18.5.06

21 - Kamikaze tanpa akal

Di negara Jepun perkataan Yakuza tidak disebut dengan sewenang-wenangnya. Istilah itu sendiri sudah menjadi seperti sesuatu yang taboo di kalangan orang kebanyakan. Isyarat popular yang digunakan ialah menegakkan jari kelingking ke atas sambil dirapatkan ke pipi. Itu membawa maksud Yakuza. Orang melayu di Jepun menggelarkan golongan tersebut dengan istilah pak ya.

Sewaktu menetap di Kouda Ryou beberapa tahun dulu, saya pernah menonton siaran berita memaparkan kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan golongan pak ya. Paparan grafik memperihalkan sebuah kereta mewah milik anggota pak ya menyusur laju masuk ke lebuhraya secara mengejut. Sebuah kereta kecil yang berada di lorong paling kiri tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang kereta anggota pak ya tersebut.

‘Bam!’

Pemandu kereta kecil itu memberhentikan keretanya di laluan kecemasan. Dia dan rakannya keluar untuk melihat kesan perlanggaran tersebut.

Kereta anggota pak ya tidak berhenti, sebaliknya terus bergerak ke hadapan dengan perlahan sebelum secara tiba-tiba melakukan pusingan-u lalu merempuh kedua-dua wanita yang berada di laluan kecemasan itu. Kereta mewah itu terus meluncur pantas menyongsang laluan sehala lebuhraya itu sebelum remuk bertembung dengan sebuah lori pengangkut barang yang bergerak dari arah bertentangan.

Sungguh kamikaze, kata hati saya seraya mematikan suis lampu bilik.

Malam itu saya tidak bermimpi menjelma sebagai kesatria baja hitam. Tetapi jika diberi pilihan saya sudi muncul sebagai watak hero tersebut di tempat kejadian bagi menghalang insiden perlanggaran itu.

22 Comments:

At 18/5/06 8:22 PM , Blogger Rie said...

ganas menggila. sebut pun orang takut. apasal panggil pak ya?

 
At 18/5/06 9:02 PM , Blogger Dils said...

now i understand the last post.

Scary thing. Like somethin out of the muvi. Only Pak Ya (as you called it )is more romanticized in the movie.

And yeah, knape Pak Ya? Direct translation from Yakuza?

 
At 18/5/06 9:03 PM , Anonymous Anonymous said...

hmmm info yang sama juga saya baca di dalam novel fiksyen Ramlee Awang Murshid - Hatiku di Harajuku.

Ahh... Gaban kacak bergaya juga...

Dan ya, saya gemarkan ungkapan sakti - "raksasa menjelma dari ruang angkasa syaitan" dan "Yah! Bertukar menjadi Gaban dalam masa 0.05 saat!" hehe

 
At 18/5/06 9:06 PM , Anonymous Anonymous said...

Pak Ya yang di belakang rumah saya, selalu mengajak ke masjid.

 
At 18/5/06 9:28 PM , Blogger Unknown said...

Kena selalu tengok cerita Sin Shan. Action Kamen!

 
At 19/5/06 1:27 AM , Blogger Izhal said...

haiyo macam tu ka... depa kata pakya ni pegang mitsubishi betul ka Tuan Kuncgihilang?

 
At 19/5/06 1:47 AM , Blogger tuan tanah said...

oh... zalimnya!
tapi... semua pak ya akan mengkamikazekan diri sendirikah?

 
At 19/5/06 1:59 AM , Blogger Amanitium Cho said...

pak yakuza, dipendekkan menjadi pak ya. betulkah telahan saya?

nampaknya golongan pak ya ni sanggup berjuang demi perjuangan mereka. walaupun cara yg salah, keazaman dan keteguhan dan kecekalan hati mereka perlu dicontohi serta dihormati.

 
At 19/5/06 2:13 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

hush..saya yg baca ni je pun dah seram sejuk. polis pun takut ngan depa ya? malang sekali 2wanita itu menjadi mangsa.

 
At 19/5/06 9:15 AM , Anonymous Anonymous said...

oo..
baru saya paham siapa pakya tu.

BAJU GABAN!!
-baju gaban akan dihantar sebentar lagi-

 
At 19/5/06 3:09 PM , Blogger Masy said...

lps langgar org, bunuh diri pulak?
takut org mintak ganti ke?
*garuk pale*

 
At 19/5/06 11:37 PM , Blogger Shu said...

gangster sungguh..

 
At 20/5/06 7:23 AM , Anonymous Anonymous said...

oooooo.

 
At 20/5/06 8:25 AM , Anonymous Anonymous said...

bahya juga di sana ye..sya ingatkan yakuza dan tak wujud lagi...bdw, anda bekerja di sana?

 
At 20/5/06 2:44 PM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kenapa nak jadik kesatria baja hitam?kenapa tak jadik gaban yang boleh bertukar hanya dalam kurang dari 1 saat?

 
At 21/5/06 3:59 PM , Blogger zizie ali said...

orang melayu di jepun amat takut akan yakuza. nak sebut 'yakuza' pun tak berani. lalu sebut 'pak ya".
agaknya.

 
At 21/5/06 10:09 PM , Blogger booGie said...

salam.
jari kelingking di pipi?
Dr. Evil pun yakuza la jugak ya?
agaknya jugak.

 
At 22/5/06 12:28 AM , Blogger kunci hilang said...

esis,
sebab ‘yakuza’ maka digelar ‘pak ya’. Kalau ‘matkuza’ mungkin ia digelar ‘pak mat’. :)

dils,
di dunia nyata, ramai juga ‘pak ya’ yang romantic.

hana kirana,
saya belum ada ungkapan sakti. :(

gitartong,
jiran di depan rumah saya pun boleh dipanggil pak ya. Yamada namanya.

orochimaru-sama,
masa kecil dulu saya suka menonton siri ultraman yang watak heronya bernama Go.


izhal,
memang ada juga khabar angin itu. Tapi saya tiada rekod untuk menyokong atau menolak penyataan tersebut.

p/s. saya tidak layak dipanggil tuan. Masih muda. Ha ha.


tuantanah & masy,
oh, tidak.
Boleh jadi ‘pak ya’ pemandu kereta itu berada dalam tekanan. Mungkin juga dia ada masalah dengan ketuanya. Risau jarinya dipotong. Lalu, bunuh diri.

amanitium,
telahan kamu betul.
Dan majoriti orang jepun sememangnya komited dengan perjuangan mereka. Terpulang, yang baik jadikan contoh. Yang tidak baik jadikan contoh tidak baik.

syikin,
polis ada peranannya sendiri. Kalau kamu selalu menonton siri Gerak Khas pasti kamu mengerti tindakan hanya boleh diambil berdasarkan bukti yang cukup.

ron97,
saya bercadang untuk memiliki sepasang baju melayu baru pada Syawal yang akan datang.

sleepless in gelugoq,
cubalah tegakkan kelingking kamu ke pipi ketika di hadapan cermin. Tentu kamu tahu sama ada ianya menarik atau tidak. Kalau menarik, nanti buat lagi.

shu,
Saya sudah menonton vcd Gangster. Versi cetak rompak. ‘Gangster’ sungguh.

tudungperiuk,
wajah kamu mengingatkan saya kepada seorang pelakon filem zaman 60-an apabila kamu berkata ‘oooooo’.


anonymous,
bahaya ada di mana-mana. Kadang-kadang orang sedar, kadang-kadang tidak.

Ya, saya bekerja di sini. Kadang-kadang saya tidak bekerja. Iaitu pada hari cuti.


semut,
kenapa ya? Mungkin kerana gaban itu kacak bergaya, seperti kata hana kirana. Susah juga kalau menjadi hero yang kacak.


zizie ali
orang jepun sendiri tidak menyebut perkataan ‘yakuza’ sewenang-wenangnya. Orang melayu yang kreatif lalu menggunakan istilah ‘pak ya’. Ianya lebih kepada kreativiti berbanding takut.
Apapun, macam peribahasa melayu, cakap siang pandang-pandang., cakap malam dengar-dengar.

boogie,
salam.
:) saya rasa Dr.Evil bukan Yakuza.

 
At 23/5/06 3:28 AM , Blogger Izhal said...

aish,panggilan Tuan tu samalah macam panggilan San, tanda hormat tak kira usia :) Tuan Muda boleh? hehe...

 
At 23/5/06 8:03 AM , Blogger Amanitium Cho said...

adakah encik kunci hilang telah dikerjakan oleh pak ya? ataupun telah direkrut menjadi pakya? sehingga meninggalkan penulisan2 encik kunci hilang sebegini sahaja?

update!

 
At 23/5/06 11:43 AM , Blogger Pandang Dengar Diam said...

pak ya kalu kat kampong cuaca seorang mualaf.....rajin ke surau..tapi kenapa pak ya?

 
At 23/5/06 10:57 PM , Blogger kunci hilang said...

izhal,
eh, kalau istilah 'tuan' itu ibarat 'san' maka 'tuan muda' pula boleh jadi 'chan' ek?
Macam shin-chan. Boleh ke?

amanitium,
Dulu saya pernah bekerja dengan Pak Yahya. Lepas habis ujian SPM.

cuaca,
kenapa pak ya? Hmm.. boleh jadi nama itu lebih mudah disebut berbanding pak gekazukotu. :D.

p/s. sebab 'yakuza' maka jadi 'pak ya'. Kalau 'gekazukotukuza' mungkin jadi 'pak gekazukotu'. Kalau 'longkuza' pula, jadi 'pak long'.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home