18.3.06

6 - Hilang

Ayub jadi tak keruan. Isterinya sudah hampir sepuluh minit termenung panjang. Percutian bulan madu yang sepatutnya menggembirakan tidak semena-mena terganggu di malam itu.

“Beg aku hilang,” suara Ayub yang panik jelas kedengaran di corong telefon bimbit. Saya baru saja nak melelapkan mata. Terus bangkit dan melihat jam di atas peti televisyen. Pukul satu suku pagi.

“Beg kau hilang? Bagasi polo yang besar itu ke?”

“Bukan. Beg sandang yang warna hitam tu. Petang tadi, aku tertinggal di stesen JR Kobe. Atas palang tepi. Kat tempat duduk berhampiran toilet. Tempat orang ramai lalu lalang. Sekarang ni baru perasan..”

“Oh, itu bukan hilang. Kau cuma terlupa.”

Saya tidak pasti sama ada Ayub dan isterinya dapat tidur lena di malam tersebut. Mungkin tidak.

Esok. Awal-awal pagi lagi Ayub dan isterinya sudah berada di stesen JR Kobe. Beg sandang bewarna hitam itu. Masih di situ. Atas palang tepi. Di tempat duduk berhampiran tandas. Di laluan orang ramai keluar dan masuk. Isi di dalamnya seperti sedia ada. Tidak ada yang hilang. Termasuk juga kamera digital yang baru dibeli tiga hari lalu khusus untuk merakam kenangan percutian selama seminggu itu. Ayub lega. Isterinya tersenyum.

Pagi ini sedikit gempar. Matsumoto, penolong pengurus di tempat kerja saya kehilangan laptop di Kuala Lumpur. Di hotel besar. Lima bintang. Berhampiran dengan kompleks Times Square. Ada mata-mata sinis yang menjeling. Ada juga wajah-wajah keliru yang inginkan kepastian. Saya hanya tersenyum. Kadang-kadang memaparkan wajah simpati. Prihatin terhadap kejadian yang menimpa.

Saya ingin memiliki sepucuk pistol yang boleh saya tembakkan pelurunya ke udara seraya berkata: "Jaga-jaga.. kemalangan akan berlaku. Tempat itu tidak seteruk seperti imaginasi anda."

Benarkah begitu. Ada masanya saya sendiri tidak pasti tentang jawapannya.

28 Comments:

At 18/3/06 8:44 PM , Blogger dinoor said...

bagi aku KL masih lagi berada di bawah tahap selamat yang yang aku boleh terima...

maksud aku, kedah lebih selamat dari KL, hehe...

 
At 18/3/06 11:09 PM , Blogger WRA said...

KL sekarang menuju ke taraf New York kot...bandar terbahaya di US...

 
At 18/3/06 11:20 PM , Anonymous Anonymous said...

tak dapat curi motor, sanggup buka karburator. jadik la.. bodohnya pencuri itu

 
At 19/3/06 5:56 AM , Blogger Unknown said...

Kadang-kadang kita pun keliru macam mana bentuk negara Islam yang sebenar!

Perkara yang sama berlaku, bila kawan saya tertinggal kamera digitalnya di sebuah kedai Melbourne. Esok, masa ada di tempat yang sama.

Saya sendiri pun kalau cari makanan 'halal' di supermarket di Laverton nie, tinggalkan jer basikal kat kaki lima. Tak de sapa nak curi walau berjam cari makanan 'halal'!

Barangkali, mentaliti orang yang tinggal di negara maju ini sangat membantu kendiri masyarakatnya.

Adakah mentaliti masyarakat Islam Malaysia hari ini tidak membantu kendiri masyarakatnya?

 
At 19/3/06 8:25 AM , Blogger Em said...

Ola

This is my opinion.To me Tokyo or Japan for that matter is relatively safe.

Kuala Lumpur depends on perception tapi masih under control and NOT that bad...

Kekadang dah takdir tak benda nak hilang.

 
At 19/3/06 9:16 AM , Blogger tuan tanah said...

ah, jujurnya orang jepun!

sedangkan kasut di luar masjid pun boleh dicuri, inikan pula laptop.

 
At 19/3/06 9:50 AM , Blogger Elle Abdollah said...

well, i'm currently at troy, NY.. it's very safe here probably because ade public safety (cam police but lg baik)..

coz org2 kat sini pun rumah xyah ade pagar or grill cam kat mesia.. let's imagine what would happen if kat mesia all the houses tade fences and grills??

 
At 19/3/06 9:53 AM , Blogger rafreen said...

sebuah blog dgn cerita2 yg baik :)

 
At 19/3/06 1:51 PM , Blogger hitomi said...

kehilangan camera digital semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang lecturer di kuil...aduh, sedihnya.. :'(

 
At 19/3/06 3:33 PM , Anonymous Anonymous said...

kasut kat luar masjid org curi, tabung kt dalam masjid lagi la..

 
At 20/3/06 8:04 AM , Blogger anis daud said...

saya kehilangan kombinasi nombor di bagasi saya.

yay.

 
At 20/3/06 9:00 AM , Blogger hana_kirana said...

selalunya yang mengambil/'terambil' itu bukan orang kita.

kadang-kadang orang kita.

 
At 20/3/06 9:54 AM , Blogger sinaganaga said...

Tomodachi,
Aku juga mengimpikan sepucuk revolver. Dan mahu berkata, “Ini bukan rompakan! Siapa yang ambil komputer riba itu - harap pulangkan dengan segera! Kalau tidak, aku tembak kamu seorang demi seorang. Mahu? Mahu?? Mahu???”

 
At 20/3/06 11:35 AM , Blogger Edd Vedder said...

thanks fer visiting mine, now I'm visitng yours. Cool one dude.

..bila nak jumpa kunci tu?

 
At 20/3/06 12:35 PM , Blogger pinky angel said...

*i'm lost*

 
At 20/3/06 2:12 PM , Anonymous Anonymous said...

terfikir jugak bila baca entri ni. ceritanya dlm blog aku. kejap lagi tulis...

 
At 20/3/06 4:28 PM , Anonymous Anonymous said...

salah guru atau salah bapa?

 
At 20/3/06 5:38 PM , Blogger aNIe said...

Errm...dua kejadian yang sama di 2 tempat yang berlainan...bagaimana agaknya kalau kejadian itu berlaku di 3 tempat yang berlainan...agaknya akan hilang atau tidak barangan tersebut...??

 
At 20/3/06 7:03 PM , Anonymous Anonymous said...

aku pernah kehilangan selipar dimasjid...cuma satu boleh kukata..mungkin selipar itu bukan rezeki aku kan?

 
At 21/3/06 1:11 AM , Blogger zizie ali said...

mungkin 'penampar jepun' adalah formula yang sesuai.

 
At 21/3/06 1:30 AM , Blogger kunci hilang said...

Secara umumnya saya bersetuju dengan mydinz dan em yang menyentuh tentang tahap keselamatan di Kuala Lumpur. Oh, bagaimanapun tentang Kedah itu, saya tidak pasti. Betullah, ia bergantung kepada persepsi setiap individu.
Dan pastinya juga bergantung kepada tahap keprihatinan setiap anggota di dalam masyarakat.
Persoalan yagn dibangkitkan oleh amir azmi sebenarnya adalah satu perkara yang menarik untuk renungan bersama.

Mungkin si polan bersetuju jika kesimpulan yang dibuat ialah masih ramai, amat ramai sebenarnya orang-orang di negara Islam yang sedang membangun sebenarnya mempunyai tahap keprihatinan dan rasa amanah yang amat rendah.
Di kalangan orang-orang ini juga, apabila dikhabarkan tentang budaya kerja kuat yang diamalkan oleh negara-negara maju yang bukan Islam pantas menyatakan mereka cuma hidup untuk bekerja semata-mata tanpa ada masa utk hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Dan ada benarnya, tukang curi itu kadang-kadang orang kita, kadang-kadang orang bukan kita.
Walaupun kerakyatan seseorang pencuri itu tidak konsisten, penyataan kamu saya andaikan sebagai konsisten, hana kirana. Tahap konsisten kamu tidaklah begitu mencemaskan.
Oh, kepada sleepless in gelugog, maafkan saya jika saya membuatkan kamu rasa cemas. Tetapi saya percaya rasa cemas yg disusuli kelegaan adalah suatu perasaan yang indah.

gitartong, perihal mengeluarkan karburetor setelah gagal mendapatkan motosikal mungkin mencerminkan sikap tidak mudah menyerah kalah oleh golongan tukang curi motosikal dan alat ganti motosikal ini. Dan lebih sadis lagi, ia sebenarnya mencerminkan amat terdesaknya golongan ini utk mendapatkan modal ringgit sehingga langsung melanggari batas keagamaan dan kemasyarakatan.

alex lacey, istilah 'bandaraya terbahaya di US' agak mencuit hati. Bukan kerana saya menafikan tahap keselamatan di metropolis New York. Yang mencuit hati itu ialah ungkapan 'terbahaya' yg kamu gunakan.
Boleh jadi kamu seorang yang spontan mengeluarkan kata-kata yg mencuit. Memang benar,
penempatan hitam Brooklyn di kota New York yg didiami ramai orang negro cukup terkenal dgn pengkhabaran jenayahnya.
Saya bukan seorang yg racist, tetapi cukup lega kerana Kg.Baru dan Jln.Telawi tidak dikuasai org negro.
Terima kasih atas maklumat kamu, 'elle.!?'*. Dari informasi tersebut nyatalah ada tempat lain yang lebih bahaya di US berbanding New York. Atau mungkin juga, tiada tempat yang bahaya langsung di sana. Oh ya, rumah nenek saya tidak berpagar. Syukurlah, fizikal rumah itu tidak menarik minat pencuri.

Malangnya, kehilangan kasut memang cukup sinonim, bukan shj di bandaraya Kuala Lumpur, malah juga di bandar Seremban, Bukit Mertajam, Felda Keratong dan Kampung Losong di Terengganu. Curi laptop dan curi kasut pada dasarnya adalah sama. Iaitu memerlukan kehadiran si pencuri, dan kewujudan barang yang dicuri.

tuan tanah, jaga-jaga kasut kamu di Dublin sana. Saya cukup risau bila kamu terpaksa mencari kasut baru lagi kerana kamu pastinya mudah lupa memakai sarung tangan di musim yg tidak sejuk lagi nanti.
Bila selalu menggunakan air yang dicampuri tanah, kelak tanah kamu juga yg semakin berkurangan.

anon, tabung masjid juga dicuri ya. Saya pernah terdengar tentang hal itu. Sehingga kini saya belum menemui sebarang adjektif utk dilabelkan kepada tukang curi tabung masjid itu.

Bila kadok berkata tentang kehilangan seliparnya di masjid, saya percaya ramai yg pernah mengalami nasib serupa. Kalau tidak di masjid pun, sekurang-kurangnya di surau-surau kampung atau surau di asrama. Malah saya sendiri selalu memakai selipar 'tat seng' berlainan saiz di kiri dan kanan setelah kecurian sepasang selipar 'bata' yg lebih mahal harganya sewaktu berusia 13 tahun dulu.

Saya percaya, Ayub boleh dikategorikan sebagai lelaki yang bernasib baik. Isterinya pula sebagai isteri bertuah.
Wah, bayangkan jika kamu kehilangan kamera digital yang baru dibeli tiga hari. Sempat menggunakan dua hari,
tetapi belum sempat memuat turunkan gambar-gambar itu di komputer. Bagaimana rasanya? Saya percaya hitomi memahami perasaan pada saat-saat begitu. Walaupun kamera kamu mungkin telah digunakan lebih dari tiga hari, kehilangan tersebut amat mengecewakan. Lebih-lebih lagi di sebuah kuil. Di Kuala Lumpur kah?
Atau di Gua Batu? Saya harap kamu tidak sedih berpanjangan, hitomi.

pinky angel, diharap kamu tidak selamanya 'lost'. Ayuh, bangun dan cuci matamu. Saya juga kehilangan. Kehilangan kunci. Ya, edd vedder, masih belum ditemui. Bilakah masanya? Saya tidak tahu.

anisism, kamu kehilangan kombinasi nombor di bagasi. Pesan saya, jangan terlalu banyak variasi dalam penggunaan
kekunci rahsia kamu. Ia boleh diibaratkan seperti kunci hilang. ;)

ron97, salah siapa? Saya berfikir sejenak. Wah, rupa-rupanya tidak semudah itu utk dijawab. Mungkin atok boleh memberikan pandangan dari seorang atok. Saya menunggu entri atok.

rafreen, ternyata kamu memiliki senyuman yang menghiburkan. Saya pasti jika kamu memiliki anak, anakmu itu sungguh berbahagia. Terima kasih. :). Saya percaya kak lady juga seorang yang cukup menghiburkan.
Dan anak-anak kak lady pastinya bersetuju. Bukankah begitu?
Tiba-tiba saya jadi kurang pasti sama ada perlu merujuk kepada graf taburan binomial atau janjang aritmetik untuk menetukan kebarangkalian yang berlaku jika diwujudkan lokasi kejadian yang ketiga. :)

Wah, bayangkan, jika pagi esok, rakan saya ini benar-benar memiliki revolver. Maka apa yang bakal berlaku seterusnya?
sinaganaga, saya memberi sokongan dari sini. Semoga kamu dapat menggunakan permainan psikologi yang jitu dan gertakan bisa terhadap pencuri yang anonymous itu. Semoga apa yang hilang dapat dimunculkan semula tanpa ada kemalangan jiwa.
Mujur naga kertas lebih gemar menggunakan revolver daripada menggunakan api dari mulutnya. Jika tidak pun, barangkali zizie ali boleh memberi tunjuk ajar tentang formula 'penampar jepun'.

 
At 21/3/06 3:36 PM , Blogger nuruleyda said...

u r really a gud writer!!! keep it up man! =)

 
At 22/3/06 8:00 AM , Blogger tuan tanah said...

oh.
saya baru dapat berita.
rumah kawan saya dimasuki perompak.
laptop, digital camera, camcorder, wang, etc hilang.
pintu rumahnya dikopak semasa semua keluar bekerja.

 
At 22/3/06 8:17 AM , Blogger Ku Keng said...

Hilang pedoman. Maka itulah bahananya.

 
At 23/3/06 12:25 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

...kalau mereka ada pistol, tak ada maknanya 'capoeira' aku....hehehe

 
At 23/3/06 1:34 PM , Blogger CmaNis said...

Terimaksih kerna melawat blog saya.

Bercakap tentang kehilangan barang, aku baru kehilagan kunci rumahku bila ia dikait orang. Uwaaaaa.....

 
At 24/3/06 8:17 AM , Blogger kunci hilang said...

nuruleyda,
I can't write an essay in Japanese ;(.

tuan tanah,
semoga rakan kamu tabah atas musibah yg menimpa itu.

keng,
mujurlah masih ramai di kalangan manusia hari ini yg berpedoman.

blackpurple,
usah risau.
'capoeira' kamu masih bermakna. Mereka tidak berpistol. Mungkin sebahagiannya cuma bersamurai.

rina,
kamu mengingatkan kunci saya yang hilang dulu. Saya sedang mengait manggis ketika itu. (Tidaklah, cuma imaginasi).

 
At 5/7/06 10:25 PM , Blogger Izhal said...

Alhamdulillah, percutian mereka tetap menjadi kenangan manis :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home