23.3.06

7 - Tempias

Memanglah saya tidak pernah menggunakan kamus elektronik ini ketika keluar membeli-belah atau mendengar nyanyian Ayumi. Apapun, saya tetap berpendirian tangki kata ini memang bagus. Sudah kerap benar ia menjadi penyelamat ketika saya berada di dalam situasi kematian pembendaharaan kata.

Kata Eto, saya seorang hartawan kerana mampu memiliki tangki kata ini. Secara spontan, saya jadi keliru. Harga asalnya tidak sampai 20 ribu yen. Selepas menyuakan passport dan memohon potongan istimewa, tauke kedai elektronik di Nipponbashi itu hanya mengenakan bayaran 17 ribu yen. Eto pula, saban minggu berbelanja tidak kurang dari 20 ribu yen membeli minuman beralkohol untuk bertukar menjadi seorang pemabuk.

Eto memang tidak kedekut. Apabila saya ditukarkan ke kumpulan baru, dia yang terlebih dahulu membelanja saya makan malam di sebuah restoran masakan Itali. Saya tidak makan banyak. Cuma sepinggan spaghetti makanan laut dan segelas minuman oren. Eto pula cukup berselera. Ada masakan daripada daging khinzir yang disalai juga. Sudah tiga gelas minuman arak yang dihabiskannya.

Kata Eto, 'Asahi beer ini bagus. Lazat dan memabukkan. Lupa segala masalah di tempat kerja.'

Saya anggukkan saja.

“Kenapa kamu tidak cuba? Tidak apa-apa. Di sini bukan Malaysia.” Eto belum mabuk. Tapi ucap katanya sering diselangi dengan ketawa besar. Kalau mabuk sekalipun, mungkin saya tinggalkan saja dia di situ.

“Ha ha ha…!”

Eto ketawa lagi. Banyak perkataan baru yang dipelajari. Saya nampak ada kesan percikan liur di skrin tangki kata milik saya. Eto bercerita lagi. Sambil mulutnya mengunyah-ngunyah pizza dan masakan daging khinzir yang disalai.

21 Comments:

At 24/3/06 3:17 AM , Blogger zizie ali said...

kau dah kena tempiasnya. cepat, balik mandi.
biasalah, berkawan dengan tukang besi, terkena tempias apinya.
berkawan dengan penjual atar, terkena tempias wanginya.

 
At 24/3/06 11:00 AM , Blogger syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

dah jumpa ke?

 
At 24/3/06 11:16 AM , Anonymous Anonymous said...

lain kali lepas minum air oren tu.
ko buat buat mabuk jugak.
hahaha

 
At 24/3/06 2:16 PM , Blogger Yume said...

itu yg boring bila org tengah mkn khinzir sibuk pul nak bercakap dgn kita

 
At 24/3/06 5:22 PM , Blogger sinaganaga said...

aku faham sangat. nak makan maggi jepun pun bukan boleh makan sembarangan. aku faham sangat.

malah, faham sangat-sangat.

 
At 24/3/06 6:10 PM , Anonymous Anonymous said...

ya menjijikkan. saya pernah juga mengalaminya dulu-dulu-dulu semasa belsekolah di sekolah yang majolitinya bukan olang kita ooo....

 
At 24/3/06 7:06 PM , Anonymous Anonymous said...

sediakan payung kecik pada tangki kata itu...harus dicuci sebersih-bersihnya...hehehe

 
At 24/3/06 8:56 PM , Anonymous Anonymous said...

kahkahkah!
awak samak ker mr D awak tuh ?

 
At 25/3/06 2:40 AM , Blogger WRA said...

baru nak tanya pasal samak dah ada yg bertanya....kawan di UK cakap dorang makan khinzir sebab daging khinzir di UK adalah antara yg termurah...kat Jepun sana pun begitu ke?

 
At 25/3/06 3:37 AM , Blogger tuan tanah said...

“Kenapa kamu tidak cuba? Tidak apa-apa. Di sini bukan Malaysia.”

sama seperti di sini juga, tapi bukan tentang arak.

kata kawan sekerja saya:
'kenapa kamu pakai tudung? bukalah. lagipun mak kamu bukan ada di sini.'

 
At 25/3/06 12:13 PM , Blogger Lady_A said...

Hi there!

Tks for dropping by my blog. Anyway, I dah pernah watched that movie. 'The Shining'.

U have a great weekend!

 
At 25/3/06 1:59 PM , Anonymous Anonymous said...

nasib baik kamus eletronik, kalau buku kamus, anda harus bakar sahaja..

 
At 25/3/06 2:46 PM , Blogger Rie said...

semasa di beijing.

makan apple pai. sbb yang lain tu semua daging tak halal.

tapi lepas abis makan. sorang kawan kata. "apple pai tu goreng dalam minyak yang sama dengan daging hamm tu"

 
At 26/3/06 11:12 AM , Blogger dinoor said...

to Kunci and Tuan tanah:

Begitu berat ujian untuk orang Islam di luar Malaysia yaa...

Ia akan buat kita semakin menghargai dan menjaga anutan kita.

Kenapa orang Islam di Malaysia seolah2 tak menghargainya? hmm...

 
At 26/3/06 1:32 PM , Blogger zino said...

kena duduk jauh2 sikit tu.. biar tempias nya tak sampai.. hehe

salam kenal..

 
At 27/3/06 12:32 AM , Blogger kunci hilang said...

zizie ali,
lalu saya membersihkan diri di dalam ofuro. Kurang lebih satu jam. Saya ingin berkawan dengan tukang masak ikan bawal tiga rasa.

sleepless in gelugoq & ultraman,
saya pula selalu terfikir lebih mudah menyediakan baju hujan sebelum hujan atau tempias. Malangnya, kadang-kadang saya lupa.

syed syahrul azizi,
belum jumpa. :)

ron97,
kaedah tampil mabuk dengan oren boleh jadi satu pilihan yang menarik untuk menarik diri. Jauh dari tempias.

nectar,
eto orang tua. Peramah. Memang suka berkata-kata. Ya, kadang-kadang membosankan.

sinaganaga,
mujur saya tidak begitu gemar makan maggi. Oh, dalam almari dapur masih ada beberapa peket maggi 'cintan'. Buah tangan dari orang melayu yang pernah menjengah ke sini.

hana_kirana, eh, kali ini hana_kilana,
(saya mencipta sebutan untuk menggambarkan perihal tidak konsisten)
dan sekarang, saya teringatkan seorang kawan, soong ai ling.
amoi comei oo...

kadok & petiais
dah. Saya dah bersihkan. ;)
(Ejaan nama petiais nampak unik).

alex lacey,
memang murah.
Beg tangan kulit yang paling murah pun dibuat dari kulit khinzir.

tuan tanah,
jika kamu larikan kawan kamu itu ke Kenya, apa lagi yang akan dibukanya? Bukankah emaknya tiada di situ.

lady a,
satu malam itu saya tidak dapat lena. Lalu saya menonton filem muzikal. ‘Menyanyi di dalam Hujan’.

gitartong,
kalau buku kamus pun, saya kira tidak akan berlaku pembakaran. Lagipun membakar itu leceh. ;)

esis,
kebarangkalian perkongsian kuali dan minyak tetap ada. Banyak tempat makan yang disenaraihitam oleh sebahagian orang melayu di sini kerana khabarnya ada berlaku perkongsian tersebut.

mydinz,
di mana-mana pun ada dugaannya. Ada saja cabaran yang tidak kurang hebatnya. Cabaran nafsu jahat.

zino,
salam kenal. ;)
Mungkin saya boleh berpindah ke sebelah. Semeja dengan gadis-gadis berambut perang itu. Mereka selalunya lebih sopan. Berkata-kata lembut dan tidak tempias.

 
At 27/3/06 12:52 PM , Blogger Petiais said...

ada apa dgn petiais?

 
At 27/3/06 1:23 PM , Blogger Unknown said...

hihihi... best gak buat2 mabuk lepas minum air oren...

 
At 27/3/06 1:35 PM , Blogger cik easy said...

aku ada program samak hadas besar utk operating system katakana tu.. kalau ko nak aku boleh installkan...

 
At 27/3/06 11:03 PM , Blogger anis daud said...

ada seorang sahabat saya teramatlah particular tentang makanan halal. sampaikan nak membeli roti pun sungguh berhati-hati.

tapi tonggang, tetap tonggang.

reason being: makanan jadi darah daging tapi minum cuma jadi air kencing.

rasa nak debik pon ada. haih.

 
At 28/3/06 1:11 AM , Blogger kunci hilang said...

petiais,
ada kedinginan pada petiais. Ejaannya juga menarik.

orochimaru-sama,
Tunggu di perayaan gong xi fat chai. Boleh mabuk limau.

cik easy
'besar' istilah tu. Tapi tidak mengapa, saya mahukan program itu.

anisism
aih.. bahaya sungguh teori sahabat kamu tu.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home