13.6.06

27 - Semalam di Fukushima

prolog

‘Tok, tok’. Joe mengetuk cermin kereta dari luar sebelum masuk duduk di sebelah. “Sorry, lambat sikit. Ayuh, aku belanja makan di restoran Malaysia Boleh.”


I

Saya pantas menghidupkan enjin kereta dan menyertai kesesakan di metropolis Osaka. ‘Malaysia Boleh’, fikiran saya bermonolog. Kedai makan yang diusahakan Kenny, lelaki cina dari Pulau Pinang. Dulu sewaktu lokasinya di Fukushima saya pernah membawa Miyuki berkunjung ke situ untuk memperkenalkan masakan melayu kepadanya. Kira-kira setahun yang lalu.

“Saya fikir awak sendiri yang akan masakkan untuk saya,” Miyuki.

“Hah?”

Just kidding,” kata Miyuki lagi sambil tersenyum. Suka betul dia menggunakan ungkapan itu sejak saya memberitahu maksudnya.

“Hari ini saya belanja,” kata saya.

“Eh, kenapa pula?” Miyuki.

“Hmm…, hari jadi awak?” saya meneka.

“Oh, bukan hari inilah. Bulan depan!”

“Jun?”

Angguk.

“Berapa haribulan?”

“Dua belas.”


II

“Sekejap lagi mungkin kota ini tidak sesibuk selalunya,” ujar Joe sebaik kami keluar daripada restoran.

“Kenapa?”

“Ramai yang akan berada di depan kaca tv. Lupa ke? Jepun lawan Australia.”

“Haha. Ya tak ya. Masuk akal juga tu,” kata saya lalu kami mempercepatkan langkah.

Kira-kira setengah jam kemudian di Kaiserslautern, Shunsuke Nakamura menjaringkan gol kontoversi untuk meletakkan pasukan biru putih Jepun di hadapan mendahului pasukan kuning hijau Australia.

Jepun tak mungkin menang, kata hati saya. Saya lebih menyebelahi yang kuning hijau.

Tiga gol untuk kuning hijau dalam tempoh tujuh minit terakhir. Joe ketawa besar. Esok pastinya ramai orang jepun di pejabat yang bermuram durja, katanya.


epilog

Saya tidak pernah menghubunginya semenjak kembali ke Osaka.

Dua belas Jun.

Saya mencapai telefon bimbit dan menaip pesanan ringkas kepada Miyuki: tomodachi, happy birthday!


Nota: Miyuki kini menetap bersama keluarganya di kota Yamaguchi dan sedang giat mengikuti pengajian intensif bahasa inggeris di bawah kursus anjuran AEON.

38 Comments:

At 13/6/06 11:54 PM , Anonymous Anonymous said...

malam ini. korea vs togo. korea mendahului (buat masa ni). sana sini sorak-sorai bergema.

saya? sedang bertungkus-lumus mengulangkaji. ya, diselubungi sorak-sorai.

 
At 14/6/06 1:10 AM , Blogger kunci hilang said...

tudungperiuk, kamu tidak menyokong Togo?

 
At 14/6/06 1:13 AM , Blogger Izhal said...

pasti muram nihonjin esok... kalau depa menang, sebulan ditayang dalam tv... kalau kalah, seminit sahaja diatayangkan... di sini ramai brajiru-jin... hamamatsu-jin kena menang kalau tak mau malu di tanah sendiri ;)

 
At 14/6/06 1:26 AM , Blogger kunci hilang said...

izhal, nihonjin bertambah kecewa apabila Rep.Korea menang.
Oh, wajah-wajah kecewa para penyokong Jepun diulangtayang beberapa kali sebelum perlawanan Korea-Togo tadi.
p/s. jam empat Brajiru tai Crochia. Tidak tidur lagi. :)

 
At 14/6/06 3:44 AM , Blogger Amanitium Cho said...

ah, perancis seri apabila berhadapan dengan swiss. lepas ni match brazil pula. huhu. esok kerja. oh, kalaulah masa boleh berbuah di pokok. huhu.

 
At 14/6/06 9:31 AM , Blogger arianna adrizal said...

mmm, demam bola..

 
At 14/6/06 9:37 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

yeay..Brazil menang 1-0

 
At 14/6/06 11:00 AM , Blogger ontahsapo said...

bestnya dgr cerita orang kita di tempat orang lain...

 
At 14/6/06 11:10 AM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Nihonjin kalau kalah depa buat harakiri tak?

Pss... entah betul ke tak. Aku ikut dokumentari saja.

 
At 14/6/06 11:41 AM , Blogger aNIe said...

hehehe...demam jugak ke?

 
At 14/6/06 12:26 PM , Anonymous Anonymous said...

Saya menyokong Togo. Tapi sudahpun kalah. :(

Selamat Hari Lahir kepada Miyuki. :)

 
At 14/6/06 1:30 PM , Blogger WRA said...

kesian Jepun...dengar cerita coachnya "the magic man", betul ke?

 
At 14/6/06 1:48 PM , Anonymous Anonymous said...

kau sebenarnya tidak tahu tarikh lahir miyuki kan, dan taktik meneka itu nampaknya berjaya... haha...

miyuki mesti gembira kau ingat birthdaynya! err, dah kasi hadiah keychain kayu tertera namanya?

 
At 14/6/06 1:59 PM , Anonymous Anonymous said...

nasib baik besdaynya belum tiba
masa ditanya tu

 
At 14/6/06 4:47 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

hepi birthday utk miyuki.

saya fikir miyuki teman wanita kunci hilang :)

 
At 15/6/06 3:08 AM , Anonymous Anonymous said...

Leka aku membelek dan membaca coretan-coretan lama kamu, satu persatu.
Kau berbakat menulis, atau sememangnnya kau seorang penulis?

Tulisan yang bersahaja dan amat selesa dibaca. Ada sentuhan ada rasa. Teruskan menulis, kerana aku bakal menjadi pembaca yang setia!

 
At 15/6/06 6:13 AM , Blogger tuan tanah said...

selamat hari ulang tahun buat Miyuki.

maaflah, terlewat.

 
At 15/6/06 1:33 PM , Blogger sinaganaga said...

Kunci,
Miyuki: tomodachi...

Tomodachi je? Ta'kanlah...

 
At 15/6/06 2:05 PM , Blogger Unknown said...

saya menyokong jepun pada asalnya.. kemudian beralih menyokong australia.. sekarang saya menyokong korea..

 
At 15/6/06 4:18 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tambah setahun lagi umur Miyuki.. :)

Pemain2 Jepun longgar lutut di 7 minit terakhir......

 
At 15/6/06 7:15 PM , Blogger Dils said...

How does Miyuki find Malaysian food? To her liking?

Pretty bad Japan loses.

 
At 16/6/06 7:24 AM , Blogger Izhal said...

keh keh keh... brajiru ku sebarashiii...

 
At 16/6/06 5:33 PM , Blogger Rie said...

yesss malaysia boleh. boleh ke WC?

 
At 16/6/06 8:04 PM , Blogger Zuri Aqim said...

allo bro....

gua pon dah join dunia blog nie... rajinlah2 jenguk http://al-irfan.blogspot.com. geng2 yang lain pun dijemput sama.

 
At 17/6/06 8:52 AM , Blogger Em said...

Ola!

How is Miyuki anyways?

 
At 17/6/06 2:12 PM , Anonymous Anonymous said...

sampaikan ucapan selamat hari jadi dari rakan2 blogger kau untuk miyuki ya :)

 
At 17/6/06 5:53 PM , Blogger Unknown said...

Socceroos.. Socceroos..!! :P

Kesian kita, terpaksa sokong negara orang lain!!

 
At 18/6/06 5:00 AM , Anonymous Anonymous said...

Kunci,
Miyuki tu girlpren Kunci ke?

Ingatkan dia Miyuki tu girlfren Naga? **sambil garu kepala**

Ada gambar Miyuki? Nak nengok boleh?

 
At 18/6/06 1:42 PM , Blogger zizie ali said...

birthday saya, satu malaya cuti. bersamaan dgn hari keputeraan dymmspbyd agung.

p/s..iran balik awal. spt mana yg diramalkan oleh majoriti manusia.

 
At 18/6/06 3:03 PM , Blogger kasutVINCCI said...

pandai betul encik kunci meng ayat awek eh. Satu tektik baru utk mengetahui tarikh lahir seseorang.;)

 
At 18/6/06 3:36 PM , Blogger ibuVouge said...

tapi teknik tu kunci dah kena upgrade la..hehe

 
At 19/6/06 1:23 AM , Blogger kunci hilang said...

amanitium, ya, selepas ini perlawanan yang melibatkan Brazil. Lawannya Australia pula. Wah, lama sungguh sebelum saya membalas komen kamu ini.

arianna adrizal, walaupun saya tidak demam, saya masih belum berjaya menghafal ejaan nama kamu. :)

semut, Sepanyol pula menang 4-0.

ontahsapo, saya percaya apa yang berlaku di sekeliling kamu tidak kurang menariknya. Terpulang kepada mata yang melihat dan hati yang merasa.

pegawai khalwat, jika harakiri dilakukan selepas pasukan Jepun kalah dalam sesuatu perlawanan di kejohanan Piala Dunia ini, pastinya mereka akan kekurangan pemain sebelum sempat bertemu Crotia. Dan boleh jadi tiada siapa lagi yang boleh diturunkan pada hari perlawanan menentang Brazil!

kak lady, empat tahun sekali demam untuk jangkamasa sebulan ada baiknya juga.

hanakirana, saya mengesyaki kamu telah pun menjadi peminat setia Mohamed Kader, betulkah?

alex lacey, jurulatih pasukan kebangsaan Jepun dikenali dengan nama Zico. Nama sebenarnya ialah Arthur Antunes Coimbra. Merupakan lagenda bolasepak Brazil dan turut dilabelkan oleh sesetengah pihak sebagai pemain terbaik yang berasal dari Brazil selepas Pele. Di zaman kegemilangannya sebagai pemain, Zico seringkali menghasilkan gol yang menarik dan menakjubkan. Maka tidak hairanlah jika dia turut dilabel sebagai ‘the magic man’.

mydinz, ya, saya cuma meneka pada asalnya. :)
Keychain kayu? Belum lagi.

ron97, kalau sudah tiba pun, masih boleh menunggu pada tahun seterusnya. Asalkan tidak lupa.

syikin & tuan tanah, terima kasih bagi pihak Miyuki atas ucapan hari jadi. Op, kalau ada kesempatan, saya akan sampaikan ucapan itu kepadanya.

bukancicak, terima kasih atas dorongan. :)

 
At 19/6/06 1:34 AM , Blogger kunci hilang said...

sinaganaga, saya suka menonton kisah shichinen no samurai. Miyuki tahu kewujudan Akira Kurosawa tetapi tidak pernah menonton filem-filemnya.

orochimaru-sama, terbukti kamu tidak konsisten. Haha.

blackpurple, .. konsentrasi, konsentrasi.

sleepless in gelugoq, minumlah horlicks jika perlu. Usah terlalu kecewa atas kegagalan Jepun walaupun kejohanan Piala Dunia hanya muncul empat tahun sekali. Sukan Olimpik musim panas juga.
Oh, dan bolehkah kamu menunggu dua tahun lagi dan setiap empat tahun yang berikutnya untuk ucapan tanjoubi itu?

dila, Miyuki said she like it but a lot of spicy. No need to mention, of course.
p/s. I admire your question. Kind of unexpected.

izhal, saya menunggu aksi yang lebih mantap dalam pertemuan Brazil dan Australi sebentar lagi.

esis, perlukah quota untuk negara-negara Asia di pusingan akhir Piala Dunia ditambah sehingga 20 buah negara?

**al-irfan**, salam dan selamat menulis. Eh, how old are you?

em, she’s fine and absorbing well with her new life.

amir azmi, saya menyokong pasukan England. Pastinya bukan atas dasar paksaan mana-mana pihak. ;)

anynomous, Jennifer Aniston dan Jennifer Love Hewitt juga adalah dua insan yang berbeza. ;)
p/s. Hmm.., untuk foto, saya perlukan keizinan.

zizie, hari jadi agung bila? Kalau tak silap saya sentiasa berubah-ubah, begitu?

kasutvincci, esok hari jadi kamu kan?

Ermm.. saya percaya saya tidak akan dapat mengetahui hari lahir kamu dengan soalan itu. Mungkin.

Ya, mungkin. Seperti kata ibuvouge, kena upgrade. Hmm.. bagaimana ya?

 
At 19/6/06 2:39 AM , Blogger No Name said...

hehe..
12 june..
besday adik sy juga..
hehe..
tektik 'kunci' miyuki..
heh =p

 
At 19/6/06 6:43 AM , Blogger Amanitium Cho said...

ya, saya hantar komen pertama pada match brazil yang lalu, komen kedua pada match brazil yang lagi baru. :D brazil seperti dijangka, menang! namun nasib france ibarat telur di hujung tanduk selepas park menjaringkan gol. adakah zizou masih berpeluang beraksi selepas ini? kita tunggu dan lihat.

p/s: bagi rakyat malaysia, rio ferdinand, rio ferdinand, kata hasbullah ahmad awang.~ heh.

 
At 20/6/06 12:17 AM , Blogger kunci hilang said...

noheartfilin,
selamat hari lahir untuk adik kamu.
Apa hadiah yang diberi?

amanitium,
apa kaitan 'rio ferdinand, rio ferdinand' dengan rakyat Malaysia?
Oh, Hasbullah masih aktif berkomentari?

 
At 24/6/06 10:42 PM , Blogger Shu said...

nihon sudah kalah.. kesian kimura..
kesian nakamura.. :)

 
At 27/6/06 9:44 PM , Blogger kunci hilang said...

shu, kata orang, bola itu bulat.
Begitu juga kuih takoyaki dan buah melaka.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home