5.3.06

3 - Konsisten

Destinasi kali ini tidak jauh.
Cukup sekadar singgah di Rokko san.

Aksi seorang gadis jepun yang begitu cekap dan lincah menuruni bukit salji itu begitu mempesonakan. Yang paling menarik ialah juraian rambut di sebalik ‘snow cap’nya yang meliuk-liuk mematuhi hukum inersia. Saya yang terleka sedikit terkejut apabila seorang kanak-kanak meluncur laju dengan papan skinya beberapa sentimeter dari sisi.

Sakit di pinggul masih terasa. Itulah padahnya jika hilang konsentrasi ketika beriadah. Kanak-kanak itu terus meluncur dengan gah. Saya yang terpaksa mengelak terus hilang kawalan lalu tergelincir di atas ais yang licin.

Ini kali pertama berski. Kalau menggunakan papan luncur, mungkin masih boleh mengelak dari tersungkur. Mungkin. Kalau tidak kerana juraian rambut itu, mungkin tidak perlu mendapat sakit ini. Mungkin juga. Kata teman, gaya jatuhan saya paling buruk.

Selama ini saya hanya tahu menggunakan papan luncur. Niat saya memang ingin meggunakan papan luncur lagi. Malangnya, di situ, waktu siang hanya untuk aktiviti ski manakala papan luncur hanya dibenarkan selepas lewat petang. Saya pula, sudah cukup letih. Dan cukup lapar juga.

Saya pulang dengan pinggul yang terdera.

Sebabnya, mungkin saya sukakan gadis berambut panjang.
Tetapi kadang-kadang, saya juga sukakan Nakashima Mika yang berambut pendek itu.

Memanglah, saya tidak konsisten.

Nota:
Mungkin istilah bahasa melayu saya silap. Yang saya maksudkan
ski ialah ski.
papan luncur ialah snowboard.

20 Comments:

At 6/3/06 9:55 AM , Blogger Sya said...

Gadis Jepun memang boleh membuatkan lelaki jatuh dan tercedera kot? Teringat cerita "Memoirs of a Geisha" dgn hanya sesaat jelingan.....

 
At 6/3/06 10:49 AM , Blogger shera said...

ur 1st 2, 3 entry attract my attention..
so keep on writing!

enjoy bloggings huh?

 
At 6/3/06 4:55 PM , Blogger Kunci said...

Hi kunci, saya pun kunci.

 
At 6/3/06 6:23 PM , Blogger sinaganaga said...

aku suka kau!
:)

 
At 7/3/06 2:23 AM , Blogger aNIe said...

hehehhe....kan dah cedera...tu lah...len kali mata tu jaga sket... :P

 
At 7/3/06 8:24 AM , Blogger pinky angel said...

hi kunci hilang...
teach me how to speak nippon next time ok? hehe..

 
At 7/3/06 12:11 PM , Blogger dinoor said...

terdera pinggul?

err, kenapa perempuan selalu membawa kecederaan pinggul kepada lelaki... hmmm.

 
At 8/3/06 7:13 AM , Blogger kunci hilang said...

sya,
Saya belum menonton kisah 'geisha' itu.
(Gadis bukan jepun pun apa kurangnya).

shera,
Thanks.
Enjoy.

kunci,
Jaga diri kamu, jangan sampai hilang.

sinaganaga,
saya juga.
Suka saya.

kak lady,
agaknya, mata terlalu prihatin.

pinky angel,
boleh saja.
Saya juga ingin belajar.

mydinz,
benarkah teori itu?
Kalau benar, saya pun tidak tahu kenapa.

 
At 8/3/06 7:23 AM , Blogger anis daud said...

ohaiyo gozaimas!

 
At 8/3/06 9:12 AM , Blogger Pnut said...

ermmm saya mempunyai masalah untuk view blog awak..macam separuh je boleh view, separuh yg di bawah tidak boleh view, mcm frame dia salah je..ke aku yg salah...

kena buka tutup..buka tutup, 4-56 kali baru boleh bukak dan dpt view entry..dan dapat post comment...

Selamat blogging

 
At 8/3/06 9:21 AM , Blogger Fara said...

kirim salam ultraman, oshin, gaban, ksatria baja hitam, giant, sizuka, dan doraemon ... ermm tak lupa, takuya kimura.

 
At 8/3/06 10:37 AM , Blogger hana_kirana said...

saya juga tidak konsisten. kadang-kadang guna 'aku' di dalam entri, kadang-kadang guna 'saya'.

oh... sinaganaga sukakan kamu rupanya... baiklah, izinkan saya mengundurkan diri.

;)

 
At 8/3/06 2:06 PM , Blogger Leen AshBurn said...

Oh terima kasih kerana melawati laman blog saya. Saya sangat terharu. Saya pun selalu hilangkan kunci hingga menjadi sebagai jenaka dikalangan kawan-kawan saya. Hampeh sunggoh kawan-kawan saya itu.

 
At 9/3/06 12:19 AM , Blogger Masy said...

hi kunci..thanks sbb dtg ke blog sy..lenkali dtg lg ek!

 
At 9/3/06 1:02 AM , Blogger Em said...

Ola Kunci

Terima kasih ke atas kunjungan mu ke blog saya.Datanglah selalunya.

 
At 9/3/06 1:02 AM , Blogger Em said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 9/3/06 7:29 AM , Blogger tuan tanah said...

uhhh... pinggulmu masih sakit?

 
At 9/3/06 12:47 PM , Anonymous Anonymous said...

hajimemashite!

kalu nak meluncur lain kali tak payahla duk tgk awek jepun. :)

 
At 10/3/06 12:26 AM , Blogger kunci hilang said...

anisism,
ohayou.. (walaupun sudah lewat malam).
Kamu juga bangun awal nampaknya.

pnut,
saya kagumi kamu.
Tidak mudah berputus asa.
Terima kasih. :)

tgazfa,
oh, ramainya. Tapi saya belum pernah temui mereka itu.
..kecuali Sizuka.

hana kirana,
kalau benar begitu, saya kira kamu masih boleh menjadi konsisten.
Konsisten sebagai seorang yang bukan konsisten. ;)
Oh, saya belum benarkan kamu berundur.

leen ash burn,
cadangan saya, sediakan penyangkut kunci di depan almari.

masy,
sama2.
Saya pasti kembali.

em,
sama2.
.. dan jangan lupa sediakan hidangan yang enak ya.

tuan tanah,
oh, tidak lagi. Sakitnya cuma seketika.
(aduh.. saya lupa lagi akan perkataan baru itu..).

atuk,
terima kasih atas nasihat itu.
Saya akan cuba menurutinya.. (errkk)..

 
At 21/3/06 3:32 PM , Blogger nuruleyda said...

kunci ilang,
waaa... just noticed la abt dis blog... keep on writting!!!
btw, jage mate tu.. kn da sakit.. :p

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home