19.6.06

28 - Kisah mereka

Kisah Michael dan corak hantaran

Michael yakin sentuhan golnya masih tajam seperti selalu. Katanya, jika pasukan England bermain dengan corak menyerang secara hantaran rendah, dia akan mula menggegarkan gawang lawan.

Dua perlawanan awal Michael langsung tidak menyerlah. Nyata dia tidak cergas. Jurulatih Sven menekankan corak hantaran jauh ke arah Peter yang berketinggian enam kaki tujuh inci. Menurut Sven, alang-alang mempunyai pemain yang tinggi lampai di barisan hadapan, gunakan kelebihan itu sepenuhnya.

Menentang Sweden esok, Wayne bakal diturunkan dari awal, bergandingan dengan Michael. Itu gandingan pilihan utama untuk pasukan three lions. Peter duduk di bangku simpanan.


Kisah Frankie dan Stevie

Dua orang di antara pemain tengah terbaik di dunia ada dalam pasukan England. Kedua-duanya beraksi di dalam Liga Perdana Inggeris. Frankie untuk biru-biru dan Stevie untuk merah-merah. Frankie atau Stevie, siapa yang lebih hebat?

Frankie suka menyerang. Stevie suka menyerang. Frankie cekap mencari posisi di dalam kotak penalti dan memiliki rembatan padu. Stevie berkemahiran menggempur dengan larian pantas dan memiliki rembatan padu.

Stevie agresif dan berkebolehan bertahan. Frankie tidak.

Maka tugas menyerang lebih diberikan kepada Frankie sementara Stevie banyak menanti di bahagian tengah. Aksi gempur Stevie yang sering ditakuti oleh pertahanan lawan di peringkat kelab bersama merah-merah sama sekali tidak dapat dilihat di kejohanan Piala Dunia setakat ini.

Stevie harus akur dengan kehendak pasukan. Frankie dibiarkan di atas. Mencari posisi dan memburu gol.

Menentang Paraguay, Frankie melakukan tiga percubaan tepat ke arah gol. Semuanya ditepis keluar oleh penjaga gol.

Menentang Trinidad & Tobago, lebih banyak peluang untuk Frankie. Posisinya cemerlang. Namun golnya masih tiada. Ada yang ditepis. Dan tidak kurang yang jauh tersasar.

Kaki kanan David masih menjadi aset yang amat penting. Berpunca dari tendangan bebasnya Paraguay terperangkap seawal minit kedua. Hantaran jauhnya juga akhirnya dapat disambar baik oleh Peter untuk gol pertama menentang Trinidad & Tobago.

Frankie akhirnya turun ke bawah setelah England mendahului. Giliran Stevie naik ke atas.

Masa kecederaan. Wayne membuat hantaran kepada Stevie. Stevie mengacah sebelum melorongkan bola kepada Aaron. Aaron kepada David. Kembali kepada Stevie. Seorang pemain pertahanan datang rapat. Stevie beralih ke kaki kiri.

Stevie gemar menggunakan kaki kanannya untuk merembat bola ke arah gawang. Padu dan jitu. Namun kali ini dengan kaki kiri. Bola melencong cantik.

Gol kedua untuk England.

Menentang Sweden esok, Stevie akan direhatkan. Frankie akan lebih selesa menyerang, mungkin.


Kisah ulang tayang

Sehingga detik ini, sudah beberapa kali saya dijamu dengan ulang tayang aksi tangkas hero Jepun ketika ini, Yoshikatsu Kawaguchi menyelamatkan sepakan penalti Darijo Srna.

Rata-rata para pemain Jepun kecewa dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Croatia yang menjadikan laluan ke pusingan kedua untuk mereka amat sempit sekali.

Namun ada juga segelintir penyokong Jepun yang tersenyum girang apabila mendengar wisel penamat ditiup oleh pengadil. Lega dan bangga dengan keupayaan Jepun menyerap asakan Croatia.

Mungkin mereka tidak tahu lawan mereka selepas ini adalah juara bertahan yang juga merupakan kuasa nombor satu bolasepak dunia ketika ini.


Kisah pengulas siaran langsung

Memang saya tidak menggemari cara penyampaian gandingan pengulas Jepun dalam siaran langsung Piala Dunia ini. Cukup membosankan.

Apabila Lionel Messi menerima bola, mereka mula diserang histeria, "Meshi! Meshi! Meshi!"

Sedangkan ketika itu Messi baru saja berada hampir dengan garisan tengah padang.

Dan apabila hantaran tinggi pasukan England masuk ke kotak penalti pasukan lawan, "Crouchey! Crouchey!"

Walhal ketika itu Peter Crouch berada jauh hampir sepuluh meter daripada bola.

Apabila Messi menjaringkan gol, salah seorang dari mereka berkata, "Waaaa..! Hebat sungguh Messi."

Dan disambut rakan pengulas yang satu lagi, "Yalah kan. Begitu menakjubkan."

Ya, saya tentunya amat merindui ESPN versi Malaysia, Singapura dan Hong Kong.


Kisah jiran sebelah

Saya kira gadis penghuni di unit bersebelahan sedang pulang bercuti di rumah ibunya. Saban malam saya menonton bola hingga ke dinihari. Bila Joe turut hadir, suasana bingit pasti ada sekali sekala.

Saya melalui musim Piala Dunia yang aman setakat ini. Tidak ada sebarang bunyi dentuman dari penghuni unit sebelah.

24 Comments:

At 20/6/06 12:45 AM , Blogger Em said...

Ola!You sure know ur FOOTBALL mate!!!

 
At 20/6/06 3:25 AM , Blogger Amanitium Cho said...

hahah, adakah jepun akan berjaya menentang brazil? adakah saya dikira sebagai seorang yang skeptik jika saya mengatakan jepun tiada harapan utk menang? untuk pengetahuan saudara kuncihilang, ayat 'rio ferdinand, rio ferdinand' dipetik dari salah satu iklan berkaitan piala dunia di Malaysia.

 
At 20/6/06 5:50 AM , Anonymous Anonymous said...

Kalau ada bilingual untuk ulasan tu.. tentu menarik,
boleh pilih yang mana lebih selesa dengan telinga.

 
At 20/6/06 7:15 AM , Blogger spyz said...

aku suka pengulas amerika selatan.
emosional.
hahhaha...

p/s rasanya kan, jiran sebelah kau balik kg ambik tukul besi!!!

 
At 20/6/06 8:23 AM , Anonymous Anonymous said...

di sini, pengulasnya pula tak sudah-sudah menjerit: "shoot! shoot! shooottt!!!!!"

saya faham yang itu saja :)

 
At 20/6/06 11:31 AM , Blogger arianna adrizal said...

saya gelak sendiri bila membaca entri'kisah michael dan corak hantaran'. sbb pada awalnya saya menyangka maksud 'hantaran' itu adalah 'hantaran perkahwinan'.. tapi rupa2nya 'hantaran' bola.. aduhh!

 
At 20/6/06 3:46 PM , Blogger Lan Rambai said...

Ternyata Stevie yang main untuk pasukan merah-merah itu lebih powerrr.. hahaha

 
At 20/6/06 4:37 PM , Blogger ontahsapo said...

mungkin dia dah mula minat piala dunia...dan tak kisah jika orang lain pun bersorak...

 
At 20/6/06 10:36 PM , Blogger kunci hilang said...

em, *wink*. These days around, I turn into a futbola maniac.

amanitium, tiba-tiba saya teringatkan iklan Gillete World Sports Special masa dulu-dulu. Diego Maradona menggelecek enam pemain England termasuk Peter Shilton sebelum menjaringkan gol kemenangan Argentina.

bukan cicak, sebenarnya bahasa Jepun amat selesa didengar. Cara penyampaian pengulas yang menjadikan ia tidak selesa untuk telinga.
Ya, kalau ada bilingual memang amat bagus.

spyz, pengulas Amerika Selatan ada persamaan dengan pengulas Arab. Apabila bola menerjah jaring mereka akan menjerit, “Gooooooooooooooooaaaal!” melebihi enam belas harakat.
p/s. kalau jiran sebelah menggunakan tukul besi itu untuk menghentam, risau juga kalau terkopak dinding tiada lagi tabir yang menjadi pemisah antara kami. ;)

tudungperiuk, haha. Sekurang-kurangnya pengulas di sana masih boleh menyebut dengan betul. Pengulas di sini pula, “Shuuto! Shuuto! Shuuto!

arianna adrizal, mujur kamu tidak gelak dengan terlalu kuat. :)
Oh, percayakah kamu, bola juga boleh dijadikan sebagai salah satu barang hantaran perkahwinan.

lan rambai, confidential, saya perasan Frankie tidak gembira apabila Stevie menggegarkan gawang.

ontahsapa, saya tidak pernah mendengar orang-orang jepun bersorak di malam hari ketika siaran langsung Piala Dunia. Mereka memang tertib dan diam. Saya teruja untuk duduk sambil minum teh tarik di dalam warung di Malaysia, dengan hiruk pikuk manusia di hadapan skrin tv gergasi.

 
At 21/6/06 2:58 AM , Blogger tuan tanah said...

tiada kaitan dengan entry ini.

tapi saya suka casillas.

hahaha

 
At 21/6/06 6:39 AM , Blogger Amanitium Cho said...

maafkan saya! yeah! akhirnya england tidak menang! sweeden bermain dengan amat menarik utk hari ini! heh~

 
At 21/6/06 9:26 AM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Kirim salam kat gadis rumah sebelah tu bila dia balik ye!

Pss.... Rio Ferdinand yang disebut Amanitium adalah dari iklan Maxis, dilakonkan oleh Hasbullah Awang dan pelakon iklan lain yang aku tak kenal.

 
At 21/6/06 11:01 AM , Blogger sinaganaga said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 21/6/06 11:03 AM , Blogger sinaganaga said...

Dude,
Kirim salah kepada gadis sebelah rumah apabila dia pulang dari bercuti nanti!
Domo!

 
At 21/6/06 1:14 PM , Blogger Unknown said...

Yeah, goal! Keputusan seri pun masih melayakkan England ke pusingan seterusnya.. kan? kan?

 
At 21/6/06 4:56 PM , Blogger Rie said...

kat sini. kejap, kejap GOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLL

walaupun bola kat tengah padang haha

 
At 21/6/06 10:15 PM , Anonymous Anonymous said...

saya memang minat Stevie G kerana The Reds. Tapi pasukan saya di Piala Dunia tetap Orange.

 
At 21/6/06 10:33 PM , Anonymous Anonymous said...

assalamulaikum
ilmu mengendali laman web(untuk masukkan link blog tuan saya masih gagal untuk melakukannya) sedikit masa lagi pasti akan dapat, teruskan menulis entri yang hebat!
gambatte!

 
At 21/6/06 10:48 PM , Blogger kunci hilang said...

tuan tanah, saya sudah tahu apabila kamu datang sambil memegang lollipop, di akhirnya kamu akan tertawa seperti itu.

p/s. dulu saya fikir kamu sukakan Barthez. Dia juga penjaga gol.

p/s lagi. Just kidding ;D


amanitium, saya suka menonton ulang tayang jaringan Joe Cole.

pegawai khalwat, saya tak pasti sama ada dia akan kembali lagi. Baru tadi saya perasan basikal coklatnya juga tiada di halaman. Tak mungkin dia berbasikal untuk balik kampung.
p/s. oh, Hasbullah dah jadi pelakon iklan juga?

sinaganaga, kalau dia pulang. Kalau dia tidak pulang, Rin Hane Koma masih ada.
p/s. Rin Hane Koma ialah nama yang saya gelarkan kepada seorang kakak pembuat takoyaki di simpang empat tidak jauh dari apartmen ini.

orochi, bukan saja layak, malah muncul sebagai juara kumpulan. ;)
p/s. nama kamu sudah jadi pendek?

esis, andaikan ulasan Piala Dunia dalam versi Bahasa Melayu. Mana pilihan kamu, Sherkawi Jirim atau Zainal Abidin Rawop?

zaidakhtar, saya percaya kamu seorang peminat yang profesional. Selamat berjaya untuk pasukan Belanda.

 
At 21/6/06 11:05 PM , Blogger kunci hilang said...

wa'alaikum salam, aliff.
Baik sekali kerana kamu dapat menghayati 'kisah mereka' ini.

oh ya. Tidak usah ber'tuan'. ;)

 
At 23/6/06 10:09 PM , Blogger Shu said...

ha.. blk la malaysia sekejap... tgk bola..

 
At 24/6/06 8:50 PM , Blogger kunci hilang said...

shu, ikan bawal masak merah ada?

 
At 24/6/06 10:40 PM , Blogger Shu said...

ada.. mesti lah ada..

 
At 25/6/06 11:44 PM , Blogger kunci hilang said...

shu,
boleh jadi mogok bawal sudah berlalu ya.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home