23.4.06

15 - Kumandang

Letih. Dua puluh lapan jam bejaga. Gara-gara persiapan minit akhir.
Lapar. Saya inginkan pau kacang. Tapi kakak penjual kuih berbaju kimono itu sekadar menjual 'pork bun'.

Letih. Masih sempat lawan bola dengan orang-orang jepun sebelum pulang. Zen, kakinya sampai terhincut-hincut. Dan saya, menunggu masa saja untuk bersandar di kerusi pesawat. Nanti mungkin saya sudah lena bermimpikan samudera biru di Tanjung Jara ketika pramugari berbaju kebaya MAS itu bertanya: "Encik mahu coffee, tea? orange juice atau apple juice?"

Lapar. Dan saya sudah terbayangkan satay kajang haji samuri di restoran jejantas Sungai Buloh itu. Juga, siakap tiga rasa di muara pelabuhan.

Letih. Saya tidak tidur malam. Gara-gara menonton merah-merah dan biru-biru.

oh! Pengumuman untuk menaiki pesawat telah berkumandang.

Tunggu.

KL, saya datang.

29 Comments:

At 23/4/06 12:25 PM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

owh.kamu dah nak balik malaya?pakai kimono ka?

 
At 23/4/06 2:30 PM , Anonymous Anonymous said...

selamat pulang sang perantau.

kapan agaknya mendarat dong? jemput2 datang ke kedah. boleh bicara-bicara sama gue, minum kopi dulu eh!

 
At 23/4/06 2:33 PM , Anonymous Anonymous said...

aku suke gilak bila merah2 berjaya memadamkan hasrat biru-biru untuk dapat double musim ini. hahaha tinggal la satu je...

that means musim ni pencapaian team biru-biru lebih rendah berbanding musim lepas yee...

 
At 23/4/06 2:33 PM , Blogger kasutVINCCI said...

hai...kamu dah balik kampung halaman yer?? Hmm...seminggu dua ni lepaskan rindu pada apa yg dok idamkan masa kat jopun sana. Hik hik hik...selamat pulang perantau!

 
At 23/4/06 7:01 PM , Anonymous Anonymous said...

nak ikut. (sob sob)
nak ikut. (sob sob sob)
nak ikut balik jugak. (sob sob sob sob)
nak balik jugak. (sob sob sob sob sob sob)
tapi apakan daya.. (sob sob sob sob sob sob sob sob sob)

 
At 23/4/06 7:58 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

ohh..selamat pulang.

back for good or sekejap aje?

berapa jam perjalanan ? transit di mana2 ke?

p.s. saya cukup suka dengan suasana airport..tak tau nape

 
At 23/4/06 9:39 PM , Blogger Petiais said...

buat gempak jer ingatkan aper bende le..yo o o je bunyi..haha

 
At 23/4/06 10:08 PM , Blogger Masy said...

balik nk makan je ke..balik terus neh?

anda ni dok klang ke?wah2.x jauh aa kite ni klu kat mesia ek/

 
At 24/4/06 12:58 AM , Blogger Izhal said...

whoaaa... balik malaysia yaaaa... sekolah dah start... ke kunchihilang tak skolah kat jepun? kerja kat jepun ke?

 
At 24/4/06 7:21 AM , Blogger tuan tanah said...

selamat pulang ke malaya!

saya akan menuruti kamu kemudian :)

 
At 24/4/06 9:51 AM , Blogger zura lias said...

waaah..selamat pulang perantau..welcome back..

 
At 24/4/06 10:36 AM , Blogger aNIe said...

Kunci dah nak balik...Selamat Kembali Ke Tanah air...

Nanti boleh makan pau kacang kat sini bebanyak...& jangan lupa kalau nak makan satay kat restoran Jejantas Sg. Buluh tu ....ingat2 le kak lady di Shah Alam ni...hehehe...jgn makan sorang2 nanti tercekik...

 
At 24/4/06 3:57 PM , Blogger jiGOMorrison said...

Sate Kajang Samuri kini bukan hanya boleh didapati di hentian Sungai Buloh, malah juga di Damansara Utama.

Kalau sampai KL nanti, jom kita minum-minum.

 
At 24/4/06 4:54 PM , Blogger sinaganaga said...

Serupa. Rancangannya memang sama. Bosan enam jam di dalam penerbangan - kami sengaja memenatkan diri sebelumnya supaya boleh tidur lena di dalam pesawat. :)

 
At 24/4/06 5:43 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah boleh berjaga sehingga 28jam..

Selamat menjejakkan kaki kembali di bumi kuala yang berlumpur...

 
At 25/4/06 9:46 AM , Blogger ibuVouge said...

selamat pulang, ada masa nt kita ketemu
IV sependapat dgn mydinz..padan muka biru biru

 
At 25/4/06 9:54 AM , Anonymous Anonymous said...

cium tangan mak anda dahulu setibanya di KL! itu sahaja pesanan saya. selamat2..

 
At 25/4/06 10:14 AM , Blogger zino said...

agaknya dah sampai malaysia kot.. dah pekena satay hj.samuri ke? hehe

 
At 25/4/06 1:05 PM , Blogger kunci hilang said...

Dah menjejak kaki di KL hari ahad dua puluh tiga april jam lima empat puluh dua petang waktu tempatan.
Wah! Terima kasih atas ucap selamat kamu terhadap percutian saya ini. Maksud saya, terima kasih yang tidak terhingga.

*kelip*.


semut,
errk.. haha..! Apa pula kata orang kampung nanti kalau saya berkimono. Ditambah lagi dengan rambut yang berekor panjang.
yabai!

mydinz,
memang teringin minum kopi bersama kamu. Cuma mungkin saya tidak berkesempatan utk ke negeri jelapang padi. Ayuh, turun ke KL saja lor.. sambil menonton setan merah berentap dengan biru-biru.. :)

kasutvincci,
hehe.. pastinya. Wah, kamu macam tahu-tahu saja saya berada di tanahair selama seminggu dua ya.

tudungperiuk,
err.k,.. kenapa tak cakap awal lagi nak ikut?
(hrmmm.. kamu di mana ya?)

syikin,
pulang bercuti selama 12 hari sahaja. Penerbangan terus dari Kansai ke KLIA.
Memakan masa enam jam setengah.

p.s. oh, kamu bertanya tentang transit? Ya, saya dapat pastikan daripada soalan itu membuktikan kamu memang menyukai (atau merindui) suasana di lapangan terbang.


petiais,
haha.. ada bunyi ‘yo o o’ ke?
Tak perasan pula.. hahaha..

masy,
balik nak makan, minum, tidur, baca surat khabar berita harian offline, mandi sungai, tengok astro. Dan paling utama menjengah kampung halaman, mak, ayah, sanak saudara, kawan-kawan, pak lah, pak aziz, mak cik noi, nora danish..dan sebagainya.

Dan kembali lagi.


izhal,
orang di Jepun mula bersekolah dan saya pula pulang ke Malaysia.
Memang. Saya tidak pernah bersekolah di Jepun. ;)

tuan tanah,
dan saya pula akan menunggu kamu di mana-mana di tanah melayu ini. ;)

oh, pastikan jangan packing di saat akhir ya.


zura lias & sleepless in gelugoq,
*kelip-kelip*

terima kasih, zura.
terima kasih, sleepless.


kak lady,
ya, saya tidak lupakan kamu. Saya akan pastikan ada segelas air di sisi ketika makan satay di restoran jejantas nanti. ;)

tujuh86,
minum-minum. Ya, boleh saja. Saya sudah lama benar tidak menikmati minuman neslo tarik.
Oh, Damansara Utama. Bukankah lokasinya di Sg.Buloh? Kata orang satu-satunya damansara yang tidak serupa dengan damansara yang lain-lain itu.

sinaganaga,
kadang-kadang rasa bosan itu hilang jika pramugari yang bernama Katrina itu bertugas. Dia peramah. Dan beruntunglah kamu jika duduk di bahagian aisle dalam zon jagaannya. Ha ha.

Dan kelmarin, saya hampir saja tidak lena sepanjang penerbangan gara-gara pertama kali menonton baik punya cilok di dalam pesawat.


blackpurple,
dan kerana terlalu lama berjaga, saya hampir saja terlepas connecting flight. Ha ha.
yabai!

ibuVouge,
terima kasih. Saya pasti berbesar hati jika dapat menjamah resipi melayu karya ibu yang vogue. :).
Oh! Kamu peminat bola juga rupanya. Memang class! Nanti kalau ada masa ayuh kita saksikan lawan bola liga M.

gitartong,
wah! Betul, betul. Itu yang pertama dilakukan. Tapi tidak di KL. Ibu saya di kampung.

zino,
Sarapan pagi ini mee goreng dan keropok lekor. Satay kajang, .. hmm tunggu nanti, apabila saya menyusuri lebuhraya persekutuan utara selatan.

 
At 25/4/06 2:02 PM , Blogger jiGOMorrison said...

Sate Kajang Samuri sudah buka cawangan di Damansara Utama dan beberapa tempat lain.

Itu saja maksud saya.

Bila nak minum? Kau senang ke Bangsar? Lusa? Jumaat?

Email aku gom[dot]anarkis[AT]gmail[dot]com

 
At 25/4/06 3:27 PM , Blogger nuruleyda said...

huhu... sukela awk ye sbb team biru-biru tidak berjaye dpt 2 gelaran utk musim neh... huhu. sye sgt hampa! :(

so, u're bck to m'sia?!!
smpi bila kah?

 
At 25/4/06 4:04 PM , Blogger Sya said...

Selamat kembali ke tanah air...

 
At 25/4/06 5:23 PM , Anonymous Anonymous said...

selamat pulang ke tanah air ye kunci...:)

 
At 26/4/06 11:23 AM , Blogger Rie said...

wahh, kunci hilang da sampai sini. jom makan siakap 3 rasa. bessstt

 
At 26/4/06 12:34 PM , Blogger kunci hilang said...

tujuh86,
bangsar? ya, saya kira sempat.
minggu ini? tidak.
Minggu depan bagaimana? Sehari atau dua selepas hari cuti golongan pekerja.

nuruleyda,
ha ha.. saya tak kisahkan biru-biru. Saya paling prihatin terhadap merah-merah ;).
Oh ya, kapten merah-merah mengatasi tiga pemain biru-biru dalam senarai akhir sebagai yang terbaik musim ini. Dan juga, sampaikan salam kepada nurin sufiyah yang comel seperti kamu itu :).

kak sya & kadok,
terima kasih. Walaupun cuaca sedikit hangat, hakikatnya desa itu permai.

esis,
ayuh ber'siakap'! :)
saya mungkin ke muara pelabuhan minggu depan.

 
At 27/4/06 10:17 AM , Blogger Shu said...

may you hv a nice holiday!

 
At 27/4/06 2:19 PM , Blogger kunci hilang said...

thanks, shu.

 
At 28/4/06 12:10 AM , Blogger Sri Diah said...

selamat pulang bercuti duhai sang perantau... ada masa singgah shah alam. dulu lagi nak tanya - sudah jumpa kunci yang hilang? are you sure tak tertinggal di kansai atau kunci tu tidak hilang sebenarnya... jengah mak bapak, jgn lupa cium tangan mak bapak...

 
At 28/4/06 4:09 PM , Blogger kunci hilang said...

baek, kak sri.

oh, sayalah kunci yang hilang itu. ;)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home