15.4.06

12 - Beg plastik

Dua tahun yang sudah. Saya tenung jadual. Perhatikan tajuk, kanji hari dan gambar. Yang lain-lain, hampir kesemuanya saya tidak tahu baca.

Isnin, Khamis. Sampah boleh bakar.
Rabu pertama dan ketiga. Tin aluminium dan botol kaca.
Jumaat minggu kedua. Sampah tak boleh bakar.
Jumaat minggu ketiga. Botol plastik.
Jumaat minggu keempat. Kotak tebal dan bahan kayu.

Banyak pula nak kena ingat.

Di plaza seratus yen, saya beli set plastik sampah bewarna hitam yang gelap.

Satu set ada 10 keping.
Ketebalan 0.03 milimeter.
Isipadu 45 liter.
Seratus lima yen, termasuk cukai.
Warna hitam yang gelap.

Lalu pada setiap pagi isnin dan khamis, sebelum berangkat ke tempat kerja saya akan bawakan bungkusan hitam yang gelap ke kawasan perkumpulan bungkusan sampah. Dikumpulkan setempat, sebelum lori dewan perbandaran datang memungut.

Sampai masanya, pada pagi isnin dan khamis, dengan bungkusan hitam yang gelap. Di dalamnya ada bermacam jenis sampah. Boleh bakar, tidak boleh bakar. Kadang-kadang bercampur tin aluminium. Sesekali bercampur botol air mineral dan botol kicap. Ada masanya, bercampur kotak kasut.

Istimewanya, warna hitam yang gelap.

Yang tidak patut,

saya.

tic.

toc.

tic.

toc.

tic.

toin'

Majlis perbandaran Ikeda, bermula 1 April 2006, menguatkuasakan peraturan baru pembuangan sampah. Bungkusan sampah yang digunakan mestilah beg plastik rasmi bewarna kuning yang mempunyai cap logo majlis perbandaran. Beg plastik rasmi itu telah mula diedarkan ke seluruh kedai konvini di sekitar daerah ini sejak hujung bulan lalu.

Di Lawson, saya beli beg plastik sampah. Yang rasmi.

Satu set ada 5 keping.
Ketebalan sangat nipis.
Isipadu 40 liter.
Harga 400 yen.
Warna kuning yang lutsinar.

Nota: Anggaran semasa empat ratus yen bersamaan tiga belas ringgit.

Keluarkan ongkos empat ratus yen, untuk buang sampah secara sah.

"Tidak apa," kata seorang obasan di depan Lawson itu. "Kebersihan tetap diutamakan."

tic.

toc.

tic.

tup !

Dan mungkin. Ada sesetengah tempat yang mengenakan denda dua ratus ringgit bagi kesalahan buang sampah merata-rata.

Anehnya di tempat itu. Sampah merata-rata.

22 Comments:

At 15/4/06 3:09 PM , Blogger Em said...

Salaams & Olas

Well at least kan youve done your part kan in the recycling...

 
At 15/4/06 3:29 PM , Blogger Izhal said...

dah ambil jadual buang sampah baru ke? kami belum ambil lagi...

 
At 15/4/06 6:24 PM , Blogger loppiess said...

Majlis bandaran estate Tremelbye lorinya besar besar, rumah ku pula depan selekoh. Drebar lori lori sampah itu pula memandu lori seperti terkena cirit birit. Mereka mengambil selekoh sambil dinding sebelah kiri lori mencecah jalanraya ( :}} ). Hasilnya..

air air sampah yang busuknya tidak boleh diceritakan memenuhi jalan. Angin semilir sepoi sepoi kemudian membawa aroma itu masuk ke rumahku melalui pintu depan yg sentiasa terbuka.

demikianlah kunci,
hari selasa dan rabu selalunya diwarnakan oleh keresahan.

 
At 15/4/06 8:06 PM , Blogger Sya said...

Macam kat Malaysia lah jugak.. kat bawah papantanda yg bertulis "Jangan buang Sampah di Sini, denda RM...." berlambak-lambak sampah

Dulu kak sya asingkan jugak plastik dan kaca, tapi ternampak org yg angkat sampah tu koyakkan plastik dan campurkan semuanya.. hampeh sungguh

 
At 16/4/06 3:33 AM , Blogger kunci hilang said...

em,
maybe.
But not in the best way.

Yg tak patut,
saya.
;)

izhal,
sejak saya tinggal di sini, jadual buang sampah belum pernah berubah.
Susah juga kalau selalu bertukar jadual, tak begitu?

loppiess,
keresahan dan ketidakselesaan.
Ya, saya dapat bayangkannya.
Sungguh tidak tenteram.
Tremelbye itu, di mana ya?

kak sya,
Apakah boleh jadi, pekerja itu boleh jadi belum dilatih secukupnya. Atau, memang tidak ada sistem pengasingan di sana?

Oh ya, denda dua ratus 'ringgit', saya pernah terlihat papan tanda tersebut. Maksud saya, di Malaysia.

 
At 16/4/06 10:43 AM , Anonymous Anonymous said...

tegas betul undang2 kat sana ek.

 
At 16/4/06 12:23 PM , Anonymous Anonymous said...

kesedaran sivik rakyat jepun ya? agak2nya kalau dibandingkan dengan rakyat Malaysia, bagaimana?

apa yg sya cakap memang betul. Hmmm, bagai ketam mengajar anak berjalan betul ya...

 
At 16/4/06 12:59 PM , Blogger Unknown said...

recycling. boleh buat income juga kan?

 
At 16/4/06 3:59 PM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

di sebuah sekolah di pahang.tiada bakul sampah di sekitar kawasan sekolah,tetapi sekolah itu bersih dari sampah sarap.sebab?

murid-murid dan guru-guru serta staf-staf sekolah tu, bawa plastik kecil dari rumah untuk di isi dengan sampah dan sampah itu akan dibuang dirumah sendiri.haha. dan sekolah itu diberikan anugerah sekolah terbersih.

 
At 16/4/06 7:33 PM , Blogger Yume said...

kami di sini angkut sampah buang di sekolah. cuma asing yg boleh bakar dan tak boleh bakar. sampah tak boleh bakar tu jarang2 pun ada. sebab buang di dorm sekolah, tak perlu beli plastik sampah. selamatlah beberapa ratus yen.

 
At 16/4/06 9:02 PM , Blogger sinaganaga said...

Dulu. Sampah aku pernah kena timbang.

Terlebih had. Ha ha.

 
At 16/4/06 9:42 PM , Blogger Petiais said...

saya mat jenin+mata duitan,

mak:sampah nih bakar ke kitar semula

saya:hish buat pe bakar rugi je

mak :kalau camtuh kitar semula la

saya:kitar semula dpt duit ke?

mak :mane ade'

saya:dah tu buat pe recycle?besi kiter jual kat kedai besi buruk..old paper kite jual kat cine(sulatkabarlama)..fush blh dpt duit..sudah ku byg duit wlpun posen2..blh pakai gak

lusenye..

mak:bile la agaknye bende2 ni nak bejalan sendiri ke kedai besi buruk ..apek oldpaper..

saya:hm..mak kiter bakar je la

 
At 17/4/06 4:29 AM , Blogger tuan tanah said...

bagusnya undang-undang.

dulu, di sini, di apartmen saya ini, tempat membuang sampah dekat sahaja.
lepas itu tukar management, dan kami disuruh buang sampah di basement. semakin jauhlah pula.

saya suka dengan undang-undang recycle itu. tapi di sini yang kerap ada cuma untuk recycle kaca dan tin, untuk kertas amat jarang sekali. padahal itulah recycle bin yang saya perlukan! kalau nak recycle untuk kertas, kena bawa ke pejabatlah.
teringat pula dulu, lepas saja tahu saya lulus segala exam saya, saya pegi recycle segala nota-nota saya itu :) tak jumpa recycle bin yang sesuai, saya letak saja dalam recycle bin kaca :)

 
At 17/4/06 8:33 AM , Anonymous Anonymous said...

saya sama seperti kamu juga! bezanya, kamu sudah tahu baca jadualnya. tulisannya. saya? haha, masih terkial2 yang mana satu tong sampah utk sampah yg sekian2. kena tgk isi dlm tong barulah buang sampah ikut kategori. kelakar kan? sekarang, saya dlm proses belajar hangul. lps ini, boleh baca daaa...

 
At 17/4/06 9:47 AM , Anonymous Anonymous said...

kat tempat tu sampai Tim Mamanda perlu chair meeting nak selesai kes air sampah. pastinya ide canggih-manggih @ RM juta-juta akan dilaksanakan. setakat asing sampah & guna plastik lutsinar.. mana ada kelass. :)

 
At 17/4/06 10:36 AM , Anonymous Anonymous said...

ada satu papan tanda disini..lebih kurang begini bunyinya.."dilarang membuang sampah"..walaupun tiada amaran lebih keras berupa denda atau sebagainya dikenakan..tp nyata..masih ada juga yg tidak paham bahasa...:)

 
At 17/4/06 3:29 PM , Blogger Izhal said...

tapi setiap tahun hari2 cuti am yang mereka tak kutip sampah kan berubah??? ke takberubah di kansai sana???

 
At 17/4/06 3:34 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

sampah bagi kita...duit bagi sesetengah orang........

 
At 17/4/06 6:32 PM , Blogger Rie said...

dulu di beijing. kawan aku. sampah pun simpan bawak balik malaysia. kenangan katanya. haha

 
At 17/4/06 11:50 PM , Blogger kunci hilang said...

Oh, dalam maknanya cerita dalam komen petiais. Agaknya boleh tak disamakan bakar sampah dengan bakar duit?
Sesetengah orang mungkin setuju. Seperti kata blackpurple. :)

Saya tertarik dengan ini.

Sekadar hypothesis: boleh jadi, tuan tanah benar-benar seorang yang keras hati. Nota itu, tinggal ia bersama serpihan kaca.
Ironinya, kawan kepada esis pula memandang sampah dengan nilai sentimental yang tinggi. Sehingga boleh dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Dan betul, variasi itu penting. :)

op,
undang-undang di Malaysia juga kedengaran tegas. Pada perkiraan saya. :)

orochimaru-sama,
Ya, boleh buat income dengan recycling. Ada pula, orang yang kuat mengayuh, boleh jadi kaya raya dengan cycling.

semut,
huh? Beruntungnya sekolah itu. Tidak perlu ada peruntukan untuk beli tong sampah!

nectar,
Ha ha. Kamu memang bijak.

sinaganaga,
Err.. lebih had? Terlebih banyak baca majalah dan komik barangkali? :D


tudungperiuk,
memang melucukan. Tapi saya faham. Kerana saya sendiri pernah melakukannya dulu. Ha ha.

jawat,
menarik juga kalau ada peruntukan juta-juta sebagai hadiah kepada penduduk-penduduk yang prihatin dengan kebersihan dan kitar semula. :D

kadok,
kadang-kadang, papan tanda tidak ubah sebagai hiasan. Di KLIA, saya pernah nampak orang merokok di sebelah papan tanda 'dilarang merokok'. Kawan saya. ;D

izhal,
ehm.. tak begitu pasti pula tentang jadual di Kansai secara keseluruhannya. Cuma yang pasti, di bandar ini (Ikeda-shi) jadualnya masih kekal sama sejak lebih dua tahun lalu.

mydinz,
saya pasti, amat sangat, di Malaysia juga ramai yang mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi. Perbandingan? Terpulanglah kepada individu. :)

 
At 19/4/06 12:00 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

wah..tertib sungguh ya bab buang sampah ni.sampai ada jadual gitu.

 
At 19/4/06 12:08 AM , Blogger kunci hilang said...

syikin,
ya betul. Yang baik jadikan teladan. ;)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home