10.5.06

19 - Congak bola

Tetsuro sudah memiliki jersi biru pasukan Jepun. Hadiah hari jadi dari teman wanitanya yang bekerja di butik Adidas. Di belakang jersi itu tercatat nama Inamoto, bintang tengah kelahiran Osaka yang beraksi di liga perdana Inggeris.

"Wah! Demam Piala Dunia dah melanda," ujar saya.

"Ha ha. Ya, nanti bulan depan kita sama-sama sokong pasukan Jepun ya," balas Tetsuro. "Lagipun negara kamu tidak layak beraksi di Piala Dunia, kan?"

"Hmm, betul juga. Tapi tidak mengapa, saya akan sokong pasukan kawan atuk saya dulu. England."

"Oh, England? Siapa kapten pasukan England ya?" tanya Tetsuro.

"Beckham."

"Hah?! Ha ha ha.. awak bercakap bohong. Saya tahulah. Beckham bermain untuk Real Madrid."

Saya menyambung semula. Buat kira-kira.

Penggempur setan merah tercedera campur penyerang belang hitam putih belum cergas, tinggal awang panjang merah-merah. Tolak Jermain, tolak Darren.

Tambah Theo.

19 Comments:

At 11/5/06 12:59 AM , Blogger WRA said...

ooppsss...tidak menjadi minat saya utk melihat beberapa org jantan berkejar2an di tengah padang demi berebut sebutir bola heheheheheh....

tak paham dia punya rules la, that's why tak suka tengok bola...

 
At 11/5/06 2:03 AM , Blogger tuan tanah said...

oh.
germany dan ireland dekat saja.
teringin juga nak bersesak-sesak dalam stadium, menonton bola secara live tapi kawan-kwan perempuan bukannya suka bola!
nampaknya, kena berdating dengan tivi sajalah... huhuhu

 
At 11/5/06 8:23 AM , Anonymous Anonymous said...

jangan lupa dengar lagu sheila on 7 (Sang Pemenang), salah satu lagu tema piala dunia 2006 (edaran malaysia + indonesia saja, pak). tak minat bola tak apalah, lagu ni saja dah cukup menaikkan semangat.

 
At 11/5/06 9:33 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kau minat bola..owh..aku minat snooker.haha

 
At 11/5/06 6:33 PM , Blogger zino said...

dah sampai ke jepun semula ke..

tak pe lepas ni kita ke jerman.. tengok world cup.. hehe

 
At 12/5/06 1:50 PM , Blogger Izhal said...

jepun memang panas sikit kalau kita tak banggakan mereka :)

 
At 12/5/06 4:05 PM , Anonymous Anonymous said...

Bola? saya menonton ESPN hanya ketika tidur :)

 
At 12/5/06 5:50 PM , Anonymous Anonymous said...

congak bola macam buat matematik juga..
??

 
At 12/5/06 11:42 PM , Anonymous Anonymous said...

aku dari dulu tak sokong england. aku suka german!

 
At 12/5/06 11:47 PM , Blogger Petiais said...

bola?hm..aku tak pandai..aku sepak..cuba2...bengkak..kaki aku...lepas tu...aku suke baling..je

 
At 13/5/06 3:08 AM , Blogger Amanitium Cho said...

encik kunci hilang, saya amat mengagumi gaya penulisan saudara, amat bersahaja tapi masih menghiburkan. apalah kiranya saudara menceritakan serba sedikit tentang saudara di dalam post yg seterusnya..

oh, dan jgn risau, saya tidak mengamalkan perhubungan luar tabii

 
At 13/5/06 8:13 AM , Blogger zizie ali said...

atuk kita minat england. kata mereka: england baik.
mereka memang tak akan sokong jepun. mungkin kerana mereka pernah kena penampar jepun.
orang yang terpengaruh dengan siri tv 'combat' tak akan sokong jerman.
aku sokong iran! haha haha

 
At 13/5/06 3:57 PM , Anonymous Anonymous said...

saya macam Aiman tak kisah....nak bergegar dengan bola ke? Apa ke? Aiman cuma kisah jika Iran bergegar dgn bom AS.

 
At 13/5/06 9:50 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku tergelak bila teringatkan kapten Jepun masa Piala Dunia yang lepas... yang bertopeng tu...hehehe

 
At 14/5/06 12:00 AM , Anonymous Anonymous said...

kunc:
tak reti main bole = kaki bangku
aku kaki bangku

tak reti tengok bola = X&%$#
aku X&%$#

 
At 14/5/06 1:40 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

Adakah aksi spt Lord of the ring akan berulang semula?

teringat arwah ayah, bila musim piala dunia bermula. dia akan tidur awal dan bangun tgh malam utk menonton siaran p.dunia.

 
At 15/5/06 12:36 AM , Blogger kunci hilang said...

wah! Semalam saya sekali lagi teruja setelah menonton satu lagi aksi perlawanan akhir yang dramatik membabitkan pasukan merah-merah. Mereka berjuang tanpa mengalah meskipun mengalami kekejangan otot beraksi lebih daripada 120 minit.

Benarlah, mereka tidak akan sesekali berjalan keseorangan di pentas bola.


alex lacey,
alah bisa, tegal biasa. ;)

tuan tanah,
bila kembali ke Dublin nanti, sampaikan ‘salam’ saya kepada Robbie Keane ya. ;)


tudungperiuk,
Lagu We are the Champions nyanyian Queen yang bergema di stadium selepas berlangsung perlawanan akhir merupakan lagu kegemaran saya sejak sekian lama.

Oh, saya sukakan Dan dan Sephia. Lagu lama.
Lagu Sang Pemenang bagaimana ya?


semut,
di sini pula tiada snooker. Yang banyak meja pool. Permainan 9-ball atau 15-ball. Mereka panggil biriya-do (billiard).

zino,
ya. Sudah sampai. :)
Tapi mungkin tidak sempat ke Jerman dalam masa terdekat ini. :(

izhal,
Ya, betul. Saya faham sangat tu. Kebiasaannya lelaki Jepun. Tapi tidak semua.

hana kirana,
kamu beruntung. Sambil menonton tv, sambil tidur. Dua dalam satu.
Saya pula hanya mampu bermimpi ketika tidur. Itupun di luar kawalan sendiri.

p/s. Tapi dulu sekali. Saya pernah menendang dinding kayu di rumah nenek ketika tidur. Sampai tercabut satu papan.


gitartong,
sama tapi tak serupa :)

op,
saya tidak sabar menunggu perlawanan pembukaan pada 9 Jun depan. Saya akan berpura-pura menyokong Costa Rica kerana kamu menyokong Jerman.

amanitium,
terima kasih.
:). Serba sedikit bagaimana ya?

zizie ali,
kamu juga terpengaruh dengan Bukit Kepong atau Embun?
Atau suka menonton filem Iran?


aiman tak kisah……,
Di kejohanan lapan tahun lalu Iran pernah menundukkan U.S.
Dua gol berbalas satu.

anonymous,
Ha ha.
Jangan risau. Tengok bola pun sama juga macam tengok hoki. Buka mata dan lihat. :D

syikin,
kecuali ketika kejohanan di Korea/Japan empat tahun lepas yang tidak perlu berjaga lewat malam. Tapi kadang-kadang perlu ambil cuti atau menghilangkan diri dari tempat kerja untuk menonton bola.

p/s. kamu penggemar LOtR?

 
At 15/5/06 5:59 AM , Blogger Amanitium Cho said...

serba sedikit, serba serbi~ urm, lebih kurang lah~ heh... yelaa, mungkin identiti saudara sudah dikenali dikalangan rakan2 seperjuangan saudara di jepang. ceritalah latar belakang pendidikan saudara, dari kecil sehingga remaja, sehingga besar, sehingga tua, malahan sehingga ke liang lahad kalau boleh. apa²pun saya berharap saudara dapat pertimbangkan apa yg saya katakan sebentar td.
p/s: saya amat berharap dapat berjumpa shin chan di saitama...

 
At 16/5/06 2:51 AM , Anonymous Anonymous said...

Tak der org sokong Portugal ngan Rep. Czech ker? Kalu ade, kite sekapal laa...Jom serang Germany. Tgk bola!!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home