23.5.06

22 - Di bawah hujan rintik-rintik


Tadi saya fikir gadis itu mabuk. Bukan mabuk laut. Maksud saya, mabuk terlebih teguk minuman beralkohol.

Hujan rintik-rintik. Jalan raya sudah basah. Kereta dan teksi bersesak-sesak.

Dia yang berambut berombak. Duduk menjulur kaki di pangkir jalan sambil berbual-bual dengan seseorang menerusi telefon bimbitnya. Di bawah hujan yang rintik-rintik.

Lampu isyarat hijau. Saya mengayuh pantas mountain bike melintasi simpang tiga berhampiran meshiya.

Dan tiba-tiba brek mengejut.

“Whoaa!” Bukan kagum, tapi terkejut.

Hujan turun lagi. Tanpa henti berterusan tiga hari. Esok cuaca akan mula cerah kembali. Siang bertambah panjang. Dan malam kian memendek.

Esok tiba. Dengan mentari siang yang hangat. Sehelai jaket hitam itu masih menjadi milik saya. Dan saya imbas kembali peristiwa semalam.

Hujan rintik-rintik. Jalan raya sudah basah. Kereta dan teksi bersesak-sesak.

“Whoaa!”

Dia yang berambut berombak. Tergelincir di dalam hujan. Basikalnya jatuh menimpa kaki. Tangannya memegang lutut. Berjuang untuk bangkit semula. Di bawah hujan yang rintik-rintik.

29 Comments:

At 24/5/06 1:14 AM , Blogger Shu said...

mungkin dia patah hati..

 
At 24/5/06 1:17 AM , Blogger Amanitium Cho said...

apa tindakan tuan kunci hilang seterusnya?

menolong gadis itu?

wat2 tak nampak?

atau tetibe tokyo drift? (tidak berkaitan, pengaruh media..)

 
At 24/5/06 1:43 AM , Anonymous Anonymous said...

hujan rintik-rintik,sebab katak panggil hujan.
gadis itu terjatuh dari basikal sebab terlanggar katak ke?
adakah katak itu yg menjerit whoaa!! sebab picthing bunyinya lari?

maaf saja nak bawak cerita keluar dari subjek.

hujan rintik-rintik,tanda rahmat Allah turun buat kita.hargainya :D

~Nur~

 
At 24/5/06 3:24 AM , Blogger No Name said...

cerita yg mudah..

urm..adakah cerita ini mengikut kronologi..

hehe..berkat ilmu subjek komsas suatu ketika dahulu..

mungkin bunyi "whoaaa"..dlm versi komik hongkong..KLONG KLONG..mana mungkin

 
At 24/5/06 7:22 AM , Anonymous Anonymous said...

hujan rintik-rintik..
siang yang makin panjang..
hari pun berlalu. perlahan..
-sigh-

 
At 24/5/06 7:47 AM , Blogger Em said...

Ola

Jalan raya sibuk sangat tak masa itu?

 
At 24/5/06 8:13 AM , Anonymous Anonymous said...

adakah kamu yang terjatuh dari mountain bike itu?

 
At 24/5/06 9:41 AM , Blogger Fara said...

hujan rintek-rintek laut bergelombang,
emak kasi seposen, ayah kasi seposen.
tiga campur tiga jawapannya enam,
cikgu tanda rait,
kami lari pulang!! ----> cuba lukis!

mesti sakit kan jatuh beskal? hati2 di jalan raya!

 
At 24/5/06 9:46 AM , Blogger BooK said...

kunc:
jaket hitam itu masih milik kau lagi?

 
At 24/5/06 10:22 AM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Salam,
Blog anda telah dilinkkan.

Sorilah kalau link dulu baru minta izin.

Pss... hujan rintik-rintik, nampak bayang-bayang. Ayah pegi keja, emak pegi keja....

 
At 24/5/06 10:24 AM , Blogger booGie said...

Wah! Dapat jaket hitam pulak lagi.
Hujan rahmat.

 
At 24/5/06 10:33 AM , Blogger kasutVINCCI said...

tolong angkat tak awek tu?
ke kv tak paham cerita?
kekekekekekek

 
At 24/5/06 11:43 AM , Anonymous Anonymous said...

mestinya gadis tu tak cun sbb tulah KH tak tolong..

eh tolong ke tidak ?

 
At 24/5/06 2:53 PM , Anonymous Anonymous said...

mabuk boleh membahayakan
tak kira anda memandu atau hanya duduk di tepi jalan

 
At 24/5/06 5:12 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Basikal tu dah botak ke tayarnya...?

 
At 24/5/06 5:38 PM , Anonymous Anonymous said...

this comment's meant for entry congak bola:

penyerang setan merah dikatakan ahead of times in his recovery, so hopefully he is fully fit to play first game nanti! yang penyerang belang hitam tu pun rasanya dah ok, and i think the highest striker will warm the bench, and theo? whos' theo?? i really give a damn why the swede chose him, c'mon, this once-in-four-year tournament is not for him to do an experiment!

 
At 24/5/06 7:09 PM , Blogger Sya said...

dah balik ke jepun semula rupanya... lama tak menjengah

 
At 24/5/06 8:06 PM , Blogger sinaganaga said...

Psttt! Seluar dalamnya ber'warna cinta'?
Ha ha.

 
At 24/5/06 9:27 PM , Blogger Unknown said...

takde tulang yang patah?

 
At 24/5/06 10:54 PM , Blogger WRA said...

kesian dia...

 
At 25/5/06 2:08 AM , Blogger Kaklong Syikin said...

Aduh..tensennya, dahlah hujan pas tu jatuh pulak, cedera dek basikal.basah + sakit = ?

 
At 25/5/06 6:26 AM , Blogger tuan tanah said...

saya baru jer nak tanya soalan yang sama, tapi book dah tanya dulu.

takpelah.

 
At 25/5/06 9:13 AM , Blogger Pandang Dengar Diam said...

rantai basikal dia putus ker?

 
At 25/5/06 10:04 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

kau sure akan tolong gadis itu,lalu gadis itu menghadiahkan kau jaket hitamnya kan??hiks

 
At 25/5/06 12:27 PM , Blogger zino said...

sesaorang dalam kesakitan tu.. tak kan terus berlalu tanpa menghulur bantuan..

 
At 26/5/06 1:52 AM , Anonymous Anonymous said...

dua perkara yang saya terbayang.

1st: jika dia memakai seluar panjang, hanya nampak kepala lututnya yang terluka dari lutut seluar yang terkoyak

2nd: jika memakai skirt yang pendek, mungkin nampak sebagaimana yang disebutkan naga.

anda suka yang mana? hahaha!

 
At 26/5/06 11:23 AM , Blogger Rie said...

kamu tak naik teksi. kasihan. hujan naik basikal. nanti demam. huh

 
At 26/5/06 3:38 PM , Blogger Dils said...

Soo. She fell? Her bicycle fell on her? Or she was by the time cycling when you encountered her?

Cycling in the rain. Met a girl who fell. If you are a scriptwriter, you can make this to another j-dorama :p

 
At 29/5/06 2:43 AM , Blogger kunci hilang said...

shu & orochimaru-sama,
Dia tidak patah hati. Dia tidak patah tulang. Dia cuma terjatuh.

tuan amanitium,
seterusnya saya menghampiri gadis itu untuk mengenalpasti situasinya.

nur,
whoaa!
Kalau gadis itu mencium katak yang berkata-kata, adakah kemungkinannya putera raja akan menjelma?

noheartfilin,
kamu memang teliti. :)
Tadi saya fikir ‘komsas’ itu macam ‘komtar’ juga.
Kini saya dah tahu apa itu ‘komsas’.

tudungperiuk,
keluh kesah itu mengingatkan saya kepada artis genit yang popular di penghujung tahun 80an dulu.


em,
situasi di jalan raya sederhana sibuk. Apapun dia tidak terjatuh di tengah jalan raya. Dia terjatuh di pangkir jalan.

p/s. maaf. Saya tidak begitu pasti apa itu ‘pangkir’. Agak-agak saja. Kamu ada kamus dewan?


hanakirana,
saya tidak jatuh. Dia yang jatuh.


tgazfa,
saya dah lukis. Gambar itu jelita.

p/s. Bukan saya. Dia yang jatuh dari basikal. Daripada gayanya, nampak sakit. Terima kasih atas pesanan. ;)


book & tuan tanah,
jaket hitam itu masih milik saya.
Oh! Malah saya sedang memakainya sekarang!


pegawai khalwat,
tiada masalah. :)
p/s. ayah dan emak pergi kerja. Saya di rumah kesunyian?


kasutvincci,
kamu tak salah faham. Saya tolong angkat basikalnya saja. Dia boleh bangun sendiri. Di bawah hujan yang rintik-rintik.

hani,
andai kata ada dua orang yang di dalam kesusahan. Seorang gadis cantik dan seorang wanita jelita. Yang mana satu perlu ditolong?

ron97,
ya, saya setuju.

blackpurple,
oh, saya lupa untuk memeriksanya. :)


kak sya, syikin & alex lacey,
*kelip-kelip*

sinaganaga,
warna cinta itu bagaimana?
Merah jambu atau merah saga?

boogie,
oh, jaket hitam itu memang milik saya. Dan masih lagi. ;)

cuaca,
ha ha. Tidak.
Bukan salah rantai basikal, pastinya.

semut,
gadis itu tidak berjaket hitam. Jaketnya berwarna ‘cinta’.
Eh, bukan. Jaketnya berwarna coklat, kalau tak silap.

zino,
tanggungjawab sesama manusia. Menolong sesiapa yang di dalam kesusahan. :)

gitartong,
ada dua pilihan. Satu dan dua. Hmmm… saya sukakan yang ketiga.
Ha ha. (boleh ke mengelat macam ni?)

esis,
tambang teksi mahal.
Saya juga gemar berbasikal di dalam hujan.
Kadang-kadang.

dils,
*wink!*
She was there, sitting in the rain, by that time.
That’s why at the very first, I thought she was drunk.
J-Dorama? Whoaa..!
beautiful words, wonderful scene.


mydinz,
Kamu juga penyokong ‘tiga singa’?
Dan SGE, dia hanya menyenaraikan empat penyerang di dalam senarai 23 pemain.
Gandingan utama MO dan WR tidak akan digunakan sekurang-kurangnya di perlawanan peringkat kumpulan kerana kecederaan WR. Boleh jadi kita boleh lihat nanti MO dan PC akan menerajui serangan. Ataupun, kita bakal saksikan penerapan system 4-5-1 dengan MO sebagai penyerang tunggal yang disokong oleh SG, FL dan JC. Dengan itu MC boleh berperanan sebagai holding midfielder.
Dan saya turut teruja jika system 4-4-1-1 digunapakai. Dengan SG sebagai second striker!
Theo? Ya, SGE melakukan perjudian besar. Mungkin baginya, alang-alang dah nak letak jawatan, bagilah ‘gempak’.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home