14.3.06

5 - Simfoni 14/3

Hujung minggu lalu saya singgah di sebuah outlet di kota Tarumi. Ada banyak kempen jualan penghabisan stok. Banner-banner terpampang memaparkan potongan harga sehingga mencecah tujuh puluh peratus. Lazimnya, pada waktu begini para peniaga pakaian mula menurunkan harga untuk menghabiskan stok baju-baju tebal sebelum ketibaan musim bunga.

Sama hebat juga ialah promosi tentang hari putih. Di sana sini terpampang tarikh 14 Mac dan perkataan ‘white day’. Ianya seolah-olah satu peringatan kepada lelaki supaya tidak lupa membalas pemberian para gadis yang pernah menghadiahkan mereka coklat pelbagai rasa pada tanggal empat belas di bulan yang lalu.

Peraturan tidak bertulis menyebut bahawa si lelaki perlu membalas pemberian si gadis dengan barangan yang lebih mahal berbanding harga coklat yang dihadiahkan oleh si gadis. Ada orang berkata, sekiranya seorang lelaki di negara ini berstatus playboy, yang kebiasaannya menerima pemberian dari begitu ramai gadis pada tanggal valentine, maka dalam tempoh sebulan selepas itu dia akan kesempitan wang kerana terpaksa membalas pemberian kepada setiap gadis tersebut dengan harga yang lebih mahal.

Tetapi majoritinya, lelaki tidak sebodoh itu. Dan selalunya juga, seseorang yang mampu memegang gelaran playboy bukannya jujur.

Tadi, saya menerima pesanan ringkas menerusi telefon bimbit. Dari seorang kawan yang saya kenal sewaktu bertugas di Oita dulu.

Yumiko, “My boyfriend left me yesterday!”

16 Comments:

At 15/3/06 10:09 AM , Blogger sinaganaga said...

Muerkekekekekekekekekeeee... Ya ya, lelaki bukannya bodoh!

 
At 15/3/06 1:28 PM , Anonymous Anonymous said...

mesti lelaki 2 kesempitan wang..kesian..at least lelaki tak perlu rasa bersalah sebab x dpt balas pemberian gadis

 
At 15/3/06 2:24 PM , Blogger dinoor said...

adakah kau ingin mengatakan lelaki pandai adalah lelaki yg tidak jujur? lelaki jujur adalah lelaki bodoh? atau lelaki playboy sebenarnya hanya lelaki pandai? atau lelaki bodoh tidak boleh jadi playboy..??

argghh, apa aku ckp ni?

 
At 15/3/06 7:51 PM , Blogger aNIe said...

Kesian Yumiko...dapat boipren tak guna...dah abis makan cekelat...takde duit nak bagi girlpren...terus cari alasan lain...

 
At 16/3/06 12:47 AM , Anonymous Anonymous said...

dapat sms..

"En. gitartong, boleh saya berkenalan?" dari yang mengaku dirinya Ayu.

buat dek je.. lelaki tak sebodoh itu..

 
At 16/3/06 12:52 AM , Blogger Em said...

Ola

Kesian Yumiko tapi saya harap ada fadilat disebalik perpisahan diantara dia dan kekasihnya.

 
At 16/3/06 12:56 AM , Blogger Em said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 16/3/06 9:38 AM , Anonymous Anonymous said...

lelaki memang bukan bodoh, tapi kejam. Kalau dihantar ke Israel, mungkin boleh jd satu kombinasi yang bagus sebab yahudi tiada perasaan kemanusiaan, lelaki jugak begitu.

 
At 16/3/06 9:45 AM , Anonymous Anonymous said...

KH: merah2 menang smlm. hehe...

ada jugak budaya mcm tu ye. tak tahu la pulak.

 
At 16/3/06 3:21 PM , Blogger WRA said...

memang lelaki sangat "pandai"....

 
At 16/3/06 3:35 PM , Blogger Dils said...

Adakah awak juga sama memberi hadiah pada "white day"?

And you are right. Kalo dah digelar playboy. Die orang dah pandai akan tipu helah untuk elakkan memberi hadiah. Or at least, die orang akan bagi balik hadiah Awek A ke Awek B dan sebaliknya.

 
At 16/3/06 9:37 PM , Anonymous Anonymous said...

saya tak peduli pada hadiah lagi mahal itu, saya hanya peduli pada jualan penghabisan stok itu sahaja.

[heaven, heaven]

oh ya, terima kasihlah kerana memuji suara saya merdu. andalah orang pertama yang memuji suara saya. haha

 
At 16/3/06 9:40 PM , Anonymous Anonymous said...

oh ya. saya pernah terbaca entah di mana-mana:

"Lelaki itu ada kalanya bodoh, tetapi tidak selama-lamanya"

dan ini:

"Sepandai-pandai atau sebijak-bijak lelaki itu mampu ditewaskan oleh sehodoh-hodoh dan sebodoh-bodoh wanita"

Lalu saya memutuskan wanita lebih bijak daripada lelaki.

lalalalala...

 
At 16/3/06 11:11 PM , Blogger kunci hilang said...

sinaganaga,
saya pernah dengar satu dialog dalam sedutan cerekarama.
Pelakon wanita: Kalau bodoh, bukan lelaki namanya.

anon(1:28),
itu satu kemungkinan yang prihatin.

mydinz,
oh, sama sekali tidak.
Ia tidak semudah itu untuk disimpulkan.

kak lady,
kadang-kadang saya menghitung teori sendiri,
mungkinkah 'cekelat' yang diberi itu tidak sedap?

gitartong,
:)
(tapi kasihan Ayu).

em,
Mungkin ada hikmahnya.
Untuk makluman, Yumiko jauh lebih muda berbanding Siti Nurhaliza.
Pasti masa depannya masih cerah.

anon(9:38),
saya tidak nampak kebenaran pada penyataan itu.
Sedangkan lelaki yang bukan bodoh juga memerangi kekejaman yahudi di Israel.

atok,
aksi merah-merah itu membuatkan saya ceria.
Mereka tidak lupa lagi.

Budaya 'hari putih' mula dijaja oleh oleh para peniaga di
Asia Timur, khususnya di Jepun, Korea dan Taiwan.
Khabarnya, sudah pun menular sehingga ke Amerika.


sleepless in gelugoq,
saya kira, jawapan "awak belanja ya" oleh lelaki melayu itu
bertujuan untuk mencerminkan pengiktirafannya terhadap kaum wanita yang sudah mampu berbelanja lebih.

alex lacey,
saya setuju.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Sepandai-pandai lelaki mengelat boleh mengelakkan pembaziran.

dila,
Perkara 'hari putih' tidak termasuk di dalam senarai belanjawan saya.

Kaedah kitaran hadiah Awek A kepada Awek B adalah satu taktik yang pandai,
tetapi kurang bijak.

hana_kirana,
saya pula, pedulikan kedua-duanya.
:)
oh, kali ini 'lalalalala...' kamu sedikit sumbang.
Tidak mengapa, saya mempunyai sepasang telinga yang prihatin.

 
At 17/3/06 10:08 PM , Blogger ska_ocean said...

white day di Jepun utk lelaki membals gift girl eh? nasib baik xde hari mcm white day utk girl(then, should be called black day kot).. tu menunjuk kan pempuan lagi jujur dari lelaki kot? ye ke?

 
At 18/3/06 6:18 PM , Blogger kunci hilang said...

ska_ocean,
mungkin 'black day' tidak diperlukan lagi kerana selalunya wanita sudah begitu sinonim dengan 'valentine day'.
Wanita itu termasuklah mereka yang selalu menafikan menyambut hari tersebut sedangkan di hati mereka cemburu melihat kemesraan pasangan lain.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home