17.4.06

13 - Balada di malam minggu

Peminat-peminat tempatan yang membanjiri Osaka Dome terus setia bertepuk tangan dan berdiri setempat penuh tertib. Mereka tidak ikut sama menyanyi, kerana John Francis Bongiovi tidak menyanyikan lagu di dalam bahasa Jepun.

Zen terkilan kerana lagu cinta teragung yang paling diminatinya tidak dinyanyikan John. Tidak banyak lagu lama yang dinyanyikan. Kedatangan kumpulan muzik dari New Jersey itu semata-mata untuk mempromosikan album terbaru mereka. Kenangan lama cukuplah sekadar selingan.

Saya pula pernah melalui hari-hari persekolahan yang dirancaki oleh lagu-lagu dari kompilasi album Crossroad.

Bagaimana mungkin saya melupakan kerancakan Someday I'll be Saturday Night yang sering berkumandang dari corong hi-fi milik Mawar Bonjo di setiap awal pagi Isnin. Lagu semangat untuk memulakan minggu baru, katanya.

John, Richie Sambora, Tico Torres dan David Bryan. Menuju ke usia separuh abad. Mereka terus berjuang mempamerkan seni, mengelilingi dunia dan mengumpul wang.

Hakikatnya, malam itu Someday I'll be Saturday Night telah menjadi balada. Dan tiba-tiba saja saya merindui nyanyian yang pernah terbit dari corong hi-fi milik Mawar Bonjo.

22 Comments:

At 18/4/06 12:48 AM , Blogger Em said...

Ola

So exciting!

 
At 18/4/06 2:50 AM , Blogger tuan tanah said...

Richie Sambora.

dalam Ujang dulu, dia adalah gajah kepada tarzan.
hahaha

 
At 18/4/06 4:08 AM , Anonymous Anonymous said...

owh! masa sekolah dulu, JBJ ada datang ke KL buat concert, how i was dying to go tapi maser tu exam SPM dah dekat, tahun 1995. memang layan sumer lagu-lagu dia.. pas tu datang lagi sekali ke singapore.. dekat ngan final semester exam laks! memang tak der jodoh jumpa JBJ... tapi dapat jumpa the corrs tahun 2002or 2003 kat bukit jalil.. muzik lain tapi layan.

 
At 18/4/06 10:01 AM , Anonymous Anonymous said...

peminat JBJ rupanya ek..

HAVE A NICE DAH :)!!

 
At 18/4/06 11:10 AM , Blogger Petiais said...

tak baper ikut memuzik2 ni..hehe

 
At 18/4/06 1:29 PM , Blogger sinaganaga said...

Dude,
Mr. Chlidren masih adakah lagi?

 
At 18/4/06 1:49 PM , Blogger Dils said...

BJ. Gotta admit. Crossroads is their best album. Their recent one not so much.

Usually that is the purpose of concert pon.

First casette ever own . Crossroads. Beli masa darjah 5. Haih

 
At 18/4/06 2:05 PM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

john bon jobeng..nama aku panggil sorang kawan aku yang bernama johari.


p/s: komen pasal kawan makan kawan di http://www.eisz.blogspot.com

 
At 19/4/06 12:05 AM , Blogger kunci hilang said...

so exciting, and exhausting too, em. :)

eh, tuan tanah, kamu peminat 'Ujang' ya.
Saya pula dulu bila ke rumah pak long, suka cari 'Gila-Gila'. Belek-belek cari slot begitu begini.

ladyjane,
saya waktu sekolah dulu pun tidak pernah menonton konsert secara langsung. Yang selalu saya tonton ialah perlawanan bola liga semi pro. Ketika itu badan saya kecil. Mudah men'cilok' untuk masuk ke stadium secara percuma. Haha.

hani,
peminat BJ? Tidaklah ;).
Saya cuma sukakan muzik mereka sahaja.
Dah memiliki Have a Nice Day?

petiais,
takpe, takpe.
eh, kamu minat politik?

sinaganaga,
Mr.Children masih ada. Peminat fanatik? Haha.. boleh jadi kamu sudah menkhatamkan lagu-lagu mereka di 'Jankara'. :D

Saya pula, gemarkan lagu-lagu 'monyet kuning'.


dila,
owh! Darjah lima dah beli kaset omputeh ya? Peminat Richie?

semut,
hoh!
tiba-tiba saya teringatkan nama seorang penyanyi melayu zaman 70/80an dulu. ;)

 
At 19/4/06 1:27 AM , Blogger Izhal said...

richie sambora bukan gitarist hensem kumpulan rock kapak bon jovi ke??? dah lama tak ikuti depa... kumpulan mana pulak kuncihilang perkatakan ini? saya tak tahu...

Loudness masih hidup lagi ke???

 
At 19/4/06 10:14 AM , Blogger zino said...

nama nama penyanyi yg di sebut tu sorang pun zino tak kenal.. hehe tapi bila sebut osaka.. satu hari dulu zino penah jejak kaki ke sana.. hehe

 
At 19/4/06 11:47 AM , Blogger Rie said...

jbj, suka tgk kat tv je. pegi konsert penin. ramai umat. sesak2, gesel2.

 
At 19/4/06 12:33 PM , Blogger Unknown said...

yeah.. jom pegi konsert.. peti ais je tak suka muzik..

 
At 19/4/06 1:54 PM , Blogger Dils said...

haaha. Like Bon Jovi. He's kinda hot in a rockers kinda way. Tight leather pants, long wild hair.

But as you , suke lagu die aje. Esp the one from Crossroads. Blaze of Glory.

 
At 19/4/06 5:24 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku pulak masih mengagumi muzik Loudness

Zaman rock kapak dulu-dulu...hehehe

 
At 19/4/06 8:09 PM , Anonymous Anonymous said...

sori, aku budak kampung tak pernah dengar lagu omputeh. bon jovi lagi la tatau, masuk sekolah menengah baru jumpa bon jovi, scorpion, metallica, dll.

aku sejak sekolah rendah layan rock dan macam2 band yg ada kat malaysia ni aja, rock yg bukan kapak ada, yg jiwang2 ada dll... setakat wings, search, bpr, lefthanded, iklim, xpdc, uks, slam, may, exists, itu biasa laa...

ada lagi, macam gamma, gersang, illusi, lela, damasutra, wicitra, junction, febians, medicine, kasawari, krabat, wow, data, arena, leon, menara, meditasi, qiara, stratg, rio, crk, hidayu, vagrant,

 
At 20/4/06 12:15 AM , Blogger WRA said...

suka dengar saje tapi tak minat orgnya...

 
At 20/4/06 11:05 AM , Blogger kasutVINCCI said...

tak tau la penyanyi ni. Nampak sgt kv ni buta muzik. Hek hek hek

 
At 20/4/06 5:15 PM , Anonymous Anonymous said...

tak hairan la anda tak tahu lagu-lagu yang sebut di blog saya, sebab saya pun tak tahu penyanyi-penyanyi yang anda nyatakan itu. huahuahua

 
At 20/4/06 9:23 PM , Blogger Masy said...

x tau sape JBJ tu.
sy budak baru belajar :) yg sy tau..

scorpion..
bon jovi..
deep purple..
gun n roses..
.......dan lain2?

Exists laa best! :)

 
At 20/4/06 11:35 PM , Blogger kunci hilang said...

masy,
BJ itu acronym untuk Bon Jovi. JBJ pula untuk Jon Bon Jovi.

izhal, zino, hana kirana & kasutvincci,
Err.. ok ok. John Francis Bongiovi ialah penyanyi utama dan pengasas kumpulan Bon Jovi. Dia juga dikenali dengan nama panggilan Jon Bon Jovi. David Bryan sebagai pemain keyboard dan juga penyanyi kedua. Tico Torres ialah tukang pukul drum. Dan Richie Sambora, ya, dia pemain gitar utama untuk Bon Jovi. Loudness masih bernafas, saya kira. Selagi masih ada yang meminatinya. Sedangkan irama keroncong juga masih mempunyai ramai pengikut setia. :)

Ha ha ha.. Memang, setiap kali ada saja komen yang membuatkan saya tertawa sendiri. Maksud saya, bukan setakat ketawa di dalam hati. Kali ini, apabila Mydinz menyebut senarai panjang nama-nama kumpulan muzik melayu entah kenapa, cukup mencuit hati.

ermm... ada lagi, saya nak tambah: laksamana, black rose, olan, crk, teja, alfa, jitu, ug14, kris, metafora, lestari, dinamik, sega, sting, spoon, spatula, spiranza,.. dan lagi. Kamu sebut saja apa-apa perkataan yang bermula dengan huruf ‘s’, boleh jadi, mengena.


esis,
Di sini, sesak-sesak itu mungkin. Gesel-gesel itu, mungkin tidak. Mereka yang menonton itu sungguh tertib!
Eh, ya ya.. boleh jadi, gesel-gesel boleh berlaku setelah selesai konsert.

orochimaru-sama,
Pergi konsert ‘Pesta Muda Mudi Indonesia’?

dila & blackpurple,
'Take me now but know the truth
'Cause I'm going down in a blaze of glory'


Kata Zen, Bon Jovi unggul dengan muzik loudness disaluti lirik yang 'kapak'. Hinggakan ada awek jepun yang tidak memahami bahasa inggeris juga boleh rebah!

alex lacey,
Saya pula, tidak minat muzik hip hop tapi meminati Namie Amuro. Ha ha

 
At 22/4/06 10:52 AM , Anonymous Anonymous said...

ya betul, band yang bermula dengan "s" byk masa 90an dulu, masa tu saya dah muak dengan lagu2 jiwang karat hasil band2 tempelan yang masuk industri muzik ikut2an tu... ntahapahapa lagu mereka!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home