7.5.06

18 - Terminal

"MH52? Hmm.. kaunter penerbangan ke Osaka dah ditutup," kata petugas kaunter pendaftaran masuk itu.

"Eh? Bukankah pendaftaran masuk masih terbuka 45 minit sebelum pesawat berlepas?"

Petugas itu memandang. "Ya, tunggu sekejap." Dia mencapai gagang telefon di hadapannya.

"Hello, Kak Su. Shira cakap ni. Passanger kunci hilang sekarang check-in."

Saya berdiri di hadapan kaunter sambil mengikuti bicara telefon petugas bernama Shira itu. Daripada percakapannya, saya kira tempat duduk saya untuk penerbangan ke Kansai sudah diberikan kepada penumpang lain yang ada di dalam senarai menunggu beberapa minit yang lalu.

"OK. Ada berapa bagasi?"

"Satu saja," jawab saya sambil meletakkan bagasi saiz sederhana untuk ditimbang.

"Encik terus ke boarding gate C35 ya." Petugas Shira yang baik hati itu berkata seraya menghulurkan kembali pasport dan tiket penerbangan bersama-sama pas masuk ke pintu C35.

"Baik. Terima kasih."


II

"Encik kunci hilang?" Petugas di pintu masuk itu menyapa.

“Ya,” sahut saya sambil tertanya-tanya sendiri bagaimana dia boleh mengetahui nama saya sedangkan saya belum lagi menghulurkan pasport, tiket penerbangan dan pas masuk kepadanya.

Petugas berlesung pipit di pipi itu tersenyum sambil menanda sesuatu di kertas senarai nama penumpang di hadapannya. "Tiket encik dah dinaikkan taraf kepada business class."


III

Di sisi saya duduk seorang pengarah syarikat bangsa cina sambil membaca akhbar Sin Chew Jit Poh. Saya leka menjamu mata dengan pemandangan bercahaya di sekitar landasan lapangan terbang melalui tingkap pesawat.

Seorang petugas kabin datang menawarkan minuman. Saya menjeling ke arah tag namanya. Linda.

"What would you like to have sir?"

"Give me a glass of red wine," jawab pengarah syarikat berbangsa cina itu sambil melipat semula akhbar yang dibacanya.

"How about you, mister? Would you like to have a red wine or white wine or.."

"Oh, thank you. Bagi saya oren saja," jawab saya sebelum sempat Linda menghabiskan soalannya.

Kami tersengih. Saya dan Linda.


IV

Pertama kali saya menikmati satay bersama kuah kacang di dalam pesawat terbang. Pengarah syarikat berbangsa cina di sebelah sudah lama lena. Skrin tv di hadapannya terus terpasang menemani tidurnya.

Cahaya samar diselubungi gelap awan di luar. Saya mengeluarkan buku yang baru dibeli beberapa hari lalu. Di kulit hadapannya ada gambar dua kanak-kanak sedang berdiri memandang saya sambil memberi tabik hormat. Saya perasan sendiri, macam bos. Macam lelaki cina di sebelah. Ha ha.

.

Eh, tidak. Saya tak mahu wine.

39 Comments:

At 8/5/06 12:20 AM , Blogger Em said...

Ola

Wah you got upgraded say

 
At 8/5/06 5:21 AM , Anonymous Anonymous said...

aku mase bulan 10 thn lepas. Kene marah kat petugas MAS kat KLIA mase nk check-in.Tp tu salah aku. aku buat 40 minit sblm flight tu bergerak. huhuhuhu..insaf dah...seat aku, dihujung ekor. Belakang seat aku, seat crew..hahahaha..

 
At 8/5/06 9:55 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

owh.kau balik ke Malaysia semata-mata hendak membeli buku itu?haha.

 
At 8/5/06 11:11 AM , Blogger Petiais said...

aku dan mereka ..ambik flight..dlm flight...nak mintak air..akak aku tanya paramugari tuh..dlm english..pramugari tuh..?????..last2 ckp melayu..hahaha

 
At 8/5/06 11:12 AM , Anonymous Anonymous said...

owhhh..sudah pergi rupanya...bagaimana dgn malaysia?

 
At 8/5/06 11:59 AM , Anonymous Anonymous said...

hahaha! anda pandai melawak!

 
At 8/5/06 12:29 PM , Anonymous Anonymous said...

kalau mau upgrade business class ikut teknik kuncihilang. kalau mau lunch pack awal + dekat tandas ikut teknik ise.

 
At 8/5/06 12:47 PM , Blogger Rie said...

pramugari: tea or coffee?
dia: on a cup..
pramugari: ??

 
At 8/5/06 3:04 PM , Blogger Dils said...

damn lucky~

I heard business class for MAS is really something. And sate somemore. Heh.

Well... enjoyable journey for sure. Makes it all more the trip back to Japan more bearable I suppose?

 
At 8/5/06 3:27 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Dia baca Sin Chew Jit Poh, anda sepatutnya baca Utusan Melayu... hehehe..

 
At 8/5/06 6:51 PM , Blogger sinaganaga said...

Dude,
Kau sudah pulang? Eh, tak bawa 'lauk', ehh?

 
At 8/5/06 6:54 PM , Blogger sinaganaga said...

Soalan yang sama. Tetapi, kali ni, orang yang lain pula tanya:

Satey dalam kapalterbang or 'Satey Kajang "uhh, emak dia garang"' yang best? Ha ha.

Bukan sekadar 'ha ha', bahkan 'HA HA HA'!

 
At 8/5/06 7:14 PM , Blogger WRA said...

Mata you sepet ke? Or ada Muslim yg minum wine ke kat dlm flight? konfius sekejap...

 
At 8/5/06 8:10 PM , Blogger zizie ali said...

kita hampir senasib. aku baru saja balik dari membilang botol wine, champange, vodka, rum, beer, dan entah apa-apa lagi. di sebuah pulau. dalam takluk darul iman.

 
At 8/5/06 8:44 PM , Blogger areyoung said...

.. baru tingat dah lama tak makan sate. Samuri? 8 kali ganda lagi sedap sate kat Gombak nu.. nyum.. nyumm

 
At 8/5/06 9:45 PM , Anonymous Anonymous said...

oit. sudah dalam perjalanan pulang ka?

 
At 8/5/06 10:19 PM , Anonymous Anonymous said...

tidakkah pengarah berbangsa cina itu turut tersengih melihat awak dan linda sedang menyengih?

 
At 8/5/06 11:46 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

sapa sangka dpt rezeki masuk class mewah. :)

tp bab wine tu yg tak sedap.linda tu muslim or non muslim? kalau muslim, sian kat dia dpt dosa free hidangkan arak...untolarable.

 
At 9/5/06 12:08 AM , Blogger tuan tanah said...

eh, kamu dah pulang?
laaa....

p/s: saya baru dapat access :)

 
At 9/5/06 7:24 AM , Anonymous Anonymous said...

saya nak 'red oren'
:-)

 
At 9/5/06 9:36 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

pernah dengan aircond tea?

air teh dalam cup yang diletakkan ketulan ais ditepinya.

 
At 9/5/06 10:10 AM , Anonymous Anonymous said...

Dude.

Ada kesempatan, kita jumpa lagi.

:)

 
At 9/5/06 10:18 AM , Blogger kasutVINCCI said...

kekekekekeekeke. ok apa lambat. Boleh join bisnes class. Nasib baik awak tak order sama wine tu. Terkujat saya!

 
At 9/5/06 11:50 AM , Blogger Izhal said...

wah travel light En. kunchihilang kita ni... salah satu strategi nak masuk business class ialah daftar masuk lambat... agak berisiko sikit tapi selalunya menjadi :) selamat kembali ke negeri jepun...

 
At 9/5/06 12:59 PM , Anonymous Anonymous said...

daa..
jumpa lagi di Gate c35
jangan lenguh berjalan lagi ya

 
At 9/5/06 1:21 PM , Blogger Pnut said...

boleh ikut taktik ni..hehehe..dpt gak duk business class yek....

 
At 9/5/06 1:30 PM , Blogger Masy said...

pramugari: tea or coffee?
dia: on a cup..
pramugari: ??


esis,macam tau je sape 'dia' tu..wakakkakkaa...

 
At 9/5/06 2:41 PM , Blogger Unknown said...

bila plak balik malaysia nih?

 
At 9/5/06 5:21 PM , Anonymous Anonymous said...

bro, ada masa datang la ke kedah, boleh pekena satay kat kedah pulak, sedap jugak! hehehe...

 
At 9/5/06 7:27 PM , Anonymous Anonymous said...

uh?
sate?
sate???

 
At 9/5/06 10:23 PM , Blogger ska_ocean said...

Wah, alih2 rase cam nak makan satay plak lepas bacer blog neh!
;-)

 
At 9/5/06 10:30 PM , Blogger loppiess said...

la dah balik japang?, baru cadang nak ajak kau kena siakap tujuh rasa..:)

 
At 10/5/06 1:13 AM , Blogger kunci hilang said...

em,
ola! Rezeki jangan ditolak :)

pnut,
cubalah nanti. Tapi hati-hati ya.

syikin,
:)
saya juga mengasihani Linda. Mungkin. Satu hari nanti akan tiba masanya.

esis,
cup tie..
hah?!

dila,
*wink*
always love to fly.

;)

blackpurple,
Utusan Malaysia dah habis. Saya baca Berita Harian.

ise,
tempat duduk di hujung ekor tu strategik. Betul. Lebih mudah berbual dengan para petugas kabin di belakang tu. Kalau bertuah.

semut,
aircond tea?
Namanya saja sudah cukup nyaman. :)
Oh, di samping itu saya turut pulang dengan tujuan untuk menikmati teh lipton.


sleepless in gelugoq,
satay business class MAS sedap.
Satay kajang lazat.
Mana-manapun boleh jadi lebih ‘best’.

petiais
Dulu ada seorang pelatih pramugari. Chiaki Matsumoto namanya. Lebih selesa berbahasa jepun. Selalu tersasul apabila berbahasa inggeris. Akhirnya lulus juga ujian pramugari setelah berjaya mendukung Sensei Hiroshi. Dalam drama bersiri.

kadok,
Dalam cuaca yang panas dan lembap, saya bersyukur kerana nampaknya Malaysia masih aman dan tenteram. Banyak juga yang dah berubah dan bertambah. Di laluan lebuhraya di antara Rawang dan Sungai Buluh sudah ada persimpangan keluar ke Rawang Selatan. Gadis-gadis tol di Penchala Link juga bertambah ayu.

LCCT dah siap dibina dan mula beroperasi. Di tempat makcik Noi pula sudah ada Pizza Hut. Dan khabarnya tidak lama lagi bakal muncul pasaraya Mydin di situ.

Jiran di kampung pula sudah bertambah keretanya. Jiran di depan sudah ada Myvi. Jiran di sebelah pula sudah memandu Avanza.

Terus maju.


gitartong,
ha ha.. lawak itu subjektif. Dulu ada masanya saya tidak gemar apabila cikgu Alam dan Manusia memberikan soalan subjektif.

Eh, masih adakah matapelajaran itu di sekolah?


jawat,
Aha, saya belum menamakan teknik itu lagi. Wah! Saya teringatkan Alam dan Manusia lagi. Teknik percantuman tunas.


sinaganaga,
‘Lauk’ di Osaka dah dua minggu ditinggalkan. Saya pun akur juga dengan pesanan Maklong Lijah. Jangan tinggal lama-lama.

Tup. Tup. Tup.

Dan ya. Saya masih tidak percayakan kata-kata Loden. Memang benar emaknya garang. Tapi itu tiada kena mengena dengan satay. Wajah-wajah petugas kabin itu, tidak ada langsung iras garang. Termasuk Linda juga. Anggun.

Boleh jadi. Paling ‘best’ kalau makan satay kajang di dalam pesawat terbang MAS bersama ‘dia’.


alex lacey,
Mata saya? Ha ha. Boleh jadi ketika itu saya berpura-pura beraksi sebagai orang jepun. Kawan saya di Shah Alam, dia peminat pelakon jepun. Jadi saya melakukan ujikaji minat terhadap Linda pula.

zizie ali,
Oh! Sebelum ini saya cuma mendengar ada orang-orang dari takluk darul iman yang lebih senang membuang botol-botol seumpama itu di takluk darul makmur. Nampaknya mereka tidak perlu ke Cherating lagi ya.

areyoung,
eh, Gombak? Whoaa.. sebelum ini tempat itu cukup terkenal dengan ‘kasut’nya. Jika berkesempatan, satu hari nanti saya akan memburu satay di sana.


op & tuan tanah,
ya. Sudah sampai pun.

Bunga-bunga tsutsumi berjambakan di pinggiran. Suhu di Osaka kian meningkat. Mencecah 70 darjah Fahrenheit. Dan di sepanjang laluan, gadis-gadis jepun itu, tanpa but tinggi paras lutut lagi. Menyapa sambil menghulurkan bungkusan tisu-tisu kecil.


nurul bahiyah baharudin,
Kata bos saya, untuk menjadi pengarah yang berjaya kamu harus tahu menyembunyikan perasaan. Biarkan mereka tertanya-tanya sendiri apa yang berlegar di fikiran anda. Atau lebih baik lagi jika mereka fakirkan kamu tidak fikirkan apa-apa. Tiada emosi.

Boleh jadi, lelaki cina itu seorang pengarah yang berjaya? Entahlah.


spyz
Beberapa langkah dari tempat saya ini ada plaza seratus yen. Di situ ada air oren bewarna merah. Blood orange namanya. Halal. Kalau kamu datang ke sini nanti saya jamukan dengan minuman itu.

Kadang-kadang kalau beli oren di Lawson boleh dapat tisu percuma juga.


amir mukhriz,
ya. Siapa tahu kalau kamu datang ke sini esok atau lusa, boleh kita ‘ngeteh’ di restoran Malaysia Boleh. Tak jauh. Dekat saja dari Osaka Station.

kasutvincci,
Itulah dia mungkin. ‘Save the best for the last!’ Hehe.

izhal,
Terima kasih. Sudah selamat sampai.
Betullah kata guru, kalau inginkan sesuatu yang menguntungkan usah gentar menghadapi risiko. :)

ron97,
di telapak kaki saya ada satu ‘dot’ hitam. Kecil. Tak serik.

masy,
dan Hattan berlagu lagi, “huuu uu uu…” A D A Bm E “huu.. ‘dia’.., menghimpit dengan mesra, dan kerananya aku hilang darah dan menjerut ingatan..”

orochimaru-sama,
ha ha. Kira-kira dua minggu lepas.

mydinz,
ya. Nanti, kalau ada rezeki saya pasti ke sana. Satay ‘ruud van’ Alor Setar kan?

almustaqeem,
bukankah sudah ada orang berpesan supaya pulang awal. Bahana berasap! Ha ha ha..
zooomm! Ekspress berlalu meninggalkan Putrajaya.

tudungperiuk,
uhh? Cepat, cepat.
Cepat.
Ambil kuahnya.. :D

ska ocean,
Nak satay apa? Kajang? Johor? Kedah? Samuri? Rogayah? Herman Tino?
Hmm.. memang banyak aneka satay di Malaysia.

loppiess,
tujuh rasa?
Wa wahhaah.. nantikan nanti. Panjang umur kita bersiakap. Nanti.

 
At 10/5/06 1:25 PM , Blogger Izhal said...

ada sate ke? dulu saya terhirup sikit beer dalam mas... permugari tu serve air oren dan beer sekali... saya sangka air epal... langsung saya ludah...

ps-orang bernama linda biasanya jelita ;)

 
At 10/5/06 3:06 PM , Anonymous Anonymous said...

sekanra aku mau oren lawson

dan

benar

'sate kajang' memang lazat
;-)

 
At 10/5/06 3:09 PM , Anonymous Anonymous said...

sekanra = sekarang. haraf maaf. kesilapan amat dikesali. hehe..

 
At 10/5/06 11:19 PM , Blogger kunci hilang said...

izhal,
:)
kadang-kadang si jelita boleh melalaikan. Hati-hati.


spyz,
ha ha. Oren di Lawson warna oren. Bukan merah, tapi.

p/s. di Osaka juga ada satay. Di sediakan dengan tisu sekali.

 
At 13/5/06 1:55 AM , Anonymous Anonymous said...

penggunaan bahasa kamu amat menarik sekali.seperti menjaga tatabahasa bahasa ibunda.
insya Allah ada masa,saya akn ke mari lagi *wink*

~Nur~

 
At 15/5/06 1:04 AM , Blogger kunci hilang said...

*wink* kepada Nur.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home