29.5.06

23 - Alamat

Dulu pernah gempar apabila para pelajar jurusan senibina dari tanahair yang menuntut di negara Jepun menghantar petisyen kepada Perdana Menteri. Temanya satu – mengapa kami dihantar belajar di Jepun jika kelulusan ijazah kami masih tidak terus diiktiraf oleh kerajaan di tanahair?

“Lalu apa jawapan pihak kerajaan?” tanya saya.

“Entahlah. Tak pasti. Yang pasti, masa tu memang kecoh juga,” jelas Yan.

“Oooh. Hmm..macam mana petisyen tu dibuat?”

“Secara serentak, tapi setiap daripada mereka menghantar tulisan yang dialamatkan terus kepada PM secara individu.”

“Alamatnya, abdullah-at-yahoo-dot-com, begitu?”

Dus!

31 Comments:

At 29/5/06 9:27 AM , Blogger Pandang Dengar Diam said...

tak pun silalah layari abdullah-dot-blogspot-dot-com

 
At 29/5/06 10:10 AM , Anonymous Anonymous said...

kecoh di sana
tidak di sini
ya
mungkin mereka boleh mengantikan buruh buruh indonesia jika tidak diiktiraf
apa guna berlajar jauh jauh jika buruh indonesia juga digunakan.

 
At 29/5/06 10:33 AM , Blogger Masy said...

saja2 dihantar utk menggembirakan?

 
At 29/5/06 10:33 AM , Anonymous Anonymous said...

nak lagi kecoh anta kat newspaper or tv3..

 
At 29/5/06 10:40 AM , Blogger kasutVINCCI said...

betul lah kan. Kemain byk abih belanja, bersohor satu kampung, tapi tak diiktiraf dlm negara sendiri. Kesudahannya cemana?

 
At 29/5/06 10:48 AM , Blogger zino said...

itu dulu..
tapi kursus yg di ambil sekarang ni di iktiraf ke tidak? kalau tak cepat2 buat memorandum ke dua..

 
At 29/5/06 11:52 AM , Blogger Izhal said...

hern betul masalah pengiktirafan ni... KLIA, KLCC dan banak bangunan di Putrajaya di'arkitek'kan oleh arkitek jepun... hmmmm... macam tak iktiraf arkitek tanah airlah pulak sebab ambil pakar luar saja...

 
At 29/5/06 12:06 PM , Blogger No Name said...

urm..ape pak-lah xder blog ker?
huhu..

dus - mungkin merujuk kepada dilempang?

tp dlm komik hongkong..itu tetap bunyi KLONG!KLONG!

 
At 29/5/06 12:08 PM , Blogger Unknown said...

abdullah-at-hotmail-dot-com la kot...
saya setuju ngan ron97. tak yah susah2. pakai jer buruh indon..

 
At 29/5/06 2:40 PM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Sapa yang bising-bising tu? Mai balik Malaysia, ganti aku nak pi sana.

Psss... tapi aku nak pi dua minggu saja, lepas tu ganti lah balik.

Gedebushhh.....

 
At 29/5/06 3:32 PM , Anonymous Anonymous said...

tadi panjang berjela menaip komen,tapi jaringan blogspot tidak menerima komen saya.

sudahnya saya malas mahu menaip kembali.

apa2 pun,katak itu tidak menjadi putera sekiranya dia tidak pernah disumpah sebelum ini.

~Nur~
cuti yg mcm tidak cuti :(

 
At 29/5/06 3:53 PM , Anonymous Anonymous said...

Suka pula saya membaca 'ceterpen-ceterpen' dalam blog ini.

 
At 29/5/06 5:07 PM , Blogger zizie ali said...

saya bagi pihak kerajaan malaysia memohon berbanyak maaf kpd yg terlibat.

 
At 29/5/06 10:35 PM , Blogger kunci hilang said...

rj the leader,
gmail atau yahoo? Ha ha.
Apapun saya dengan berbesar hati mengucapkan syabas kepada sesiapa pemilik e-mail gmail, yahoo atau hotmail yang menggunakan id Abdullah. Mereka pastinya antara golongan perintis yang bertuah. Menempah id tersebut daripada begitu ramai Abdullah di serata dunia.

cuaca,
ha ha. Kamu berbohong ya.

ron97 & orochimaru-sama,
sedangkan mereka yang berada di tanahair juga ramai yang melebihi kelayakan untuk menggantikan buruh-buruh dari seberang itu. Hanya kesanggupan yang tiada.

masy & kasutvincci,
apalah ertinya hidup yang tiada pancaroba. ;)

hani,
berhati-hati dengan kekecohan :)

zino,
sejauh mana pengiktirafannya sekarang tidak dapat dipastikan.

izhal,
pengalaman, kemahiran, teknologi, know-how, budaya kerja dan professionalism yang menjadi ukuran pastinya. Lebih-lebih lagi apabila belanjawan yang terlibat adalah besar.

noeheartfilin,
ha ha. Kamu amat fanatik dengan komik Hong Kong ya.
Suatu ketika dahulu, saya adalah peminat setia Raja Rimba.

pegawai khalwat,
dua minggu belum tentu cukup. Kecualilah jika agendanya sekadar mengutip kertas tisu dan yang seumpama dengannya. Ha ha.

nur,
jangan lekas patah semangat :).
oh, bagaimana kamu tahu ya. Adakah pernah kamu melakukan ujikaji tersebut dengan katak di makmal?

rem,
whoaa.. jarang benar saya menemui istilah ‘ceterpen’. Apakah ia sesuatu yang biasa digunakan?
Ya, saya tahu ada kumpulan muzik dari Indonesia yang dikenali sebagai Peterpen.

zizie ali,
sudah membaca tulisan mereka itu? Kalau ya, ada baiknya juga jika kamu membalas surat-surat mereka secara individu. Bagi pihak kerajaan Malaysia. :D

 
At 30/5/06 4:44 AM , Blogger tuan tanah said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 30/5/06 4:46 AM , Blogger tuan tanah said...

teringat kali pertama masa mula-mula ke pejabat untuk memohon bantuan pinjaman pendidikan ke luar negara.

"universiti ACCA? kami tak iktiraf la dik." kakak pekerja pejabat pinjaman.

kami dalam hati masing-masing:
"ACCA bukan universiti la kak oiii!"

p/s: siapa-siapa yang kurang arif tentang ACCA, sila ke www.accaglobal.com

 
At 30/5/06 5:08 AM , Blogger aNIe said...

hahah...patut pun petisyen tak sampai....

 
At 30/5/06 11:01 AM , Blogger BooK said...

ehe. jpa hanto belaja. sekali jpa gak tak iktiraf. bodoh!

 
At 30/5/06 11:58 AM , Blogger WRA said...

tapi ramai gak ex-colleague saya dulu yg belajar di Jepun...balik terus dpt kerja yg bagus2...

 
At 30/5/06 1:08 PM , Anonymous Anonymous said...

rasanya masalah ini akan dapat diatasi dgn adanya LAN (Lembaga Akreditasi Negara)..insyaAllah.

dan maafkanlah akak2 abang2 di kaunter yang salah menjawab.. inilah susahnya kerana yang kurang tahu diletakkan di baris hadapan..

dan ya, kalaulah tanggungjawab itu disepadukan sesama jabatan..tidaklah akan berlaku sebegini..kalaulah.

 
At 30/5/06 5:57 PM , Anonymous Anonymous said...

mungkin benar kata hani...gunakan media..hehehe

 
At 30/5/06 6:00 PM , Blogger Rie said...

perlu ke pengiktirafan?

masih nak kerje dengan gomen?

 
At 30/5/06 7:44 PM , Blogger sinaganaga said...

Oit2, pakej percutian JAL di tivi tu nampak menarik. Aku rasa macam nak balik kampung. Kalau boleh pengaruh OP, Jig, Spy & Amir - best juga ni.

Tapi, pakej ke Tokyo sahaja rasanya. :)

 
At 30/5/06 11:39 PM , Blogger kunci hilang said...

tuan tanah,
oh, kamu boleh mendengar kata hati kawan-kawan kamu ya. ;)

p/s. saya juga kadang-kadang memiliki kebolehan itu. *wink*


kak lady,
petisyen tu sampai ke tangan PM. Mereka hantar secara pos. Bukan secara e-mail.

book,
hidup ini suatu ujian. ;)

alex lacey,
ya, saya setuju. Ada nyawa ada rezeki.

tudungperiuk,
komen yang positif.
:)

kadok,
kata kawan saya tu, memang ada masuk berita di Malaysia tentang hal itu dulu.

esis,
ada orang kata kerja dengan kerajaan ‘best’. Entahlah.
Para pelajar tersebut mungkin terkilan kerana berasa susah payah mereka seolah-olah tidak diiktiraf.
Yang penting jangan mudah berputus asa. Hidup ialah suatu pengembaraan yang penuh misteri. Menariknya ialah misteri di sebalik kehidupan.

p/s. saya berpesan kepada para pelajar yang marah. Kerja saja di Jepun sehingga dijemput pulang esok.

Dan. Ya, zaman sekarang usah terlalu memilih kerja. ;)


sinaganaga,
pakej percutian oleh JAL ke?
Apalagi, dude. Aturkanlah ekspidisi mengutip kertas tisu dari Tokyo ke Osaka.
Ya, spyz boleh diumpan dengan kertas tisu. Ha ha.
Jig, Mukhriz dan Op masih sihatkah? Khabarkan kepada mereka tentang fesyen baru musim panas di sini. Boleh pasang khemah di pantai Kobe sambil bermain bolasepak pantai bersama-sama Horoko, Asuka dan Miyuki (versi Toyama).

 
At 31/5/06 1:27 AM , Anonymous Anonymous said...

bila student luar negara berbuat begitu,itu tandanya mereka concern terhadap kerajaan yang berbelanja besar untuk menampung keperluan mereka semasa belajar.

Negara sudah banyak berbelanja,bila balek di situlah masanya untuk membalas jasa.

tapi kalu tidak diiktiraf.dua-dua pihak pun rugi.

terima kasih kerana memberi semangat.ya,kehidupan memang satu misteri dan setiap hari tanpa disedari kita belajar perkara yang baru. :D

saya tidak pernah buat uji kaji katak di makmal.hahaha,itu andaian saya saja.

~Nur~

 
At 31/5/06 1:37 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

hmm, sian kat bebudak ni, p belajar penat2, dpt sijil tp tak diiktiraf

 
At 31/5/06 9:07 AM , Blogger Amanitium Cho said...

oh, kali ni aku lambat menghantar comment. sume idea nak tulies da diambil. cis. owh, ada lagi. da check nama abdullah di frenster? mungkin ada. hahaha! yess!

 
At 31/5/06 10:52 AM , Anonymous Anonymous said...

Aku masih sihat :)

 
At 31/5/06 1:09 PM , Anonymous Anonymous said...

PM sibuk kut, takde masa nak baca petisyen tu. kita kena bersangka baik selalu :)

 
At 31/5/06 5:44 PM , Blogger Sya said...

laa.. salah alamat rupanya... tengah dok fikir mesti ada email address begitu, agaknya en. abdullah yg dr negara manalah tu terfikir apa lah email bebanyak yg dia dpt tuh

 
At 2/6/06 1:10 AM , Blogger kunci hilang said...

nur,
wah, sudah kembali bersemangat. Bagus. ;)
Ya, saya dapat rasakan logiknya pandangan kamu itu.

p/s. kamu dari Sabah? Saya pernah ada kawan orang Sabah yang gemar mengeja perkataan 'balek'.


syikin,
hmmm.. kalau tak silap, selepas graduasi, mereka dikehendaki menduduki kursus tambahan di tanahair sebelum diiktiraf oleh kerajaan.

amanitium,
ha ha. Tentunya tidak. :)

amirmukhriz,
psstt.. sudah masuk June. Apa yang dah berubah ya?

anonymous,
saya lebih senah berprasangka PM sudah membaca petisyen tersebut dan sedang bergerak ke arah penyelasaiannya. Bukankah itu lebih baik prasangkanya?

kak sya,
kali ini kamu seragam dengan kakak kamu. :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home