10.3.06

4 - Merah (merah)

Pukul 4.30 pagi.

Saya dah terjaga. Memang sengaja saya setkan alarm supaya ianya berlagu lebih awal. Bukan satu. Tiga. Saya ada temujanji awal pagi.

Pagi yang dingin.

Lokasi temujanji tidak jauh. Lebih hampir dari dekat. Amat dekat. Di dalam rumah juga. Di ruang tamu yang kecil. Di depan kaca tv. Bersama saya segelas Nescafe panas tiga dalam satu. Saya tidak letak di depan, nanti menghalang tumpuan ke arah kaca tv. Saya tidak letak di sisi. Risau kalau tersepak ketika dalam konsentrasi.

Saya menonton perlawanan bola. Setiap kali menonton pasukan merah-merah beraksi, saya jadi segar. Sejak bertukar pengurusan musim lalu, aksi pasukan merah-merah cukup menghiburkan. Pasukan merah-merah menjadi kuat. Di hujung musim, merah-merah jadi juara Eropah. Saya tidak lagi marah-marah ketika menonton pasukan merah-merah. Dulu-dulu, waktu saya masih belajar di sekolah, saya mudah marah melihat aksi pasukan merah-merah. Maksud saya, aksi yang buruk.

Tapi hari ini pasukan merah-merah macam sudah lupa. Pasukan merah-merah masih menghiburkan. Masih lincah. Cuma mereka lupa. Lupa untuk menjaringkan gol. Sudahnya, pasukan merah-merah tidak menang. Merah-merah bukan lagi juara.

Saya tidak marah. Tapi bohonglah kalau saya katakan saya tidak kecewa. Saya sendiri sudah menjadi seperti anggota merah-merah. Kami ada ikatan kimia. Cukup kuat. Saya langsung terlupakan Nescafe panas tiga dalam satu di atas meja. Sembilan puluh minit ia terbiar begitu saja di situ. Nescafe panas dah pun menjadi Nescafe ais.

Lapan pagi saya sudah sampai di tempat kerja. Di atas meja ada banyak dokumen bertanda merah-merah. Wah, banyak pembetulan yang perlu dilakukan. Saya tidak marah.

Hitoshi tiba beberapa minit kemudian. Dia terkaget seketika melihatkan saya sudah berada di situ. Saya pula terpegun melihat rambutnya dengan warna yang baru.

Merah-merah.

18 Comments:

At 10/3/06 6:55 AM , Blogger Em said...

Ola

Paginya dah set alarm

 
At 10/3/06 12:13 PM , Blogger sinaganaga said...

Kunci,
Jom sokong Bolton ler weh!!!!
Ha ha.

 
At 10/3/06 4:51 PM , Anonymous Anonymous said...

hehe. nice entry!

 
At 11/3/06 3:34 AM , Blogger aNIe said...

wow...pwminat bola betul ni...pasang alarm sampai 3...heheh...kalau tak terkejut jugak nasib lah tu...

Merah-merah?...pasukan maner tu..Read Madrid?

 
At 11/3/06 12:04 PM , Anonymous Anonymous said...

merah-merah? main dah bagus tp tinggi lampai tu terlupa yg main bola ni kena masukkan bola dlm jaring lawan tu. sbb tu kalah. hehe...

agaknya tahun ni siapa juara? merah-hitam ke merah-biru? putih binta ng dah keluar. mungkin jugak biru perancis? hehe...

k.lady: real madrid tak penah pakai merah. putih dan hitam saja.

 
At 11/3/06 1:22 PM , Anonymous Anonymous said...

dude, corat-coret kau best la.

 
At 12/3/06 12:15 AM , Blogger kunci hilang said...

kawan-kawan, terima kasih atas komen kalian.

em,
pasal bola. Pagi-pagi pun tak apa.

sinaganaga,
saya tak begitu sukakan Bolton.
Main kasar. Macam pengurusnya :).

emma,
-wink- nice comment!

kak lady,
alarm saya malah dilengkapi snooze juga.
Lima minit sekali.

Merah-merah, kata orang putih: The Reds.
Liverpool FC.

atok,
bila banyak peluang disesiakan, tekanan jadi memuncak.
Ya, termasuk si tinggi lampai itu juga.

Saya harap belang-biru-merah yang menang.
Apapun, bola itu bulat.

ted,
ada rempah merah-merah.
Terima kasih. :)

 
At 12/3/06 5:06 AM , Blogger zizie ali said...

merah-merah?
yang tak sedap, tulisan iklan di dada mereka.

 
At 12/3/06 8:52 AM , Blogger tuan tanah said...

pasukan merah-merah.
macam bomba.
hahaha

 
At 12/3/06 12:00 PM , Blogger Ku Keng said...

Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Hai, ramai juga budak-budak Melayu di Jepun rupanya.

Selamat segala-galanya yang baik-baik.

 
At 12/3/06 1:24 PM , Anonymous Anonymous said...

merah-merah? merah-kuning pun sama tahun ni (versi tempatan). hampeh lupa mana pintu gol agaknya.

 
At 12/3/06 3:52 PM , Blogger loppiess said...

lupa nak tendang bola masuk gol nii satu lupa yang amat serius.
Tahap keseriusannya sama seperti ....eer apa pulak nii, entah.

 
At 12/3/06 11:30 PM , Blogger kunci hilang said...

zizie,
dulu teman saya pernah dimarahi pengajar kerana memasang iklan itu di dadanya.

tuan tanah,
merah-merah yang ini, seluarnya pendek.
Dan tidak berhelmet.

keng tembaga,
bukan hanya budak melayu, bapak budak melayu pun ramai di sini.
Terima kasih :).

op,
versi tempatan?
Saya sukakan yang hitam putih.

loppiess,
seriusnya mungkin sama seperti lari tanpa benang :).

 
At 13/3/06 4:01 AM , Blogger dinoor said...

aku sokong merah-merah jugak. Tapi aku lagi minat Syaitan merah. Syaitan merah tengah rebuilding. so korang tunggu je la musim depan.

Striker tnggi lampai tu masa main southampton bukan main asyik score aja, morientes masa kat monaco pun galaknya score, Jibril tu pun masa main auxerre pun penjaring terbanyak, sekali main merah-merah semua buta gol, hampehs!

dan mera-merah kalah pulak malam ni, dengan gunners, hmmm... tapi ok jugak, selamat la syaitan merah kat no.2.

sapa menang UCL tahun ni? aku rasa team bekas manager merah-merah dulu, league leaders kat negara perancis sana... diorang main dahsyat!

 
At 13/3/06 12:20 PM , Blogger kambing said...

terima kasih datang rumah saya. sesenang datang la lagi.Kenapa ramai orang suka tengok bola. kenapa saya tak suka.

 
At 14/3/06 9:51 AM , Anonymous Anonymous said...

tiba-tiba saya teringat lagu Yassin Brothers:

Aisyah, Aisyah... si merah....
OoooOOoooOOoo...
Aisyah, Aisyah....



Sekian, terima kasih.

 
At 14/3/06 1:24 PM , Blogger Sya said...

Tang bola ni kak sya "bangang" tahap cipan and tak pernah ada sikit pun minat nak menonton.

 
At 15/3/06 12:31 AM , Blogger kunci hilang said...

mydinz,
Saya tidak sokong setan merah, tapi Rooney memang best.
Ya, masa lawan Arsenal, striker masih lupa.
Dan si kapten tiba-tiba tersilap.
Liga juara-juara, saya suka kalau Barca yang menang UCL tahun ni.
Pilihan kedua, Milan dan Arsenal.
Juara Perancis itu, memang dasyhat. Tapi saya kira mereka akan tersungkur lagi.

kambing,
mungkin kerana kamu lebih suka menonton sukan lain.
Gimnastik, contohnya.:)

hana kirana,
saya tidak tahu lagu itu.
Tapi saya kira nyanyian kamu itu merdu.

kak sya,
:). Mungkin kamu ada minat yang lebih istimewa?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home