26.6.06

30 - Hidup ini indah

Abang Mat tertoleh-toleh ke belakang. Matanya ligat mencari-cari sesuatu.

“Kenapa, abang Mat?” tanya saya.

“Ha? Tak ada apalah.”

“Jom, masuk office. Dah lewat ni,” kata saya.

Saya bergerak ke pintu. Abang Mat bingkas menurut dari belakang.

“Eh, tak tutup lampu? Suis lampu tu mana kau sorok?” tanya abang Mat.

“Takpe. Nanti blackout lagi,” kata saya.

Diam.

Di muka pintu saya berhenti dan berpaling.

“Lihat di atas,” kata saya sambil menuding ke arah satu objek kecil di siling.

“Oh…, err..,”

“Itu movement sensor.

“Oooh..,” abang Mat mengangguk. Mungkin sudah faham.

Di masa yang lain abang Mat bertanyakan tentang lokasi tandas yang ada bekalan air mutlak. Saya beritahu lokasinya dan mencadangkan abang Mat melakukan aksi tendangan tanpa bayang jikalau lampu tandas padam. Ada movement sensor juga di situ, kata saya.

Dan abang Mat menjawab, "Chesss! Purampokpuraku sungguh kamu ni."


II

Di Stuttgart, sepakan percuma David melencong cantik mengenai tiang gol sebelah dalam sebelum menerjah jaring. Para penyokong berjersi England dan tidak berbaju bersorak gembira. Brooklyn tersenyum girang. Victoria tiba-tiba sahaja anggun. Dan kawannya yang menawan di sisi, seolah-olah mengundang saya untuk bersama-sama minum teh inggeris pada lewat pagi ini.


Nota:

1. Movement sensor berfungsi untuk mengesan pergerakan manusia atau objek di sesuatu tempat. Salah satu aplikasinya ialah mengesan kehadiran manusia di sesuatu lokasi (contoh: bilik) lalu menghantar isyarat untuk lampu menyala secara automatik. Apabila tiada pergerakan dikesan dalam tempoh tertentu (tiada kehadiran manusia atau duduk diam, pegun lama-lama), maka lampu akan terpadam juga secara automatik.

2. Saya tidak pasti apa itu maksud perkataan ‘purampokpuraku’. Boleh jadi saya silap mendengarnya. Barangkali juga ejaan saya silap. Mungkin ia adalah perkataan dari Jawa. Agak-agak saja.

28 Comments:

At 26/6/06 3:38 AM , Blogger Akima Akatoman said...

purampokpuraku?
macam pernah denagr dalam cerita P Ramli.

(Lebih selesa dan mudah nak baca dengan saiz tulisan yang baru ni.)

 
At 26/6/06 5:40 AM , Blogger Masy said...

terperasan jugak ke'hepi'an Posh masa tu. pandai tol kameraman, siap dah aim dah bini dak Beckham tu ek.

tak minat England.

 
At 26/6/06 8:22 AM , Blogger Shu said...

owh..

abg mat sudah kurang bercerita..

banyak bertanya... lebih baik..

ke sekejap je?

 
At 26/6/06 8:30 AM , Blogger Amanitium Cho said...

ahah, rupa-rupanya movement sensor. jadi encik kunci memang betul lah tak boleh keluarkan arnab daripada topi ni? huhu.

tidak suka england, namun nampaknya england akan menang mudah menentang england yang kehilangan banyak barisan utamanya.

 
At 26/6/06 9:40 AM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Abang Mat terer tendangan tanpa bayang?

Aku nak menuntut dengan dialah!

 
At 26/6/06 10:51 AM , Anonymous Anonymous said...

satu cara penjimatan elektrik

tak terbakar ke mentol?

 
At 26/6/06 11:53 AM , Blogger Lan Rambai said...

Tak perasan pulak Brooklyn ada sekali.... nampak Posh jerrrr

 
At 26/6/06 1:58 PM , Anonymous Anonymous said...

ya hidup sangat indah bila kita pandai mengindahkannya..

seperti juga movement sensor itu,seronok bila pegunkan orang utk melihat betapa magicnya sensor itu.

nakal kamu!! hahaha

~Nur~

 
At 26/6/06 5:35 PM , Blogger kambing said...

ronsembilanpuluhtujuh, kenapa pulak mentol nak terbakar?

 
At 26/6/06 7:29 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Purampokpuraku...tak pernah jumpa dalam kamus jawa. Jawa klasik agaknya. :)

 
At 26/6/06 10:32 PM , Anonymous Anonymous said...

Komen untuk cerita mereka: Stevie dan Frankie masih lagi bermain below par. Agaknya mereka tak boleh main sama2, one at a time. Apa2 pun, Sven mesti buat sesuatu. gunakan kelebihan yg ada, Joe bijak mengelirukan pertahanan, letakkan dia bersama Wayne di depan, bukan di tepi. Aaron bijak di tepi dgn larian pantas dan hantaran cantik, gunakan ia. Sesekali cuba juga masukkan Jenas, dia juga antara pemain berbakat. Sven mesti berbuat perubahan agar permainan three lions meningkat. Lawan di suku nanti adalah negara penjajah Msia yg paling awal, dan yg bagusnya Deco dan Costinha hanya menjadi penonton. Gunakan kelebihan itu.

 
At 26/6/06 11:10 PM , Blogger Unknown said...

saya menggunakan sensor pada sumorobot utk membalas seranagan robot lain.. hahaha.. macm dalam robot con tu..

 
At 27/6/06 2:10 AM , Blogger kunci hilang said...

salam.
percayakah kamu hidup ini indah?

akimanikki, tentang P.Ramlee itu mengingatkan saya kepada mentera yang dilagukan oleh Ali Baba untuk membuka pintu gua. Saya percaya itu bahasa Jawa.

(Oh, saiz tulisan saya di sini masih sama. Mungkin kamu maksudkan dengan saiz kecil pada bahagian nota itu?)

masy, tentang ‘dak’ Beckham. 'Dak' itu macam 'encik' jugakah?

tak minat Switzerland.

shu, sekejap aje kot. :)

amanitium, kalau disediakan arnab dan topi itu terlebih dahulu saya kira boleh buat.

Tentunya bukan England menentang England. Kamu maksudkan pasukan merah hijau Portugal pastinya?

pegawai khalwat, untuk tendangan tanpa bayang sebenar, carilah Waja Timur di Hong Kong. :)
p/s. andaikata abang Mat benar-benar berkebolehan melakukan tendangan tanpa baying boleh jadi sensor yang paling sensitif juga tidak dapat mengesan pergerakannya. Dan tandas terus gelita.

lan rambai, Brooklyn ada di bangku barisan belakang Victoria, di dalam jagaan pengasuhnya, mungkin. Selepas David menjaringkan gol, Victoria bersorak dan berdiri. Tidak lama selepas itu dia berpaling dan berkata sesuatu kepada anak lelakinya itu. Mungkin dia berkata, “Ayah kamu hebat!”
Brooklyn tersenyum girang.

nur, kadang-kadang manusia terlalu sibuk merangka dan merancang untuk keindahan di masa hadapan tanpa menyedari keindahan itu sedang berlegaran di sekeliling mereka.
Haha. Ini bukan mutiara kata. Cuma ayat penyata.

kambing, saya sukakan soalan itu. :)

ron97, mentol tidak terbakar oleh penggunaan sensor.

blackpurple, saya sedang cuba mengingati perkataan Jawa yang saya tahu. Nyata tiada, agaknya.
Saya tahu satu ungkapan bahasa Bugis: ‘Mandre Nandre’.
Maksudnya: makan nasi.


orochi, kamu menggunakan robot untuk berperang dengan robot?
Hmm.., saya cemburukan kamu.
;)

 
At 27/6/06 2:14 AM , Blogger kunci hilang said...

mydinz, nyata sekali Frankie tengah ‘out of form’. Malang sekali baginya kerana ia berlaku ketika kejohanan Piala Dunia. Stevie G bermain baik setakat ini, namun dia tidak begitu berpeluang untuk mempersembahkan corak gempuran biasanya.
Tentang Joe, kalau dia diletakkan di hadapan bersama Rooney, pasukan three lions pastinya menghadapi masalah untuk mengisi kekosongan di bahagian kiri.

.

Francesco baru saja menjaringkan gol kemenangan pasukannya menerusi jaringan penalti minit akhir menentang pasukan kuning hijau Australia. Tahniah untuk Azzurri.

Sebagai penjaga gawang yang paling hebat, Gianluca Buffon seharusnya layak beraksi sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir kejohanan Piala Dunia kali ini.

 
At 27/6/06 4:43 AM , Blogger Amanitium Cho said...

haha, ya, saya maksudkan portugal, bukan england. kadang-kadang papan kekunci juga bermain magik dengan saya.

perlawanan itali menentang australia tadi amat dramatik sekali, dan gol yang telah dijaringkan totti ialah pada minit yang ke 95, padahal masa tambahan hanyalah 3 minit. saya benci socceroos.

 
At 27/6/06 12:25 PM , Blogger Masy said...

encik kunci,
'dak' tu shortform utk perkataan 'budak'. slang org Melaka.

selamat datang ke kelas Mari Belajar Slang Hang Tuah.hihi.

 
At 27/6/06 2:09 PM , Blogger ontahsapo said...

selepas gol itu baru aku tahu victoria juga pemain 'bola yg baik......

 
At 27/6/06 9:40 PM , Blogger kunci hilang said...

amanitium, pemain pertahanan Australia, Lucas Neill melakukan kesalahan terhadap Fabio Grosso di dalam kotak penalti pada minit ke 93, iaitu minit terakhir masa kecederaan. Jika tiada kekasaran dilakukan, pastinya pengadil perlawanan akan menamatkan masa sebenar perlawanan sejurus selepas asakan terakhir oleh pasukan Itali itu.
Para pemain Australia membantah keras keputusan pengadil menyebabkan masa terus berlalu, sebelum Francesco Totti menyempurnakan sepakan penalti tersebut, pada minit ke 96 sebenarnya.

masy, oh, bahasa Hang Tuah rupanya. Tapi dulu saya juga pernah terdengar seorang teman dari Pahang menggunakan ungkapan 'dak' itu.

ontahsapa, saya pula tetap tidak dapat meramalkan taraf permainan bola Victoria. Bagaimana kamu tahu?

 
At 28/6/06 6:40 AM , Blogger tuan tanah said...

kunci,
kalaulah orang yang jenis tidur lasak nak mampus, macam bersilat pun ada, adakah lampu akan terpasang dengan sendirinya juga?

 
At 28/6/06 2:03 PM , Blogger Rie said...

aku pandai tendangan tanpa bau... kaki. huhuhuhuh

 
At 28/6/06 3:28 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

hmm...mahai ke nak pasang alat sensor tu kat rmh?

 
At 28/6/06 7:50 PM , Blogger Dils said...

movement sensor. So if you are a couch potato and stare vacantly at the TV with mouth slightly gape open, then came 'blackout'? Can ar?

 
At 29/6/06 1:27 PM , Blogger Pandang Dengar Diam said...

kalau kita terkentut adakah ianya berfungsi untuk menyalakan lampu?

 
At 29/6/06 10:25 PM , Anonymous Anonymous said...

letihlah kena gerak-gerak selalu hehe.

 
At 30/6/06 12:18 AM , Blogger zino said...

kat bilik termenung pun guna sensor ke? kalau lama termenung mau terkejut tu.. tetiba lampu padam hehe

 
At 30/6/06 12:58 PM , Blogger kunci hilang said...

tuan tanah, kalau ada sensor pergerakan di bilik tidurnya, lampu itu mungkin akan terpasang dengan sendirinya. Bergantung pada kelajuan pergerakannya.

esis, saya pula suka mempraktikkan tendangan gunting. :)

syikin, kos memasang alat sensor itu tetap serupa sama ada ia dipasang di rumah, di pejabat atau di sekolah.

cuaca, oh, tidak sama sekali.

op,
kadang-kadang macam letih. Selalunya seronok. :)
p/s. selalunya jangkamasa sebelum lampu padam disetkan pada kadar yang bersesuaian dan tidak mengakibatkan keletihan.

zino, moralnya jangan termenung lama-lama untuk mengelakkan kejutan. :D

 
At 30/6/06 1:03 PM , Blogger kunci hilang said...

dila, you came out with another brilliant comment yet again.

While the sensor can be linked to the whole electrical devices in the room, depending on the relay application, usually this kind of sensor only connected to the lamp switching (ON/OFF) output.

Thus, in common, no need to worry ur screen will turn black while u r busying with ur potato and too lazy to close ur mouth. ;)

And it’s not causing the blackout after all.

(of course we can add the relay to make it happen, but I’m pretty sure it won't be the best of idea, will it?)

 
At 30/6/06 8:27 PM , Blogger kunci hilang said...

sleepless in gelugoq, England bermain buruk dan masih tidak terkeluar daripada kejohanan. Pastinya sesuatu yang istimewa bakal berlaku esok.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home