31.3.06

9 - Datok tidak makan sama

Sekurang-kurangnya tiga minggu sekali pasti saya singgah ke Naan Inn. Iaitu setiap kali sebelum solat Jumaat. Lokasi restoran Pakistan itu memang strategik. Cuma beberapa langkah dari pintu depan masjid Kobe.

Menu utama pada hari Jumaat ialah nasi beriyani. Hidangan buffet kari kambing dan ayam. Menu sampingan ialah roti nan dan kuih berbentuk segitiga ala karipap yang saya tidak tahu namanya. Secawan ocha diberi percuma atas permintaan. Ada rasa macam teh halia.

Majoriti orang yang ke masjid Kobe pasti singgah ke situ. Lalu saya percaya setiap hari Jumaat pemilik restoran itu mendapat untung besar.

Biasanya ada seorang tukang masak. Boleh jadi pemilik restoran tersebut. Penjaga kaunter bayarannya rakyat Indonesia. Saya memanggilnya dengan nama Kak Anti.

Saya tidak tahu sama ada tukang masak Pakistan itu adalah suami kepada Kak Anti kerana saya tidak pernah bertanyakan hal tersebut kepada mereka. Boleh jadi tidak. Selalunya orang luar hanya diberikan lesen untuk berniaga di negara ini jika ada ikatan kekeluargaan atau perkahwinan dengan orang Jepun. Biarkanlah persoalan itu.

Kelmarin Naan Inn ditutup kepada umum. Kawan saya pula ambil cuti. Dia berkunjung ke Kobe. Menunggu di depan restoran. Bukan untuk makan, tapi untuk melihat.

Kelmarin bukan hari Jumaat. Tapi taukenya untung besar.

Artis nombor satu Malaysia makan di situ. Semua meja ditempah khas.

Acara tertutup.

19 Comments:

At 31/3/06 2:59 AM , Blogger Nore said...

Suddenly, my stomach is churning. Sedapnye kalau dpt garlic naan tg mlm buta nih..

 
At 31/3/06 10:28 AM , Anonymous Anonymous said...

nan ada letak cheese pon sodap..tak caya...try la..

 
At 31/3/06 10:57 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

hmm, tiba2 lapar pulak

 
At 31/3/06 12:05 PM , Blogger aNIe said...

Roti nan kene kari kambing...emmmm...best....

Pasti CT yang datang tu.... :)

 
At 31/3/06 1:29 PM , Anonymous Anonymous said...

kamu minat artis nombor 1 Malaysia tu tak?

 
At 31/3/06 2:50 PM , Blogger Dils said...

Naan. Nyum2. Imagine the opportunities. Opening up nasi lemak stall in Kobe.

 
At 31/3/06 6:30 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

siapa yang bagi gelaran 'title' artis no 1 malaysia tu...?

 
At 31/3/06 7:23 PM , Blogger WRA said...

pernah sekali sahaja makan roti nan...dah lupa pulak rasanya camana....begitu hebat sekali artis no.1 Malaysia itu?

 
At 31/3/06 11:33 PM , Blogger el-Maaniq said...

tigasegi macam karipap? itu mungkin samosa.

 
At 1/4/06 1:04 PM , Anonymous Anonymous said...

wah! ini dah dikira 'special cases'. penindasan! penindasan!

 
At 1/4/06 6:25 PM , Blogger Unknown said...

Kena ajak CT solat kat Masjid Kobe tu!!

 
At 1/4/06 7:02 PM , Anonymous Anonymous said...

aku ingatkan Datok mana tadi, haha.

 
At 2/4/06 5:57 AM , Blogger tuan tanah said...

Artis nombor satu Malaysia?

Mawi ke Siti? hahaha

 
At 2/4/06 2:34 PM , Blogger Ku Keng said...

Lain kali jangan lupa pesan instant roti canai. Senang. Kalau kedai tutup lagi boleh jual canai kepada pelanggan yang kecewa.

 
At 2/4/06 6:34 PM , Blogger sinaganaga said...

Tiga segi macam karipap??? Ermmmm.... (kau biarkan sahaja aku, matjan, rimau, jigo, op berfantasi macam-macam)...

 
At 2/4/06 11:01 PM , Blogger kunci hilang said...

nore,
kalau makan garlic nan di tengah malam kamu harus berjaga terus sehingga fajar menyingsing :).

kadok,
saya cuba mempercayainya.
Bagaimanapun, ‘sedap’ itu subjektif.

syikin,
singgahlah ke restoran matahari di selatan Selangor.

kak lady,
kari kambing sedap di makan ketika musim sejuk. Membekalkan haba kepada badan.
Tetamu itu, si manis dari Kuala Lipis. Ya, saya kira itu betul.

sleepless in gelugoq,
masih ingatkah kepada penyanyi yang albumnya pernah ditaja oleh keretek sampoerna? Dia juga tiada di situ.

hana kirana,
saya meminati artis nombor satu.
(Nombor satu dalam kategori apa?)
Nombor satu dalam kategori yang saya minat.

dila,
peluang tetap ada, saya percaya.
Harapan lebih cerah jika kamu mengahwini lelaki jepun.

blackpurple,
sesiapa saja boleh memberi gelaran itu.
Perkara subjektif, selalunya tidak salah.

alex lacey,
saya kagum dengan fakta pemakanan anda itu. Anda pastinya seorang rakyat Malaysia yang sihat.
Tetamu itu tetap sopan dan tenang. Seperti zaman muda-muda dulu juga.
Hebatkah dia?
Itu juga subjektif.

el-maaniq,
ya, betul, betul. samosa namanya. Terima kasih kerana mengembalikan memori nama samosa itu. Saya memang kurang prihatin dengan nama makanan. Apapun, saya masih prihatin dengan apa yang terkandung di dalamnya. :)

gitarkaran,
bukannya penindasan.
Sekadar ‘privacy’, dan mengelakkan kekacauan, mungkin.

amir azmi,
khabarnya, Siti memang merancang menemui para jemaah di masjid.
Manusia hanya merancang.
Siti yang popular itu juga manusia.

ted,
datok memang ramai.
Dan yang hendak duduk di tempat datok yang itu juga ramai.

tuan tanah,
wah, soalan objektif yang menarik.
Bagaimanapun penilaian untuk jawapannya tetap subjektif.
Apa pula kata datok yang mempunyai 92 album tentang hal ini?

keng tembaga,
saya lebih berminat makan roti canai berbanding menjual roti canai.
Roti canai segera? Saya belum cuba.

sinaganaga,
saya pasti.
Mereka akan berfantasi apa yang kalian fantasikan.
Biarkan saja.

 
At 3/4/06 6:45 PM , Blogger lynn said...

ye ke hari jumaat pun dia tutup kedai ? kan ct dah balik... apapun mmg dia untung besat malam tu...

 
At 3/4/06 6:49 PM , Blogger lynn said...

haha, salah baca... gomen ne! saya rasa tau siapa kawan awak itu ;)

 
At 6/4/06 1:18 AM , Blogger kunci hilang said...

lynn,
siapa dia?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home