15.5.06

20 - Kereta Pak Ya

Sebuah BMW 8 series bercermin gelap tiba-tiba sahaja mengangkat lampu tinggi sebelum memotong S15 yang sedang dipandu Zen. Saya pantas melihat ke arah nombor pendaftaran kereta tersebut. Angka binary. Sifar-sifar-satu-satu.

Dude, slow down,” kata saya kepada Zen sambil menegakkan jari kelingking ke pipi.

“Ah, sou desuka,” balas Zen, sedikit terkejut.

Zen mengurangkan kelajuan keretanya. Di hadapan, BMW hitam itu terus meluncur laju menyusuri laluan 176 sebelum hilang ditelan kepekatan malam.

30 Comments:

At 15/5/06 2:04 AM , Blogger Izhal said...

itu pak ya tuuuuu... mungkin pak ya pangkat terbesar... tambah2 kalau lining kereta dia gold... sorokkan jari kelingkingmu wahai kunchi hilang!!! heheh...

 
At 15/5/06 6:01 AM , Blogger Amanitium Cho said...

mengikut adat jepun, bukankah mengangkat jari kelinking itu memberi maksud "wow, hot chick!" bagi rakyat malaysia? perbetulkan saya jika silap...

 
At 15/5/06 10:13 AM , Blogger kasutVINCCI said...

siapakah gerangan pemandu bmw itew?

 
At 15/5/06 10:50 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

hmmm..kereta pun pandai menggoda pandangan manusia

 
At 15/5/06 10:50 AM , Anonymous Anonymous said...

saya konfius..

 
At 15/5/06 12:27 PM , Anonymous Anonymous said...

saya pun tak dapat nak tangkap..

 
At 15/5/06 1:23 PM , Anonymous Anonymous said...

saya pula teringin mempunyai kereta dengan nombor pendaftaran 21 ataupun 27 ataupun 777. :)

 
At 15/5/06 1:39 PM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

pak ya itu konstabel..so BMW itu kereta polis peronda di jepun?wah..

 
At 15/5/06 1:53 PM , Blogger WRA said...

dengan kata lain, we have to be there to understand...heheheh

 
At 15/5/06 2:18 PM , Blogger sinaganaga said...

Plate NAG4 milik skuter hijau budak Menara Maybank. Aku nak beli, dia tak kasi.

 
At 15/5/06 5:55 PM , Blogger Masy said...

tak paham.
1. siapa dalam kereta BMW tu?
2. kenapa angkat jari kelingking??

 
At 15/5/06 6:05 PM , Anonymous Anonymous said...

sesungguhnya saya masih tidak paham...arghhhh

 
At 15/5/06 7:01 PM , Anonymous Anonymous said...

pak ya tu polis eh?

 
At 15/5/06 7:03 PM , Blogger Rie said...

aku ada RXZ
plat no. NAG1567

sory xde no. 4

 
At 16/5/06 3:24 AM , Blogger Amanitium Cho said...

aku ade moskito-rx, marilah berlumba esis. hoho

 
At 16/5/06 4:55 AM , Blogger Amanitium Cho said...

saudara kunci hilang, saya cadangkan saudara memasuki antologi jiwa kacau... penulisan saudara amat menarik sekali, dan saya mahu setiap lapisan masyarakat termasuk yg tiada kemudahan internet mendapat kemudahan utk membaca tulisan saudara. sekali cuba baru tahu...

http://jiwakacau.blogdrive.com/

sekian...

 
At 16/5/06 8:00 AM , Anonymous Anonymous said...

"kata saya kepada Zen sambil menegakkan jari kelingking ke pipi"

Dude, betul ke kau buat macam tu? Comel laaa pulak. Hhhahaha.

 
At 16/5/06 10:01 AM , Blogger jiGOMorrison said...

Yakuza ke dude? Yang suka potong jari kelingking tanda kesetiaan? :) Tapi aku dengar dia cuma kacau Nihonjin saja.

 
At 16/5/06 10:24 AM , Blogger tuan tanah said...

apa misterinya di sebalik nombor pendaftaran itu?

 
At 16/5/06 10:46 AM , Blogger Bunga Rampai said...

Salam kenal, salam ukhuwah di alam maya :)

Membalas kunjung kiranya. Terima kasih bermadah di teratak sepi saya.

bmw 8 siri. Hebat. Kata orang angka 8 ada ong :)

 
At 16/5/06 12:56 PM , Blogger Unknown said...

rasanya pemandu tu seorang programmer komputer sebab plat keretanya nombor binari.. haha..

 
At 16/5/06 3:04 PM , Anonymous Anonymous said...

kat malaysia ni tak ada yakuza
tapi mamat kancil ke kelisa yang bawak 150-160 adala, dengan selambanya angkat lampu tinggi potong bmw hehe.

saspek beb!

 
At 17/5/06 4:31 PM , Blogger zino said...

kereta sape lah tu ya.. tapi reaksi tu macam kereta yg amat di takuti dan terpaksa di hormati hehe

 
At 17/5/06 10:58 PM , Anonymous Anonymous said...

apa maksudnya ya?
erm :-?

~Nur~

 
At 18/5/06 3:35 AM , Blogger aNIe said...

isyykkk...bikin suspen je...pak ya mana pulak ni...

 
At 18/5/06 11:01 AM , Anonymous Anonymous said...

BMW series 8?
wau, saya belum pernah lihat
pernah setakat 7 sahaja

 
At 18/5/06 2:37 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kat sana ada BMW 8 series ekk....

Aku suka plat JAV4 takpun JAW4...hehehe

 
At 18/5/06 4:26 PM , Blogger kunci hilang said...

izhal,
ha ha. Boleh jadi tu.

amanitium,
jari kelingking yang digoyang-goyangkan seolah-olah menggaru angin membawa maksud ‘cewek’. Itu bagi orang Jepun. Bagi rakyat Malaysia pula, mungkin jari kelingking selalu digunakan untuk menggaru hidung. Betul ke?

kasutvincci,
malangnya saya tidak sempat untuk meneliti wajah pemandu BMW di sebalik cermin gelap itu. Apapun saya hampir pasti, itu pak ya!

syikin,
kereta tak pandai, yang pandai mungkin manusia yang diberikan akal untuk merekabentuknya.

Dulu ramai juga perempuan yang tergoda dengan lambretta.


gitartong,
kadang-kadang kekeliruan itu menyeronokkan. :)

tudungperiuk,
saya lega jika kamu bukan anggota polis.

hana kirana,
dulu saya pernah mengidamkan nombor pendaftaran kereta AFA 121.
Bila saya pulang ianya sudah berlalu.

semut,
kalau tak silap di akhbar melayu ada siri kartun dengan watak utamanya ialah lans koperal zakaria?

alexlacey,
tetapi sudah ramai orang yang tidak perlu ke angkasa lepas untuk memahami teori cakerawala. :D.

sinaganaga,
musa hitam ada model pertama proton dengan nombor pendaftaran proton 1000.

sleepless in gelugoq,
guru muda itu bertanya kepadanya, “Berapa soalan lagi yang belum dapat dijawab?”

“Satu,” jawabnya sambil menegakkan jari tengah.

Sejurus itu kelas menjadi gamat dengan hilai tawa teman-temannya. Guru muda itu tercengang.

Dan dia. Sesungguhnya dia tidak tahu.


masy,
1. pak ya yang berada di dalam kereta itu.
2. jari kelingking diangkat sebagai isyarat: ‘Pak Ya’.

kadok,
arghhhhh!

wickedwitch,
pak ya itu bukan polis.
Lans Koperal Zakaria itu polis.

esis,
saya pernah kehilangan motosikal. :(

amir mukhriz,
ya, betul. Saya lakukannya dengan wajah yang brutal, tapi.

tujuh86,
betul, tepat sekali. Dan mereka tidak mengganggu melainkan apabila merasa tergugat atau tercabar atau tidak dihormati.

tuan tanah,
itu angka kegemaran yang melambangkan identiti mereka.

bunga rampai,
hantaran perkahwinan kamu RM8,888.88?

orochimaru-sama,
musa hitam bukan programmer computer, kan?

op,
Haha. Tapi waktu saya di sekolah dulu ada sekawan pelajar-pelajar perempuan yang ‘baru nak naik’ menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘Yakuza Girls’.

zino,
Kereta itu tidak ditakuti, tapi dikehendaki mungkin.
Apakan daya, tidak termampu. ;)

nur,
Berhati-hati di jalan raya.

ron97,
sememangnya kebarangkalian untuk menemui model tersebut amat tipis berbanding untuk menemui model ‘kancil’ di Malaysia.

kak lady,
Pak Ya Kansai, mungkin.




Nota:
Pak Ya ialah istilah yang digunakan oleh orang melayu di Jepun untuk menggantikan perkataan Yakuza.

 
At 18/5/06 5:54 PM , Blogger arianna adrizal said...

o? mafia!

 
At 18/5/06 8:27 PM , Blogger kunci hilang said...

blackpurple,
Yang diimport, tentunya.
begitulah. Wang dan kebendaan itu bagaikan kutub utara dan kutub selatan di muka bumi ini. Ada tarikan kuat di antara kedua-duanya.

Oh, JAW1 pun menarik juga. :)


adrianna adrizal,
Di Malaysia mungkin ada 'gangster'?
Di kampung dusun ada, kalau tak silap.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home