5.6.06

25 - Kemuncak infiniti?

Hujung minggu selalunya amat mengujakan saya terutama jika ada perlawanan futsal dengan orang-orang Jepun. Walaupun perlawanan hanya akan berlangsung pada hari Jumaat sebelah malam atau awal pagi Sabtu, saya sudah mula merasakan impak hormon adrenalin seawal petang Selasa lagi.

Dan apabila tiba hari sebelum perlawanan berlangsung, saya akan cuba memastikan untuk mendapat tidur yang cukup dan makan dengan sempurna dalam tempoh tidak kurang dari lapan jam sebelum turun ke gelanggang.

Hanya minggu lalu saya terlupa. Saya langsung tidak menyentuh nasi pada hari Jumaat. Dan tidak tidur sehingga Subuh menjelma.

Pasukan kami bermain lima perlawanan. Kebetulannya setiap dari kami tidak menikmati rehat yang secukupnya. Kami tewas empat dari lima perlawanan tersebut!

Dan paling mengecewakan ialah kegagalan saya untuk menjaringkan sebarang gol. Saya terlepas peluang untuk berada di kemuncak infiniti.

Paul Gascoigne yang pernah digelar sebagai budak ajaib England pada kejohanan Piala Dunia 1990 di Itali pernah berkata tiada perasaan hebat yang dapat menandingi kepuasan menjaringkan gol di dalam permainan bolasepak. “Scoring goal is better than sex!

Lagenda bolasepak dunia dari Brazil, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele pula mempunyai pandangan yang lebih rasional. Menurutnya perasaan ketika menjaringkan gol adalah setanding dengan kenikmatan ketika mencapai kemuncak di dalam hubungan seksual.

Dalam hal subjektif ini, penyataan bintang Brazil tersebut mungkin lebih mudah diterima ramai berbanding kata-kata Gascoigne apatah lagi bagi mereka yang langsung tidak pernah bermain sukan bolasepak.

Dan sekiranya hipotesis Pele diambilkira maka mereka yang sudah pun berumahtangga tidak perlu menghentakkan penumbuk ke meja makan atau menghempaskan kepala ke skrin komputer jikalau tidak pernah berpeluang menendang bola ke pintu gol hanya semata-mata kerana isteri tidak merestui untuk berbuat demikian.

Kecualilah jika kata-kata Gascoigne yang betul. Tetapi sudah tentu itu bukanlah alasan yang bijak untuk seseorang yang mahu mengelak dari menamatkan zaman bujangnya.

30 Comments:

At 5/6/06 10:58 PM , Blogger Unknown said...

haha.. ni mesti kes demam piala dunia..

 
At 6/6/06 12:00 AM , Anonymous Anonymous said...

demam piala dunia,juga sebagai penghujung musim mengawan di Malaysia!

ups!!! astagfirullah...isk isk isk..nakal sungguh kamu.

hahahaha

~Nur~

 
At 6/6/06 1:45 AM , Blogger WRA said...

3 hari saja lagi utk Piala Dunia....walaupun tak minat bola, tp dimana2 org menceritakan pasal bola...jadi nak tak nak, jadi tahu jugak....

 
At 6/6/06 4:23 AM , Anonymous Anonymous said...

apakah yang sedang dilihat oleh pele di dalam gambar itu?

ya betul, nikmatnya hanya yg pernah merasa saja akan tahu, be it sex or scoring goals...

 
At 6/6/06 5:44 AM , Blogger tuan tanah said...

saya seorang yang amat kaki bangku.

tidak bermain sebarang games yang mengeluarkan keringat, kecuali bermain permainan yang menguji kepintaran akal.

dan saya belum berkahwin.

jadi saya tidak boleh mengambil bahagian untuk mengiya atau menidakkan kedua-dua hipotesis tersebut.

 
At 6/6/06 9:26 AM , Anonymous Anonymous said...

Merujuk pada perenggan terakhir kamu: Kecualilah jika kata-kata Gascoigne yang betul. Tetapi sudah tentu itu bukanlah alasan yang bijak untuk seseorang yang mahu mengelak dari menamatkan zaman bujangnya.

mungkin saya patut mula bermain bola sepak! hahaha

 
At 6/6/06 11:24 AM , Anonymous Anonymous said...

ooo... demam piala dunia, ooo...

-topik yang dilarikan-
apa maksud kun, chan, san dalam bahasa jepun?
selalunya saya terjumpa perkataan tersebut bila orang jepun hendak memanggil seseorang. contohnya abu-kun, ali-chan, mamat-san.

terima kasih.

 
At 6/6/06 11:53 AM , Blogger kasutVINCCI said...

semangat minat bola kv merudum ekoran prestasi malaysia yg kurang memberangsangkan. namun, kehadiran piala dunia membuatkan kv gak ikut nak menyibuk. Nampaknya banyak perkara kv kena tahu sebelum menyokong mana2 pasukan. Awak minat pasukan mana?

 
At 6/6/06 1:28 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Lambatnya 9 June.... hehehe

 
At 6/6/06 1:46 PM , Anonymous Anonymous said...

Salam kenalan,
tumpang tannya.. Kansai kat mana?
den orang Kansai gak dulu
ermm..
entah-entah teman berak sejamban agaknya..

 
At 6/6/06 4:35 PM , Blogger Izhal said...

pastio pele tengah ingat nak score gol :D

 
At 6/6/06 5:50 PM , Anonymous Anonymous said...

Paul Gascoigne juga terkenal sebagai seorang soccer star yang kuat mabuk. Mungkin ketika dia mengeluarkan kenyataan tersebut, dia dalam keadaan mabuk. Mungkinlahkan.

(Aku dah bertukar.)

 
At 6/6/06 9:11 PM , Blogger sinaganaga said...

Main bola kena pakai jersey. Main sex tak payah pakai apa-apa. Ha ha.

 
At 6/6/06 11:09 PM , Anonymous Anonymous said...

saya mula tidak meminati bolasepak semenjak tiada saiz boot bola yang sesuai dengan kaki..

 
At 6/6/06 11:32 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

tak pe, lain kali boleh cuba meng gol lagi

 
At 7/6/06 10:32 AM , Blogger nuruleyda said...

dh lame tak mjenguk ke cni...
er...
jwpn utk komen awk di blog sye;
* org yg fanatic bola mgkn akn menunda perkahwinan drng... sbb sy prnh bc 1artikel psl prempuan ni sgt fanatic bola smpikn brp kali postpone her wed sbb her fincee pn same giler bola...
* skang ni pn xpe klu nk postpone kawen... sbb yg laki nye demam bola.. yg prempuan plak demam AF... heheee... ;p

 
At 7/6/06 10:35 AM , Blogger Pegawai Khalwat said...

'I scored last night!'

Perbandingan yang digunakan oleh penjaring gol dan pengklimaks.

 
At 7/6/06 3:47 PM , Blogger ontahsapo said...

tapi apa pulak agaknya kata sven goran eriksson, maybe dia kata 'sex is better than scoring!!!

 
At 7/6/06 7:29 PM , Blogger Amanitium Cho said...

owh, begitu maksudnya. adakah ini bermakna, kalau tergol sendiri, seseorang itu 'puas' sendiri? hurm, misteri, seperti biasa. =)

 
At 7/6/06 11:55 PM , Blogger kunci hilang said...

tuan tanah, ada orang pernah bercerita tentang seorang heroin yang bernama Tracy. Dia pernah membuatkan dua jaguh catur terkemuka bermandikan keringat di dahi apabila bertarung dengan mereka secara serentak. Dan ha ha, nasib baik kamu ialah kawan saya. Saya mungkin terkeliru jika ada gadis yang tidak dikenali tiba-tiba muncul dan berkata, “Saya belum berkahwin.”

hana kirana, zaman sekarang ramai gadis cantik yang bermain futsal. Cubalah jika ada masa terluang. Asalkan kamu tidak lupakan tentang perkahwinan kamu kelak.

bukancicak, saya di Osaka. Kamu pula di mana?

sinaganaga, waktu di sekolah kadang-kadang main bola tidak perlu jersi. Masing-masing pakai baju berbagai rupa. Dua pasukan bertarung. Pasukan yang kena gol dulu kena buka baju. Jadi perlawanan antara orang-orang berbaju menentang orang-orang tidak berbaju.

Masih ada kelebihan untuk kamu, gitartong. saya percaya kamu masih boleh bermain gitar sama ada ketika memakai kasut bola atau tidak.
Saya pula tidak selesa menimang bola ketika memegang gitar.

blackpurple, kamu menunggu hari jadi Johnny Depp?


syikin, terima kasih atas sokongan. ;)

nuruleyda, ohhh.. kamu pula dilanda demam AF? Dah habis demam nanti bagi informasi ya.

 
At 8/6/06 12:29 AM , Blogger kunci hilang said...

ayu,

kamu belum dilanda demam Piala Dunia?

san di pangkal nama digunakan untuk paggilan formal atau kepada orang yang berada di kedudukan lebih tinggi. Fungsi penggunaannya macam Encik, Cik atau Puan di Malaysia. Contohnya, jika bos kamu bernama Fatimah, kamu akan memanggilnya dengan gelaran Puan Fatimah. Kalau bos kamu seorang yang berbangsa Jepun bernama Yamada, kamu perlu memanggilnya dengan gelaran Yamada-san.

kun pula selalu digunakan untuk kawan-kawan yang rapat atau kepada orang yang lebih muda.
Contohnya kalau di Malaysia, sekiranya kawan serumah kamu yang ‘kamcing’ bernama Aminah, kamu langsung memanggilnya Aminah atau Minah atau Jenny tanpa perlu menambah apa-apa gelaran di pangkal. Orang jepun pula, ada gelaran kun. Contohnya, kalau kawan serumah kamu bernama Kimura, kamu boleh memanggilnya dengan gelaran Kimura-kun.

chan pula biasanya untuk kanak-kanak. Contohnya Shin-chan. Kadang-kadang orang lelaki memanggil teman wanitanya juga dengan gelaran chan di pangkal namanya. Seperti Ayumi-chan yang boleh dimaksudkan sebagai ‘baby’ Ayumi atau Ayumi ‘dear’.

Dan saya nak tambah sama. Merupakan panggilan di pangkal nama yang juga popular. Biasanya digunakan oleh petugas terhadap pelanggan atau pengguna ketika melakukan pengumuman ataupun di tempat-tempat awam.
Contoh: Minasama bermaksud ‘Tuan-tuan dan puan-puan sekalian’.
Dan boleh juga, kalau pelanggan kedai fesyen kamu bernama orochimaru, kamu memanggilnya sebagai orochimaru-sama sebagai tanda penghormatan yang formal terhadapnya.

Sekadar contoh.

 
At 8/6/06 12:46 AM , Blogger kunci hilang said...

Salah satu ‘spoiler’ di dalam pasukan bolasepak England ialah Sven Goran Eriksson. Selalunya mana-mana pasukan yang saya kagumi pastinya saya turut menghormati pengurusnya.

Kebanyakan peminat liga perdana Inggeris yang tidak menyokong Chelsea selalunya turut anti kepada Jose Mourinho. Sebaliknya pula saya. Walaupun saya adalah penyokong setia pasukan merah-merah saya tiada masalah untuk mengiktiraf ketua jurulatih berbangsa Portugis itu sebagai salah seorang pengurus terbaik di Eropah ketika ini.

ontahsapo, saya tidak pasti sama ada pengurus pasukan England akan mengeluarkan kenyataan tersebut seandainya ditanya wartawan ketika detik-detik terhampir temasya empat tahun sekali ini.

Bagaimanapun, apa pula kata kapten pasukan England, David Beckham?

Selebriti bolasepak yang pernah menduduki tangga teratas sebagai pemain terkaya di dunia itu dengan terus terang berkata: “I'm often asked whether scoring a goal is better than sex. For me, there's no contest. Of course sex is better and it certainly doesn't affect my game. And I can't keep my hands off Victoria." (News 24.com, 22 Jan 2004).

Dan bintang Australia, Harry Kewell pernah ditanya dengan soalan berikut:
Some players have said that scoring a goal is better than sex. Where do you stand on that issue?

Kewell mengerutkan dahinya sebelum menjawab:
I don't know what kind of sex they're having. I wouldn't really class it like that. Yeah, it's a great feeling when you score a goal.

Paul Gascoigne mengeluarkan kenyataan ‘scoring goal is better than sex’ sebagai seorang pemain yang bermain bolasepak bukan sahaja dengan tenaga dan akal, malah hati dan kegilaannya juga. Walaupun tidak semua pemain bolasepak hebat lain turut menyetujui kenyataan tersebut, ramai juga yang tidak menolaknya terutama mereka yang beraksi sebagai penggempur. amir mukhriz, saya pasti Gazza tetap tidak mengubah panyataannya tidak kira sama ada ketika mabuk atau tidak.

Cogankata oleh mydinz yang berbunyi:
Be it sex or scoring goals’ saya kira menyokong penyataan Pele. Di dalam gambar itu, salah satu kesimpulan yang dapat dibuat ialah apabila kamu sangat popular, berhati-hatilah dengan mata kamu. Kerana lensa kamera ada di mana-mana untuk menangkap kealpaan. Dan dari kesilapan itu banyak hipotesis lain yang bakal timbul. Seperti andaian Izhal contohnya. Ada logiknya, mungkin Pele mula teruja kembali untuk menjaringkan gol walau sudah sekian lama menggantung kasut bolanya.

amanitium, dalam situasi normal, pemain normal tidak rasa gembira sekiranya menjaringkan gol sendiri. Tentunya suatu misteri kalau ada pemain yang gembira melakukannya.

pegawai khalwat, ada pemain bola yang pernah berkata, “I’ve scored last night. Twice. Yet I wasn’t happy because we did not win the match.

Nur, saya percaya kamu tentunya tidak serius dengan hipotesis tentang musim mengawan itu. Kalaulah ia benar, maka dalam masa sembilan bulan dari sekarang pastinya hospital-hospital di seluruh negara Malaysia akan kesunyian dari tangisan pertama bayi yang baru lahir ke dunia ini.

alex lacey, selamat menonton dan berjinak-jinak dengan Piala Dunia. Kalau kamu masih tiada idea saya cadangkan kamu menyokong pasukan Ivory Coast. Boleh jadi kamu akan pantas meminati Didier Drogba, pemburu gol utama mereka.

Dan kasutvincci, kamu pula saya cadangkan supaya menyokong pasukan Sepanyol kerana saya agak nama vincci berasal dari sana kan?
Saya minat banyak pasukan.
Dan saya sokong pasukan England.

 
At 8/6/06 1:36 AM , Anonymous Anonymous said...

kunci hilang-san

arigato.
wah, penerangan yang sgt memuaskan. saya dah copy paste utk dijadikan rujukan dikemudian hari, sangat berguna. ya, saya terlupa dengan sama, mungkin sebab jarang didengar.
untuk menunjukkan rasa terima kasih saya, maka saya pun akan menjadi die hard fan blog ni, yeaahh!!

tak, saya tak demam piala dunia. dulu, saya minat bola dan kebetulan, teman lelaki saya pada masa itu pun minat bola. lepas berpisah dengan dia, scr automatik saya dah tak minat dengan bola. misteri sungguh.

dan saya juga belum berkahwin mcm Tuan Tanah-san. (ha ha ha, saya sengaja hendak membuat kunci hilang-san terkeliru dengan statement tersebut, huh, tak mengenang budi sungguh saya ni kan)

arigato gozaimas.

 
At 8/6/06 2:10 AM , Blogger Amanitium Cho said...

haha, tiada pemain yang gembira menjaringkan gol sendiri. dan adakah sesiapa yang gembira 'puas' keseorangan? amat koheren sekali bunyinya.

perkembangan berlainan, dilema world cup kali ini, Brazil seperti akan melalui jalan mudah. diri ini tidak sekali2 akan menyokong England, apatah lagi dua kali. sokong ivory coast lah, kalau kalah, saya akan menyokong pasukan yang mempunyai goalkeeper pertama kena kad merah time final champions, name glemer beliau, 'leman.' =)

 
At 8/6/06 2:23 AM , Anonymous Anonymous said...

Hiroshima,
dulu daigaku kat Kansai ( Wakayama )

 
At 8/6/06 10:50 AM , Anonymous Anonymous said...

tahun ni brazil-argentina final hehe.

 
At 8/6/06 7:37 PM , Blogger sinaganaga said...

Kunci,
Aku nak tambah: wa rewa rewa...
Ha ha.

 
At 9/6/06 12:28 AM , Blogger kunci hilang said...

ayu,
saya tidak terkeliru, sebaliknya berkata ,“Whoaa!” kerana terpegun dengan minat kamu yang boleh berubah secara automatik. :D

amanitium,
saya pula tidak menyokong Ivory Coast walaupun saya percaya mereka boleh melakukan kejutan sungguhpun berada di dalam kumpulan yang agak maut. Dan Jerman, apatah lagi.

bukancicak,
sekarang bekerja di Hiroshima?

op,
Ada kebarangkalian Brazil dan Argentina mara ke perlawanan akhir sekiranya kedua-duanya muncul juara kumpulan masing-masing, ataupun kedua-duanya muncul naib juara kumpulan masing-masing. Jika tidak, mereka mungkin bertembung di separuh akhir setelah melepasi halangan pusingan kedua dan suku akhir.

sinaganaga,
Sewaktu pertama kali saya mendengar seorang pegawai senior saya menyebut ungkapan ware-ware, saya berkata, “whoaa!” di dalam hati.

 
At 24/6/06 10:48 PM , Blogger Shu said...

hari jadi johnny depp = 9 june?

wahhh

 
At 27/6/06 9:49 PM , Blogger kunci hilang said...

shu, hari jadi johnny delgado pula ialah pada tanggal 29 Februari.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home