21.4.06

14 - Tidurlah teman

Entah mengapa. Saya masih belum dapat tidur walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul dua pagi. Beberapa kali saya mengalih-alihkan posisi jasad dan cuba mengosongkan fikiran namun tetap tidak berhasil untuk melelapkan mata.

Kerana jemu, saya bingkas bangkit dan menghidupkan suis lampu di ruangan kecil apartmen.

Saya capai gitar kapok yang tersandar di dinding dan memainkan irama blues mengikut citarasa sendiri. Bermula pelahan. Syahdu. Sebelum memecah kesunyian malam ke setiap genap penjuru ruang sekeliling.

Dan irama blues itu tiba-tiba ditenggelami oleh dentuman yang membingitkan.

'Bam! Bam! Bam!'

Tiga kali dentum dari penghuni unit sebelah.

Kaku. Perlahan-lahan saya sandarkan kembali gitar kapok itu ke dinding. Letaknya menyondong. Tidak seimbang.

'Dum!'

Gitar kapok tergelincir jatuh ke lantai.

'Bam! Bam! Bam! Bam! Bam!'

Lima kali dentum dari penghuni unit sebelah. Lebih kuat lagi. Sungguh. Terkejut umpama terdengar halilintar membelah bumi!

Perlahan-lahan saya kembali ke tempat tidur. Menarik selimut. Pejamkan mata.

Sepi.

Dan saya lena juga akhirnya.

Sejak itu saya tidak pernah lagi memetik gitar di malam hari ketika berada di rumah. Biarlah gitar kapok itu terus diam begitu sehingga satu masa yang belum dapat dipastikan lagi.

Sungguh. Saya tidak mahu dicap sebagai pengganggu ketenteraman awam di blok apartmen ini. Saya tidak mahu menyakiti hati tetangga. Saya juga tidak mahu menjadi peyebab kecederaan fizikal mereka. Lagi.

Hari selepas peristiwa dentuman itu. Saya keluar ke tempat kerja seperti biasa. Lapan setengah pagi. Kebetulannya, gadis penghuni unit sebelah itu turut keluar pada masa yang sama. Dia lalu di hadapan. Kepalanya tertunduk, seolah-olah mahu mengelak dari bertemu mata. Sambil kakinya melangkah pantas.

"Ohayou gozaimas!" Dia menyapa setelah berlalu beberapa langkah dari saya. Dia terus menunduk dan melangkah pantas.

Saya nampak dengan jelas. Ada balutan pada pergelangan tangannya.

20 Comments:

At 21/4/06 12:34 AM , Blogger aNIe said...

Wah!!....boleh tahan jugak awek sebelah tu ye...hehhehe...

Kenapa kalau main gitar pun orang sebelah boleh dengar di appartment tu...takkan dinding tu macam dinding dlm Lojing Mak Minah dlm Masam2 Manis tu?

 
At 21/4/06 1:06 AM , Anonymous Anonymous said...

dia hentak dinding tu ada kaitan ke dengan bunyi gitar? entahkan dia tension sebab makan terlebih ajinomoto tak...

 
At 21/4/06 2:08 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

hish...misteri jepun sungguh. bunyi apa sebenarnya tu? perkiraan saya mcm bunyi senapang patah awalnya. tapi, bila disebut balutan tangan pada si dia,jadi musykil pula, takkan dia tukul tangan dia sendiri or didera ?

ha'ah terpikir gak cam kak lady tu, blh sampai ke bunyi gitar ke rmh sblh? ke awak jamming betul malam tu?

 
At 21/4/06 3:20 AM , Blogger tuan tanah said...

ada balutan pada pergelangan tangannya?

dia cuba bunuh dirikah?

p/s: saya pun ada gitar kapok. di malaya. saja-saja beli kononnya untuk belajar memetiknya. tapi sampai sudah saya belum juga belajar. hahaha

 
At 21/4/06 5:05 AM , Blogger Izhal said...

makcik bawah rumah kami pun suka bantai ceiling dia kalau budak2 tak tido lepas jam 11malam... pagi2 nak lompat2 pon dia takpe... kesian makcik tu...

kantoi awek ohayogozaimasu tu ketuk ke? sampai berbalut tangan... power kunchilang petik gitar agaknya ya :)

ni untuk kak lady dan syikin...
rumah jepun ni dinding nipis2, tak dak quality... kalau sliding door gerak pun boleh dengar... ;) lagi satu orang jepun ni sensitif lebih, bosan betul...

 
At 21/4/06 9:20 AM , Anonymous Anonymous said...

kenapa? marahkan saya? hahahaha!

 
At 21/4/06 9:53 AM , Blogger sinaganaga said...

Aku? Ada! Gitar kopak.

 
At 21/4/06 11:38 AM , Blogger Dils said...

She must be really stressed out. Really?

Btw, dinding kayu or batu kah?

But I will be pissed too. Usually heaps lots of bantal kat kepala la dulu bilik di asrama bising :D

Now dah habit~

 
At 21/4/06 11:48 AM , Anonymous Anonymous said...

kamu ni.. kut iya pun nak berblues, usahlah di malam hari.. ataupun kalau berblues di malam hari, pastikan kamu dapat jiran spt saya! saya takkan menghentam2...lagi lena adalah :)

 
At 21/4/06 11:48 AM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Balutan di tangan?

Teringat cerita mr bean tak boleh tidur.....hehehe

 
At 21/4/06 12:05 PM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

dia ketuk dinding guna pergelangan tangan?

 
At 21/4/06 12:09 PM , Blogger Yume said...

Jiran kita pun marah kita tumbuk sambal. Tapi jiran tu memang jepun sombong pun.

 
At 21/4/06 2:15 PM , Blogger Petiais said...

kehkeh..

jiran sebelah saya pasang lagu rock..udah le bingit..dia nyanyi sama..(tambah lak saya tak minat bende2 ni)

tv ku pasang..ah tepat pada masanya..azan berkumandang ..VOLUME DITINGGIKAN..

jiran sebelah..(senyap...)

aku..(HAHAHAHAHA)

 
At 21/4/06 3:09 PM , Anonymous Anonymous said...

apa la.. dia sedang memasang paku di dinding rumahnya, lantas terketuk tangannya. harap maklum.

 
At 21/4/06 8:16 PM , Blogger Masy said...

waaa...org jepun mmg sound direct ek? (wpon x brape direct).

cerita saudara sy di singapore, jirannya terus panggil polis sbb dia menumbuk sambal guna lesung batu! ape kes?

ada bahasa, gunakanlah sebaiknya :)

 
At 21/4/06 11:36 PM , Blogger WRA said...

mcm2 kerenah manusia.....

 
At 22/4/06 7:58 AM , Blogger zizie ali said...

amoi tu tak minat blues. dia suka dangdut.
:)

 
At 22/4/06 5:23 PM , Blogger my journey said...

salam...

satu pertanyaan saya..adakah awek jepun itu sudah berkawen...hahaha..apakah kebarangkalian dia didera suaminya...besar jugak kan..kecuali la lelaki2 jepun sangat budiman..dan tak mengamalkan penderaan isteri2...hahaha

satu permintaan saya...en. kuncihilang boleh siasatkan hal ni utk sya ;( sy tetingin utk mengetahui apakah yangberlaku disebalik kebungkisan tangan awekjepun itu..postkan pda entry seterusnya ye..hahaha

salam perkenalan

 
At 23/4/06 9:18 AM , Blogger Em said...

Ola

Wah...see walaupun nampak docile..garang juga jiran awak eh!

 
At 25/4/06 2:12 AM , Blogger kunci hilang said...

kak lady,
ha ha.. tentunya tidak sama. Dinding Lojing Mak Minah tu tak rapat sampai ke siling. Bahaya! ;)

nurul bahiyah baharuddin,
eh, boleh jadi begitukah? Ajinomoto penyebab ke’tension’an? *kelip*

syikin,
bunyi tu pada dinding. Dia tak pukul tangan sendiri. Tapi tangannya memukul dinding. ;)

jangankan bunyi gitar, bunyi suara orang berdehem pun kadang-kadang boleh sampai ke rumah sebelah.


tuan tanah
*kelip-kelip*
ha ha

p/s. saya sampai di kampung dan hairan mendapati gitar kapok yg pernah saya beli waktu belajar dulu sudah hilang.


izhal,
ada teori menyatakan, kalau sudah berkeluarga dan mempunyai anak, elok tinggal di unit bawah. Kalau sudah berkeluarga tapi belum mempunyai anak, jangan tinggal di unit yang terlalu tinggi kerana apabila si isteri sarat kelak, tidaklah terlalu sukar untuk berulang alik dari rumah ke klinik. Dan, kalau masih bujang pula, tinggallah di unit yang paling atas untuk memberi peluang kepada orang-orang berkeluarga memenuhi unit bawah.

Seorang teman tinggal di tingkat atas sebuah apartmen. Kadang-kadan malamnya terganggu bunyi-bunyian aneh kerana jiran sebelah yang bujang juga sering membawa pulang teman lelakinya lewat malam.
Yabai!


gitarkapok,
tidaklah.
Mana mungkin saya memarahi pengantin baru. Haha.

sinaganaga,
kawan saya di sekolah dulu pernah meng’kopak’kan gitarnya setelah mendapat berita kematian Kurt Cobain.
Apa nak dikata..

a.l.a.n.g,
kalau orang di atas itu masih menumbuk sambal, saya cadangkan kamu hadiahkan dia dengan mesin pengisar sambal. Lain kali tak perlu pakai lesung batu lagi.

dila,
dinding itu. Bukan batu. Umpama kayu kertas. Memang nipis.

Pastinya kamu mempunyai banyak bantal ya. ;)


blackpurple,
whoaa..! Saya dah lama tak menonton siri Mr.Bean.

semut,
saya kira, dia menghentam dinding dengan menggunakan tapak tangan. Lalu menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangannya. ;)

nectar,
lain kali, cuba-cubalah jamukan jiran kamu itu dengan sambal itu. Boleh jadi dia akan berubah nanti.

petiais,
jiran kamu senyap ketika azan berkumandang ya. Bagus. Boleh jadi itu tanda dia menghormati azan. :)

tudungperiuk,
oh! Saya kira sungguh beruntung jiran kamu ya. ;)

gitarkaran,
kalau dia memaku boleh jadi boleh tembus ke dinding rumah saya.
Hermm,.. (des ka?)

zizie ali,
haha..! Kalau benar begitu nampaknya saya perlu menghadiahkannya kaset nyanyian amelina kelak.

ouch!


masy,
sound direct? Hmm.. boleh jadi juga. Bergantung kepada individu. Memang, selalunya mereka prihatin. Jika ada sesuatu yang tidak kena pasti ditegur.

Panggil polis? Itu sudah boleh dikategorikan sebagai 'aneh'!


alex lacey,
'macam-macam' itulah yang membuatkan hidup itu menarik.
Variasi.

my journey,
salam.
ha ha. Awek jepun itu tinggal bersendirian saja. Tangannya berbungkus kerana kecuaian sendiri. ;)

em,
ola..
Ya. Dia mungkin garang, tapi sopan.
Garang bertempat. ;).

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home