11.4.06

11 - Sakura dan manusia

Sudah hampir dua tahun saya tidak menikmati hidangan nasi lemak dan juga nasi goreng kampung yang sedap. Siapa sangka musim bunga kali ini muncul bersama nasi lemak dan nasi goreng kampung masakan orang melayu. Dua hari berturut-turut. Hari pertama nasi lemak, hari kedua nasi goreng kampung yang sedap.

Dua hari berturut-turut juga saya rasa terharu. Terharu kerana nasi lemak dan nasi goreng kampung yang sedap.

Kata Yan, di kawasan Kansai ini, yang paling pakar dalam soal masakan nasi lemak mahupun nasi goreng kampung ialah kak Saloma.

"Kau patut belajar dari kak Saloma," ujar saya kepada Yan. "Sungguh beruntung suami dan anak-anak kak Saloma. Dapat makan nasi lemak selalu walaupun tidak tinggal di Malaysia."

Yan menyuakan penumbuk. "Dus! Hei! Kak Saloma masih bujang la."

"Begitu? Ingatkan kalau yang berpangkat 'kak' itu sudah berkahwin."

"Suka hati aje? Dia setahun lebih tua dari aku. Mestilah digelar kakak."

Saya mengangguk perlahan dan berfikir sejenak. "Aku pula? Bukankah tiga tahun lebih tua dari kau? Tidak digelar abang pula?"

"Dus! Dus!" Kali ini lebih kuat bunyinya. "Kau, pak cik. Ha ha."

Pengunjung semakin ramai yang bertandang. Hari yang cerah di Banpakku-koen. Sejuk mata memandang warna-warna sakura di sepanjang laluan. Dan sejuk hati melihatkan jemaah yang mendirikan solat di tengah padang. Mereka, para pelajar dari Malaysia. Angin bertiup perlahan. Ada bebunga sakura yang gugur ke bumi.

"Kau dah sembahyang zohor?" soalan terpacul dari mulut Yan.

"Belum. Kejap lagi," jawab saya. "Kau pula? Belum wajib solat ke?"

"Eh, aku perempuan. Ada masa cuti," Yan.

32 Comments:

At 11/4/06 6:17 AM , Blogger Em said...

Salaams

Im glad awak dapat makan makananan Melayu di sana!

 
At 11/4/06 9:10 AM , Blogger zino said...

agak nya kalau di rantau org makan apa saja yg dari malaysia..sure lazat agaknya..

 
At 11/4/06 9:22 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

owh.dan kita di Malaysia membanggakan sushi, damnburger, KFC, McD, Nasi Goreng Amerika, Lamb Chop, Steak, Chicken Chop, Ramen, Fish n Chips, Pizza...dan lagi...dan lagi...dan lagi...

 
At 11/4/06 12:45 PM , Blogger sinaganaga said...

sugoi!

 
At 11/4/06 1:33 PM , Blogger Dils said...

No. Just kita di Malaysia beruntung sebab ade banyak makanan from pelbagai negara which we can and is affordable to eat. That is heavenly itself. Apart from the usual nasi lemak dan nasi goreng.

Nasi goreng daging merah. Nyum~

 
At 12/4/06 12:48 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

bunga sakura tu warna putih saja ke

 
At 12/4/06 12:55 AM , Blogger aNIe said...

hubby kak lady suka makan nasi lemak kukus dengan sambal udang atau ikan bilis...rebus telur asin...hmmmm...memang best....

kalau 3 tahun kene panggil pakcik...kak lady yang dah lebih tua bertahun-tahun ni nak panggil aper plak ye...?

hehehhe...jgn sebut...takut...nanti kluar nenek plak....

 
At 12/4/06 3:15 AM , Blogger tuan tanah said...

orang perempuan memang begitu.
walaupun hanya tua setahun, mereka akan gelarkan perempuan lain kakak, tetapi yang lelaki boleh pula dipanggil nama sahaja.

saya?
kalau mana-mana seniors yang dah kawin tu, saya tetap panggil kakak untuk yang perempuan, dan suaminya abang (contoh Kak Su dan Abang Ali)

Selalu-selalu sahaja orang mencemik dan rasa pelik bertanya, 'apasal kau panggil abang Ali, Ali saja sudahlah?'

saya cuma mahu berlaku adil. tak adil sungguh kalau kita gelarkan kakak sehingga nampak perempuan itu lebih tua, tetapi suaminya macam kawan-kawan sebaya kita saja :)

 
At 12/4/06 7:53 AM , Blogger Izhal said...

Assalamualikum perkenalan wahai kuncihilang a.k.a kansai-jin... seronok dapat berhanami dengan nasi lemak dan nasi goreng kampung... senang2 lawatlah weblog saya, kalau lagi senang marilah melawat saya :)

 
At 12/4/06 8:35 AM , Anonymous Anonymous said...

ya, bila dah jauh merantau, terasa sangatlah rindunya pada masakan melayu..kalau dapat makan sikitpun dah rasa tersangatlah terharu nak menitis air mata huhuhuhu..ikutkan hati, nak saja terbang pulang setiap hari!!

 
At 12/4/06 9:17 AM , Blogger kambing said...

ada jugak ya yang tak best nya tinggal di tempat orang. saya selalu membayangkan negara orang tu sangat seronok.

 
At 12/4/06 9:21 AM , Blogger nuruleyda said...

ohoooo...
saye pn suda lame tak mkn nasi lemak+nasi goreng kampung yg sedap...

 
At 12/4/06 9:41 AM , Anonymous Anonymous said...

pelik juga kan...bila kita disini...semua itu kita tidak pandang...

 
At 12/4/06 10:00 AM , Blogger kasutVINCCI said...

hik hik hi..kesian kat kunci mengidam makanan malaysia. Kalau dah dpt, walau tak sedap sikit pun, terasa itu lah yg tersedap di dunia. Apa pun kv percaya yg kak saloma tu masak sedap.

 
At 12/4/06 10:44 AM , Anonymous Anonymous said...

Memang tak adil. Sebab itu, biasanya saya tanya yang empunya diri apakah gelaran yang dia ingin dipanggil, sama ada kakak ataupun singkatan namanya sahaja. Tapi yang perempuan sahaja lah.

Yang lelaki pula, ada sesetengah orang salah tafsir, menganggap jika seorang lelaki itu dipanggil 'Abang', ya contohnya Abang KunciHilang, ia mengandungi unsur-unsur gatal dan ingin mengorat Encik Kunci Hilang, sedangkan hakikatnya tidak.

Begitulah.

 
At 12/4/06 10:52 AM , Blogger Unknown said...

ramen.. saya suka makan ramen.. ha ha ha...

 
At 12/4/06 4:58 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tu lah kita kan.. bila dah duduk jauh baru teringin-ingin nak makan ....

tapi bila kat tempat sendiri, pandang pun dah tak berapa nak....hehehe..

 
At 12/4/06 6:47 PM , Blogger Petiais said...

kunci hilang,
nak buat kamu lagi dengki encik kunci saya setiap pagi makan nasi lemak ..hahaha..


orochimaru-sama,
kau tipu..orochimaru tak suke ramen..naruto?..iyer naruto suke ramen ..haha

 
At 12/4/06 8:53 PM , Anonymous Anonymous said...

mesti best dan puas dapat makan nasi lemak n nasi goreng kampung yang best kat negara 4 musim. Last weekend ladyjane blaja masak nasi dagang ngan kak tun (4 years older than me, married with 2 adorable princesses), the next day terus wat practical sebab nak test steamer yang baru bli kat argos. nasib baik jadi and best.. kak tun dtg umah buat QC, dia cakap 2 thumbs up! nasi kerabu pun dapat buat kat sini, rojak buah lagi.. nasi lemak n nasi goreng kampung apatah lagi :P. kat sini (manchester)sumer home cook.. semoga kunci hilang dapat makan sepuas puasnya nanti bile balik tanah air tidaklah most everyday makan ayam masak merah :P

 
At 12/4/06 9:26 PM , Blogger Rie said...

semalam aku makan ikan siakap stim halia. slruuuup. sedapp.

tapi

lebih sedap kalo makan nasi putih dengan kicap dan telur goreng atau ikan masin.

cissss meleleh air liur

 
At 13/4/06 12:19 AM , Blogger Sri Diah said...

salam... lepas ni kalau akak masak nasi goreng kampung & nasi lemak, sure teringat pada kuncihilang ;-(

 
At 13/4/06 12:22 AM , Anonymous Anonymous said...

alhamdullillah, kenyang saya membaca entry awak ni..

 
At 13/4/06 12:47 AM , Blogger kunci hilang said...

saya kira saya amat beruntung kerana saya amat menyukai sashimi, sushi dan tempura. Selalunya apabila menghadiri parti makan-makan yang diadakan bersama rakan-rakan sekerja, saya akan diminta menyatakan menu yang menjadi pilihan disebabkan saya tidak boleh makan apa saja sesuka hati seperti mereka.

Saya setuju dengan dila yg berpandangan bijak itu. Di Malaysia memang beraneka jenis makanan yang boleh kita cuba. Boleh jadi, kebanyakan mereka yang menggemari pizza, sushi atau KFC juga amat menyukai masakan melayu. Kebetulan, nasi goreng daging merah juga merupakan kegemaran saya.

em,
terima kasih kerana menumpangkan kegembiraan kamu untuk saya. Masakan ala melayu ini boleh disediakan dengan adanya bekalan rempah ratus dari pengedar-pengedar makanan halal dari Indonesia, Pakistan dan Bangladesh yang berurusniaga di negara ini. Sudah tentunya, kaum hawa yang pakar di dalam soal memasak ini, terutamanya yang telah berumahtangga. Saya pula, tidak kenal daun kesum, buah pelaga atau bunga lawang.

zino,
petuanya, baca bismillah. Asalkan halal, insya-Allah makan apa saja pun jadi lazat. Dulu. Kawan kat sekolah cakap begitu.

semut,
di Malaysia dulu, saya pernah makan semua yg di dalam senarai itu. Kecuali sushi, ramen dan damnburger. Eh, damnburger tu apa ye?

sinaganaga,
mochiron.
Ha ha.

syikin,
Bunga sakura. Warna pink pun ada. Eh, kamu suka pink?

kak lady,
Berapapun usiamu, kak lady tetap kak lady. Ha ha.

tuan tanah,
Bagaimana ya. Kalau kawan perempuan yang lebih tua dari kamu berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari kamu?
Lelaki itu, 'abang' jugakah?

hana kirana,
Saya kira, pada asalnya, adik, abang atau kakak setara dari segi penggunaannya. Kewujudan 'unsur-unsur gatal' dan 'ingin mengorat' mungkin bergantung pada niat pengucapnya. Mungkin ya.
Eh, contoh itu. Tidak konsisten Haha.

izhal,
walaikum salam.
Wah, kamu di Hamamatsu ya?
Saya belum pernah sampai. Kalau sampai nanti, pasti saya singgah. Ada nasi goreng kampung juga kan? :)

tudungperiuk,
Ha ha. Kamu macam sudah ada pengalaman makan yang hampir menitiskan air mata. Di mana tu?
Waktu lepas SPM dulu, saya pernah berkongsi nasi bungkus dengan seorang teman. Memang tak berduit ketika itu. Kami tak menangis. Tapi kalau ada orang yang melihatkan kami berkongsi nasi bungkus itu, pasti menitis air mata.
Ouch!

kambing,
Di mana jua pun ada seronok dan ada tidak seronok. Masa kecil-kecil dulu saya berazam nak pergi ke negara orang kerana khabarnya ada hujan emas. Masa kecil-kecil juga saya pernah ditimpa hujan batu di kampung. Sepulangan dari belajar mengaji. Basah kuyup.

nuruleyda,
jangan kata kamu lebih menyukai filet-o-fish dan big mac di McD pula. Kerana mungkin saya kurang percaya. ;)

kadok & blackpurple,
saya tetap pandang bila lapar. Kalau berduit, terus order.

kasutvincci,
wah., yang tersedap di dunia? Itulah kelebihannya bila jarang-jarang makan makanan dari negara kita.
Kak Saloma pasti gembira kerana kesedapan masakannya dipercayai.

sleepless in gelugoq,
Oh, benarkah nasi lemak di Penang tidak seenak nasi lemak di Selangor? Kalau benar begitu, saya cadangkan kamu buka gerai nasi lemak selangor di Gelugor. Boleh berentap dengan laksa penang.

orochimaru-sama,
Saya tidak pernah makan ramen. Di jepun, ramennya tidak halal. Di Malaysia tidak pernah teringin nak mencuba.

petiais,
haha. Takpe, takpe. Silakan makan. Saya cuba untuk tidak dengki.
Eh, nasi lemak tu banyak kolestrol, tau.

esis,
wah! Sudah sekian lama saya tidak mendengar perkataan siakap. Selama ini saya sekadar merindui bawal, bawal dan bawal.

Ya, ya. Silakan makan lagi. ;)

ladyjane,
nasi dagang, nasi kerabu 'plus' rojak buah, nasi lemak, Memang best kalau kamu dapat jualkan makanan-makanan tu di Old Trafford. Ketika stadium dipenuhi penyokong pasukan ‘setan merah’ menyaksikan perlawanan di hujung minggu.

'Two thumbs up'. Itu tandanya kamu bukan saja layak berkahwin, tapi juga sudah layak membuka restoran masakan melayu di kota Manchester. Mungkin.

kak sri,
salam.
wah!
kalau begitu rajin-rajinlah memasak nasi lemak dan nasi goreng kampung ya.
Saya, tak dapat makan pun tak mengapa. Sekurang-kurangnya diingati.
err..
Ouch!

nurul bahiyah baharudin,
lalu saya teringatkan kisah dalam cerita kanak-kanak. Anak-anak si miskin yang dikatakan membesar dengan sihat kerana terhidu bauan masakan dari rumah orang kaya di sebelah.
Memang, adakalanya. Bacaan itu seperti makanan. ;)

 
At 13/4/06 9:38 AM , Anonymous Anonymous said...

Hujan Sushi di negeri orang, hujan nasi lemak di negeri sendiri... Hmm lebih baik di negeri sendiri ye..

 
At 13/4/06 10:34 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kau tak tengok cerita pink panther?dia nak sebut hambuger jadik damnburger.hiks

 
At 13/4/06 11:12 AM , Blogger Sya said...

Alamak lapar le pulak. Mintak lah kak saloma buat nasi goreng daging merah pulak, mesti sedap.. tak der orang nak tackle kat saloma ke?

 
At 13/4/06 12:11 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

suka juga :)

 
At 14/4/06 9:11 AM , Anonymous Anonymous said...

kunci,

di mana? di tempat yang alkisahnya nama digelar 'land of the morning calm'. tapi rutin hidup rakyatnya pantas serba serbi. seperti di mana kamu ada sekarang. BTW, hampir menitis air mata makan popia + keropok goreng. syahdu. sungguh. :-S

 
At 14/4/06 10:32 AM , Blogger Yume said...

sayalah perempuan yang berkahwin dgn lelaki yg lebih muda tu.

nak makan nasi lemak, belajar jelah masak sendiri. saya mungkin masak nasi lemak dlm seminggu atau 10 hari sekali. takut juga terlebih lemak kalau makan selalu.

 
At 14/4/06 11:32 AM , Anonymous Anonymous said...

haha! saya terlewat tiba kerana urusan2 peribadi. saya akan meremang dan syok sendiri apabila ada anak dara yang panggil saya abang.. hahaha!

 
At 15/4/06 1:26 AM , Blogger ctlina said...

SubhanaAllah ur in Japan....thanks for dropping by to my humble abode :P yup Salam Maulidur Rasul to u too..semoga kita dapat mengikut sunah Nabi dan rasul.

 
At 15/4/06 2:46 PM , Blogger kunci hilang said...

alang,
tapi sushi tak banyak lemak.

semut,
ham jadi damn. Boleh jadi juga ya.
Saya tak menonton pula cerita itu.

kak sya,
kak saloma tak buka warung. Boleh ke kalau nak request macam tu? ;)

syikin,
wanita suka pink. Itu normal.

tudung periuk,
alamak!
saya teringin pula makan keropok lekor dan minum air tebu.

nectar,
itulah. Tak pernah pula saya terfikir nak belajar masak nasi lemak.
Tunggu pulang di Malaysia saja. Singgah di warung mak cik Noi.

gitarkaran,
dulu di kampung saya, ada anak dara bekerja di pejabat pos.

Sepuluh tahun lalu, bila saya pergi beli setem, dia akan tanya, "adik nak setem berapa sen punya?"

Lima tahun selepas itu, anak dara yang sama. "..setem 30 sen. Berapa keping, bang?"

Kalau hari ini saya ada di kampung, pergi ke pejabat pos itu. Kalau anak dara itu masih di situ. Apa mungkin saya dipanggil pak cik pula?

Eh, mungkin juga dia dah berkahwin. Ha ha.

zeed,
salam. Semuanya sihat, warna warni, dan comel di osaka.

skehsan,
u r 'welkam'.
Ya, harap-harap begitulah. :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home