tadi dia meminjam sekeping not seribu yen dari teman di sebelah meja untuk membeli minuman dalam tin. Dulu dia pernah bercerita, elaun untuk perbelanjaan bulanan yang diterima dari isterinya hanya cukup untuk menampung harga makanan tengahari di kantin sahaja. Waktu malam harus makan di rumah. Dan Teguchi sudah tidak kerap membeli rokok seperti masa-masa yang lalu.

"Rahsia keluarga yang bahagia," kata Eto. "Sebagai lelaki tidak perlu pening kepala memikirkan perbelanjaan harian. Semuanya diuruskan isteri. Itulah gunanya isteri."

"Ooohh.., lalu kamu boleh terus menumpukan perhatian kepada kerja, begitu?"

"Tepat sekali!"

"Eh, ini contoh saja ya. Misalan.."

"Misalan apa?" tanya Eto.

"Misalannya, kalau kamu mati esok, isteri kamu bagaimana?"

"Ha ha.. soalan apa itu? Isteri saya? Hmm.. mungkin dia gembira.., ada banyak wang dan boleh melancong menghabiskan sisa-sisa tuanya... Ha ha.. cis..! Tidak baik sungguh soalan kamu ini..."

Di langit, bintang-bintang berkerdipan. Anak bulan kelmarin kian menyerlahkan bilah sabitnya. Di fikiran, saya mencongak tentang menu makan untuk malam ini.

13 Comments:

At 1/9/06 9:17 PM , Anonymous Anonymous said...

Bestnya jadi isteri orang Jepun. Hujung bulan dapat duit, boleh shopping sakan... Satu store dia beli... hahaha

 
At 2/9/06 11:46 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

salam, agak2nya nak ke lelaki Malaysia ikut stail suami2 Jepun ni???

 
At 2/9/06 8:30 PM , Blogger Abu Irfan said...

kuncihilang, apa khabar kamu? baru sekarang saya berkesempatan melayari blog kawan-kawan. salam merdeka dari kami di malaya :)

 
At 2/9/06 11:45 PM , Blogger Em said...

Ola

Wah... option yang patut di timbangkan

 
At 3/9/06 3:14 AM , Blogger Amanitium Cho said...

haha, menumpukan perhatian utk kerja tanpa memikirkan wang? sudah rosak orang jepun ni. haha.

 
At 3/9/06 5:09 PM , Anonymous Anonymous said...

salam merdeka untuk kenci-san..
patutnye suami2 di malaya neh puasa jek..tak perlu wang untuk mkn tengahari..boley berbuka dirumah..sgt menjimatkan..bagus utuk para2 isteri dihujung bulan..hahahahaha
-musca-

 
At 4/9/06 10:48 AM , Blogger Masy said...

macam ibu bapa sy..arwah abah senang menyerahkan semua gajinya kepada emak yg dilantik menjadi menteri kewangan sepanjang hayat.hehe.
kewangan terkawal sbb arwah abah akan jadik 'mabuk todi' kalau pegang duit - dia yang kata bukan sy yang kata :)

 
At 4/9/06 1:16 PM , Blogger Izhal said...

bukan setakat tak payah fikir tentang perbelanjaan, mentol lampu rosak di rumah pun si suami tak perlu fikirkan...

 
At 4/9/06 2:29 PM , Blogger ibuVouge said...

hmm
saya suka kalau institusi rumah tangga itu ada dua kerjasama.baru PM dan menterinya tahu apa yg berlaku.Dan baru ada kebergantungan dalm hidup.maksud saya saling memerlukan antara satu sama lain..
tapi mungkin cara hidupnya begitu.

 
At 4/9/06 2:57 PM , Blogger Dils said...

So women are more empowered in holding the purse strings... That's nice!

Only I think.. everywhere is the same too. But guys are getting devious too and keeping some to themselves or don't give all to the 'isteri'.

 
At 7/9/06 5:43 PM , Blogger Sya said...

KH

Kat Malaysia pun ramai yg dah ikut.. kat opis ni ada 2-3 org yang menjaga kewangan suami. Malah ada yg bagi suami 5.00 sehari termasuk petrol motosikal, kami bertanya suami dia makan apa agaknya dengan kurang dr 5.00 sehari

 
At 10/9/06 6:42 PM , Blogger kunci hilang said...

anonymous, gambaran pertama perihal membeli-belah di Batu Pahat waktu kecil-kecil dulu ialah bangunan The Store di tengah bandar.

syikin, lelaki di Malaysia tidak mungkin menurut cara para suami di Jepun ketika perempuan di Malaysia tidak mungkin dapat mencontohi para isteri di Jepun.

amir mukhriz, semuanya ok. Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang pertama untuk kamu dengan status yang baru (?)

em, pilihan sentiasa ada di sekeliling kita. Jangan percaya kepada orang yang berkata: "Dah tak ada pilihan, apa nak buat.."

amanitium, kerosakan juga ada di mana-mana. Di Jepun, Amerika, Emiriah Arab Bersatu dan di Malaysia tentunya.

musca, bulan puasa semakin hampir.. sudah diganti puasa yang tertinggal di tahun yang terdahulu?

masy, saya pasti kamu juga boleh menjadi seorang menteri kewangan keluarga yang berjaya.

izhal, saya pernah terdengar seseorang yang menyatakan dia tidak akan bangkit meninggalkan tempat tidur untuk sesuatu yang hasilnya kurang daripada USD10,000 per jam.

ibuvouge, kerjasama pastinya tetap wujud.

dila, not getting devious but those guys are what we called wise men.

sinaganaga, typhoon bakal melanda lagi.

sleepless in gelugoq, banyak duit dan sunyi - sekalipun bagi orang Jepun, tidak selalunya sinonim.

kak sya, para isteri harus memasak makan tengahari untuk suami. Dengan itu walau hanya sekeping not hijau sekalipun, tidak menjadi masalah.

 
At 29/11/06 10:15 AM , Blogger dugongsenyum said...

>>>lelaki di Malaysia tidak mungkin menurut cara para suami di Jepun ketika perempuan di Malaysia tidak mungkin dapat mencontohi para isteri di Jepun.

hahahaha aku suka ayat kau!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home