2.6.06

24 - Bintang-bintang berkerdipan

Beberapa orang kakitangan di tempat saya bekerja apabila pergi outstation ke negara Malaysia tidak kurang yang membeli keychain berimejkan menara berkembar KLCC sebagai cenderahati kepada rakan-rakan setugas di Jepun. Itu sudah dikira mahal. Harganya kalau di Pasar Budaya mungkin sekitar tiga atau empat ringgit.

Selalunya untuk lebih menjimatkan kos mereka sekadar membeli waffle snack atau coklat sebagai buah tangan. Dan ada juga yang membeli gula-gula durian. Anehnya. Sedangkan di kalangan orang Jepun rata-rata amat membenci bau durian. Kadang-kadang ada yang lebih sanggup menghidu bau tandas daripada bersemuka dengan durian.

Sebelum saya pulang bercuti di tanahair hujung April lalu, Kuroda berpesan kepada saya, “Jangan lupa bawakan ole-ole nanti. Tak mahu keychain. Sudah banyak sangat koleksi rantai kunci berimejkan menara berkembar KLCC yang ada dalam simpanan.”

“Ha ha. Kamu ni banyak songel sungguh. Nantilah saya belikan keychain yang tiada gambar KLCC, mahu?”

“Tidak. Saya tak mahu keychain. Kalau boleh kamu belikan saya gelang tangan yang disaluti manik-manik kayu,” ujarnya sambil menghembuskan asap rokok jenama seven stars. Saya cuba membayangkan ada bintang-bintang yang keluar dari asap itu. Nyata tiada.

Di tanahair, selepas menziarahi Mak Cik Noi di Tanjung Jara saya sempat singgah di Pasar Minggu Sura Gate. Ramai manusia berpusu-pusu di segenap bahagian. Lebih-lebih lagi ketika minggu gaji masuk di hujung bulan.

Di antara bahagian menjual makanan dan deretan tempat menjual kain baju, saya terpandang gerai tempat menjual gelang tangan yang disaluti manik kayu. Harganya pelbagai. Dari yang semahal tiga puluh ringgit kepada yang semurah seringgit.

Di sebelah gerai itu ada lelaki berusia lewat tiga puluhan sedang melakarkan tulisan dan corak di atas rantai kuci kayu. Cantik sekali.

Apabila saya kembali ke Jepun saya serahkan buah tangan berupa gelang tangan bersalut manik kayu kepada Kuroda. Dia nampak gembira. Walaupun saya pasti gelang itu tidak cantik. Bila-bila masa jika dikasari boleh putus. Cuma tiga ringgit.

Kemudian dia mungkin tidak gembira.

Harada, Saturo, Momosaki, Tetsuro dan yang lain-lain menerima keychain kayu berbentuk sandal yang tertulis nama masing-masing di atasnya. Cuma dua ringgit lima puluh sen. Tapi cantik.

“Arghh! Kenapa sebelum ini kamu tak beritahu di Malaysia ada keychain yang cantik seperti ini??!” ujar Kuroda sambil menghembus asap rokok seven stars. Saya tidak perlu lagi membayangkan ada bintang-bintang yang keluar dari asap itu.

27 Comments:

At 2/6/06 5:11 AM , Blogger tuan tanah said...

jadi, kamu sudah nampak bintang-bintang itu? banyakkah?

 
At 2/6/06 6:20 AM , Anonymous Anonymous said...

kasihan kuroda, nanti bila tuan kunci pulang ke msia lagi belikan dia sepuluh keychain macam tu ye. :)

 
At 2/6/06 7:38 AM , Anonymous Anonymous said...

kalau pulang ke tanah air nanti, entah apa yang perlu kita beli untuk keluarga & rakan-rakan. yang khas + istimewa itu bagaimana? masalah juga bukan?

saya mahu bawa pulang bintang-bintang :)

 
At 2/6/06 9:41 AM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Di Nipon masih pakai kunci?

Di Malaysia sudah pakai retina scan. Paling lekeh pun pakai card scan. Jadi tak perlu keychain.

Hu hu...

Pss... angan-angan.

 
At 2/6/06 12:39 PM , Anonymous Anonymous said...

berikan kura kura beroda pada si kuroda itu.

 
At 2/6/06 12:52 PM , Blogger Amanitium Cho said...

oh dan setiap penulisan tuan masih seperti ini. bagus... saya sudah linkkan blog tuan ke tempat saya. urm, jadi tuan sudah bekerja? best kerja disana?

 
At 2/6/06 1:46 PM , Anonymous Anonymous said...

sib baik ler beli dari Malaysia, takler mahal..bygkan kena beli ole2 dari Jepun utk org Malaysia..pokai beb pokai..

 
At 2/6/06 2:22 PM , Blogger Bunga Rampai said...

Salam. Visit Malaysia 2007 - jangan lupa kempen kat teman-teman di sana. :)

 
At 2/6/06 3:08 PM , Blogger Izhal said...

Amalam 'umiyage' memang bagus... sama macam orang kita punya amalam...

sepatutnya Tuan nampak hanya 7 bintang sahaja :D

 
At 2/6/06 3:55 PM , Anonymous Anonymous said...

hahahaha dia sebenarnya tetap mahukan keychain

 
At 2/6/06 9:12 PM , Anonymous Anonymous said...

aik??
kenapa tak bagi ubat nyamuk lingkaran, mcm kawan kita sorang tuuuuu????
:-)

 
At 3/6/06 12:30 AM , Blogger Unknown said...

kenapa mesti keychain sebagai cenderahati? haha...

 
At 3/6/06 7:32 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

selipar jepun di sini pun murah untuk dibuat cenderamata.... :)

 
At 3/6/06 8:08 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

hmm...pening jugak nak belikan cenderamata yg bersesuaian jika pergi melancong

 
At 3/6/06 10:10 PM , Blogger Petiais said...

Kuroda kiter satu kepala la!!

haha cerewet gile..tak bersyukur.. pastu merungut hahaha

give me 5!Kuroda!..nanti2 aku cuba ubah perangai la

lame tak jumper kunci..oh pastilah nama pun kunci hilang tak logik la kalo penah jumpe

 
At 4/6/06 4:37 PM , Blogger sinaganaga said...

Kunci,
Kenapa kau tak belikan ubat nyamuk sajak sebagai omiyage kepada mereka?
Ha ha.

 
At 5/6/06 1:29 AM , Blogger kunci hilang said...

Salam.

Kuroda ialah satu-satunya orang yang begitu terperinci menyebut tentang omiyage kepada saya. Sebenarnya saya sengaja mahu mengenakannya. Mydinz, saya tidak perlu membelikan sepuluh keychain seumpama itu kepadanya kerana keychain yang tertulis namanya turut saya belikan. Cuma dia belum tahu. Tunggulah beberapa ketika lagi, saya bagilah.

pegawai khalwat,
kunci masih digunakan di Jepun. Contohnya kunci basikal dan kunci skuter. Dan kalau kamu membeli kereta di sini, sistem penggera keselamatan selalunya tidak disertakan bersama.

nurul bahiyah baharuddin,
kuroda untuk kura-kura beroda? Haha kamu memang kreatif.

p/s. dalam bahasa melayu, Kuroda membawa maksud ‘ladang hitam’


tudungperiuk & syikin,
saya kira seeloknya buatkan senarai nama orang-orang yang hendak diberi beserta kategori barangan sebagai ole-ole sebelum pergi membeli-belah. Sediakan bajet yang berpatutan. Dengan cara itu mungkin dapat mengurangkan kedar kepeningan apabila berada di tempat membeli-belah nanti.

tuan amanitium,
terima kasih. Apa yang dimaksudkan dengan ‘seperti ini’?
Oh, mungkin lokasi bukan penentu mutlak keseronokan bekerja.
Kamu gembira di Malaysia?

hani,
untuk menjimatkan kos perbelanjaan, ramai orang Malaysia membeli omiyage dari Jepun di kedai seratus yen. Konsepnya sama seperti kedai dua ringgit di Malaysia.

Seorang rakan pula pernah membeli segenggam pensil halus berharga 630 yen (kira-kira RM20.50) sebagai bekalan. Takut tak cukup.


bungarampai,
oh, terima kasih kerana mengingatkan saya mengenai tahun melawat Malaysia. Kalau ada rezeki, bukan sahaja rakan-rakan di sini, malah saya juga ingin ke sana tahun depan. ;)

tuan izhal,
Ya, secara teorinya, tujuh.
Tapi selalunya situasi benar adalah tidak ideal.

hanakirana,
sudah lama saya tidak mendengar ketawa kamu yang merdu itu.

spyz,
yang beli lingkaran ubat nyamuk sebagai omiyage itu bukankah sensei kepada kawan kita tu?


orochimaru-sama bertanya kenapa keychain untuk cenderamata.
Saya kira mungkin kerana keychain lebih mudah dibawa menaiki kapal terbang berbanding bicycle chain.
Dan lebih kecil berbanding selipar jepun, blackpurple
:D

petiais,
nasib baik kamu tidak dapat menemui saya. Kadang-kadang memang sukar berhadapan dengan orang yang cerewet, bukan begitu?
Ha ha ha.

sinaganaga,
saya tidak bagi (lingkaran) ubat nyamuk kerana susah untuk menulis nama di atasnya menggunakan pena. Lagipun risau juga jika ada orang yang fikir ia adalah sejenis makanan!

.

Suatu ketika di malam musim luruh saya pernah bertanya kepada Miyuki, “Hujan turunkah pada hari esok?”

Miyuki berkata, “Lihatlah di langit. Ada banyak bintang, pastinya tidak hujan.

Ya, tuan tanah, saya nampak banyak bintang bercahaya di langit. Dan keesokannya cuaca amat cerah.

 
At 5/6/06 7:31 AM , Anonymous Anonymous said...

kene beli gak nih..

 
At 5/6/06 11:07 AM , Blogger Dils said...

Keychain is cheaper, easier to brought and people won't complain as much. Another thing I like Fridge Magnet. Tapi tu banyak pompuan yg dah kawin aje suke LOL

 
At 5/6/06 11:53 AM , Anonymous Anonymous said...

gelang2 yg dijual di sarawak cantik2 belaka...

dan murah pulak tuh... :)

 
At 5/6/06 12:10 PM , Blogger Masy said...

sesuatu yg biasa bg kita, sememangnya luar biasa bg mereka.

begitu juga sebaliknya.

jadi, apa pula cenderamata utk sy dari jepun, wahai kunci hilang? ;)

 
At 5/6/06 12:38 PM , Blogger zino said...

setiap kali kemana mana .. mesti nak cari cenderahati.. dan benda tu mesti melambangkan tempat yg di kunjungi.. tak kisah le berapa rege dia.. murah ok gak boleh beli banyak... kadang tu ramai yg menunggu nak cenderahati dari kita yg keluar ni..

dan zino pulak suka collect t-shirt..ada le tulis nama tempat tu.. tapi tak mau le tulisan atau gambar yg besar bagak tu..

 
At 5/6/06 3:47 PM , Blogger aNIe said...

Walaupun murah tapi cantik...rasanya yang ade gambar menara berkembar tu lebih mahal kot....

 
At 5/6/06 4:38 PM , Blogger arianna adrizal said...

jika saya ke Osaka, apa yang harus saya beli sebagai cenderahati? adakah keychain berimejkan 'sesuatu' di Osaka?

 
At 5/6/06 5:04 PM , Blogger zizie ali said...

paling mengerikan ialah keychain serangga diawet dalam kiub plastik.

 
At 5/6/06 10:20 PM , Blogger kunci hilang said...

ise,
belikan untuk saya juga. :)

dils,
ini kali pertama saya diberitahu fridge magnet hanya digemari oleh perempuan yang sudah berkahwin (kecuali kamu?). Kata-kata kamu membuatkan saya berhenti sejenak dan memandang langsir. Ada benarnya juga teori itu.

iwan,
oh, saya tentu sekali ingin ke Sarawak satu hari nanti. Boleh saya hadiahkan gelang kepada jiran tetangga di sini. :)

masy,
hrmmm.. saya tiada idea. Kamu suka pakaian ninja?


zino,
di Jepun, barang-barang yang murah selalunya bukan dari Jepun. Mungkin ada ciri-ciri Jepun tetapi kadang-kadang ada tercetak pernyataan: made in China.

p/s. kalau begitu kamu tidak meminati t-shirt klasik Hard Rock Cafe?

 
At 5/6/06 10:30 PM , Blogger kunci hilang said...

kak lady,
ya. Kalau yang berimejkan KLCC selalunya lebih mahal berbanding tulisan pada kayu.

arianna adrizal,
keychain berimejkan 'sesuatu' di Osaka memang ada.
Misalnya,
'Sesuatu' = sushi.
'Sesuatu' = osaka castle.
'Sesuatu' = pedang samurai.
'Sesuatu' = jersi pasukan bola gamba osaka.
'Sesuatu' = watak-watak filem di Universal Studio Japan.


zizie ali,
dan paling mendebarkan boleh jadi keychain berbentuk 'daging mentah'.

uh, .. arr!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home