27.4.06

16 - Interaksi

Selesai urusan pembaharuan lesen memandu, saya singgah di Bumiputra Commerce bandar permai. Suasana agak tenang. Saya menuju ke kaunter tempat mengisi borang ketika dua gadis remaja berbaju kurung memandang dan melemparkan senyuman. Seorang berkulit hitam manis, bertudung ungu dan seorang lagi berkulit cerah langsat, berambut pendek dan mungkin, ada kanta lekap di pasangan matanya.

Saya perlukan sedikit masa untuk berfikir dan mengingati semula tandatangan yang digunakan untuk urusan bank. Sudah sekian lama saya tidak menurunkan tandatangan sendiri, sehingga lupa seketika. Menariknya!

Dan entah bila masanya dua gadis remaja berbaju kurung itu turut berada di sisi.

"Awak, awak, betul ke cara kami isi amaun kat borang ni. Nak kena tulis 'ringgit malaysia dua ratus sahaja' atau 'dua ratus ringgit malaysia sahaja'?" Salah seorang dari mereka menyapa. Yang cerah langsat itu.

Oh! Saya terkesima lalu terus sedar lagi. Di sini Malaysia.

Saya berdiri berhampiran muka pintu Bumiputra Commerce menikmati kenyamanan penghawa dingin.

Di sini Malaysia. Dan saya beberapa kali hampir tersasul menyebut sumimasen, gomen, sokka, sou des ne dan wakatta ketika berinteraksi dengan orang sekeliling termasuklah Mak cik Noi, walhal ketika itu kami sedang menikmati keropok lekor dan air tebu, bukannya hidangan ebi sarada di meja kaiten sushi!

"Eh, yang ini awak ke?" tanya kakak kerani pos sambil memandang gambar di lesen memandu milik saya. Dulu dia memanggil saya dengan gelaran 'adik'. Dan saya pula menggelarkannya dengan nama kak Amy.

"Ya, zaman muda-muda dulu," jawab saya.

Kakak kerani pos tersenyum dan memberi komentar. "Muda-muda dulu nampak lain. Rambut pendek."

"Kak, lima tahun," kata saya.

"Lima tahun?" kakak kerani pos bertanya inginkan kepastian.

Saya angguk.

"Seratus lima puluh dua ringgit."

Tiga keping not 50 dan dua keping not seringgit dihulurkan.

15 Comments:

At 27/4/06 3:08 PM , Blogger kambing said...

sudah 5 tahun di jepun atau "renew" lesen untuk 5 tahun-keliru plak

 
At 27/4/06 4:05 PM , Blogger Petiais said...

jgn awk luper pasl mata wang dah ar kang beli roti 50 sen bagi 500 ringgit..muahaha

 
At 27/4/06 4:55 PM , Anonymous Anonymous said...

dua ringgit pun mahu dikeluarkan?

 
At 27/4/06 5:27 PM , Blogger kunci hilang said...

"Muda-muda dulu nampak lain. Rambut pendek."
"Kak, lima tahun," kata saya.
"Lima tahun?" kakak kerani pos bertanya inginkan kepastian.
Saya angguk.
"Seratus lima puluh dua ringgit."


kambing,
kesinambungan. Ha ha.
Perbaharui lesen memandu lima tahun bayarannya RM152/=


petiais,
diameter serta ketebalan syiling 20 sen dan 100 yen adalah hampir sama. Saya hampir saja terbayar tiga ringgit dan 200 yen ketika membeli sayuran berharga RM3.40 di pasar borong.

ron97 salah faham. :)

 
At 27/4/06 7:54 PM , Blogger sinaganaga said...

Eh, kalau ketemu nanti, berikan aku duit 5 yen; nak buat 'ibu duit' di dalam dompet.
:)

 
At 27/4/06 9:48 PM , Blogger aNIe said...

Seb baik tak keliru kira RM lagi...heheh...

 
At 27/4/06 9:57 PM , Blogger WRA said...

semalam ada komen kat entry bawah tapi tak masuk...
KH ni org terengganu ke? Tanjung Jara?

 
At 28/4/06 12:07 AM , Blogger zino said...

dah berpijak di malaysia rupanya.. selamat kembali ke tanah air..

 
At 28/4/06 3:23 AM , Blogger Izhal said...

mahalnya...

 
At 28/4/06 7:00 AM , Blogger tuan tanah said...

"Muda-muda dulu nampak lain."

Sekarang sudah tua sangatkah?

 
At 28/4/06 8:12 AM , Anonymous Anonymous said...

kepok lekor dan air tebu.

ah. saya benar2 cemburukan kamu. sungguh.

 
At 28/4/06 10:11 AM , Anonymous Anonymous said...

bercerita pasai lesen..hampir terlupa yg lesen ambo pon hampir mati...:)

 
At 28/4/06 10:28 AM , Blogger ibuVouge said...

hahah
entry yg IV rasa kena batang hidung..IV datang keja ari ni tanpa lesen.semalam lesen due..nak renew sendiri, huby, x bagi.(sebenarnya x bg kuar masa rehat..heheh).so kesudahannya..IV drive keta tanpa lesen..
soalan huby ~berani drive xde lesen
jawapan IV ~ xpe..kl jarang ada roadblock..

selamat bercuti..

 
At 28/4/06 1:42 PM , Blogger Sya said...

dah makna ke apa yg dirindu???

 
At 28/4/06 3:51 PM , Blogger kunci hilang said...

sinaganaga,
ha ha.. boleh, boleh. Masih ada dua keping syiling warna emas berongga dan enam keping syiling satu yen.

Dan dulu, ada juga orang jadikan syiling 5 yen itu sebagai kalung.


kak lady,
dulu kawan saya berbangsa jepun pernah ada urusan datang ke Malaysia. Selepas makan tengahari di warung melayu, penjual mengenakan bayaran RM10.30 (dua orang makan). Dan dia – mengeluarkan sekeping not seratus ringgit dan tiga keping not seringgit.

p/s. penjual di warung itu orangnya jujur.


alex lacey,
Tanjung Jara tempat mak cik Noi.
Kamu di mana ya. Marang?

p/s. saya kira paling ramai bloggers di Malaysia berasal dari Terengganu dan Lembah Kelang. Betulkah?


zino,
ya, saya di tanah melayu sekarang.
Terima kasih. :)

izhal,
haha.. tapi belum setanding dengan bayaran lesen memandu di Jepun.

tuan tanah,
lima tahun.
Dulu. Muda-muda.
Sekarang. Muda.

*kelip-kelip*


tudungperiuk,
Eh, tapi ada orang berkata di kepulauan asia timur juga boleh kedapatan air tebu. Versi import dalam kotak.
Keropok lekor..? Hmm.. ya, kamu patut cemburukan saya. ;)


kadok,
lekas!
Pergi perbaharui. Cuti hari buruh dah kian hampir.
Ha ha.


ibuvouge,
oh! Hati-hati ya. Saya risaukan jika ada polis trafik yang terbaca komentar ini. Esok terus ke pejabat pos tau!

kak sya,
ermm.. maknanya begitulah.
Ada masanya apa yang dirindu itu tidak boleh dikunyah. :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home