21.6.06

29 - Silap mata

Kadang-kadang saya suka. Sebab dia terlalu gemar bercakap. Saya boleh mendapat input baru dengan memasang telinga mendengar ceritanya yang pelbagai ragam.

Kadang-kadang saya tidak suka. Sebab dia terlalu gemar bercakap. Paling tidak enak apabila terpaksa berpura-pura melayan karenah ceritanya, baik realiti mahupun dongengan.

“Kau tahu, dulu abang Mat pernah bertunang dengan satu perempuan ni. Cantik amat,” cerita abang Mat.

“Whoaa..,” saya.

“Tak lama, dia jumpa seorang cikgu yang ada rupa. Lebih berharta dari abang Mat.”

“Hmm..”

“Abang Mat masih di Seremban, dia call. Minta putus. Tak apalah takde jodoh.”

Angguk.

“Tak lama bila Abang Mat pulang ke Kuala Kubu. Selang dua hari dapat berita. Perempuan tu kena tangkap basah. Sama-sama cikgu itulah…...”

Lampu padam.

“Aik? Kat Jepun pun ada blackout?” Abang Mat tercengang.

“Shhh..! Diam, diam, abang Mat,” kata saya seraya memberi isyarat supaya dia tidak bergerak.

Kami di bilik tetamu. Abang Mat pegun. Sebatang rokok masih terlekat di bibirnya. Dia dah bertukar dari Dunhill kepada Pall Mall. Harga rokok asyik naik saja, terpaksalah tukar selera, katanya.

“Kenapa? Takkan dalam bilik ni aje yang blackout?” Tanya abang Mat kehairanan.

“Shhh..! Lihat ini,” kata saya sambil membengkokkan sebelah kaki secara perlahan-lahan.

“Apa?”

Lantas saya menggerakkan kaki ke hadapan seperti gaya menendang angin. “Silap mata,” kata saya kepada abang Mat.

Dan sejurus itu lampu kembali menyala.

“Whoaaa!!” Abang Mat tiba-tiba pandai berkata ‘whoaaa’. Mata berkelip-kelip.

26 Comments:

At 22/6/06 2:00 AM , Anonymous Anonymous said...

whoaaaaaaa!
kau berjaya tukar topik cerita dia hehe.

 
At 22/6/06 4:24 AM , Anonymous Anonymous said...

Mati-mati Abang Mat tu kena tipu dengan BLack MAgic kunci.. kekeke

 
At 22/6/06 6:51 AM , Blogger Amanitium Cho said...

bagaimana encik kunci berjaya melakukan perkara itu? adakah anda juga boleh melakukan aksi mengeluarkan arnab dari topi?

 
At 22/6/06 7:52 AM , Anonymous Anonymous said...

matanya berkelip-kelipan..macam anak patungkah? ;)

 
At 22/6/06 9:49 AM , Anonymous Anonymous said...

Saya tidak tahan dengan orang yang terlalu banyak bercakap. Bising. Mulut mereka yang bising macam buntut ayam, kata cikgu saya dulu. :)

 
At 22/6/06 10:07 AM , Blogger sinaganaga said...

Balik Malaya nanti, mai Bangsar, kau buat show silap mata kat depan kami, kami nak tengok!

 
At 22/6/06 12:41 PM , Blogger ontahsapo said...

boleh ke kau buat magic tu di malaysia...?

 
At 22/6/06 7:29 PM , Anonymous Anonymous said...

haha! saya harus menuntut teknik ini. ajar!

 
At 23/6/06 1:53 AM , Blogger tuan tanah said...

kalau nak tutup balik lampu tu, kena tendang angin jugakah?

bagus ni.
kadang-kadang kalau sudah start baring di atas katil, malas sekali mahu bangkit tutup lampu kamar.

 
At 23/6/06 9:13 AM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Aku nak offer hang buat silap mata waktu extra-turn bangsawan.

jangan risau, lampu black-out boleh diuruskan.

 
At 23/6/06 9:38 AM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

nak belajar..nak belajar..nak belajar..nak belajar buat silap mata macam tuh...pleaseeeeeeeeeeee..hehe

 
At 23/6/06 9:57 AM , Anonymous Anonymous said...

hahaha...
saya akan guna cara itu untuk mendiamkan orang yang banyak bercakap :D

~Nur~

 
At 23/6/06 12:54 PM , Blogger Unknown said...

wooo.. orang banyak cakap boleh didiamkan dengan membuat silap mata.. tolong ajar..

 
At 23/6/06 1:59 PM , Blogger Dils said...

Ah-ha. So you are maximising the use of filler words.

p/s: We got someone like that once in an office once. Conversation is like yours, but from our end it is always:
hmm *nod* *nod* , ohh *nod* *nod* , mcm tu *nod* *nod*, ok *nod* *nod*, hurm *nod* *nod* , uh-uh*nod* *nod* , gempak la ko *nod* *nod*

 
At 23/6/06 8:15 PM , Blogger Masy said...

klu di luar, dan hari siang,
perlukah sy minta bantuan org ramai utk menekup mulut si pencerita?
*atau mungkin menekup telinga sndiri?*

 
At 23/6/06 11:09 PM , Blogger aNIe said...

hahahaha....tak baik tau buat Bang Mat camtu...heheh...

 
At 24/6/06 7:27 AM , Blogger Em said...

Olas

Sempat berbual pasal kisah lama bila tgh watch football.

 
At 24/6/06 10:29 AM , Anonymous Anonymous said...

whooaaa..

alasan paling baik utk tukar topik n not to hear his story..heheheehe

 
At 24/6/06 1:25 PM , Blogger arianna adrizal said...

silap mata. apa yg silap?

 
At 24/6/06 8:49 PM , Blogger kunci hilang said...

op,
haha. Kamu juga sudah pandai menyebut ‘whoaa’. Malah lebih panjang lagi harakahnya.
Tahniah.

amanitium,
saya tidak pernah melakukan aksi mengeluarkan arnab daripada topi. Mungkin saya boleh cuba, jika kamu bekalkan topi dan arnab itu. ;)

tudungperiuk,
anak patung tiada di dalam rumah saya ketika ini. Kamu ada cermin? Cuba kelip-kelipkan mata di hadapan cermin.

hanakirana,
saya pernah mendengar simpulan bahasa tidur-tidur ayam dan ajak-ajak ayam. Juga ibu ayam. Tapi tidak buntut ayam. Mulut bising umpama buntut ayam. Hrmmm.. cikgu kamu berguraukah?

anynomous,
aha, kerana blackout maka bolehlah dipanggil black magic.

sinaganaga,
pertunjukan silap mata di Bangsar? Oh, kalau di Fatima, tidak, tidak boleh.
Haha. Lagipun saya bukanlah pakar silap mata.

ontahsapo,
boleh saja. Kalau cukup syaratnya. ;)

sleepless in gelugoq,
err.., bukan orkidlah.

tuan tanah,
kalau nak tutup lampu tu tak boleh tendang angin. Sebaliknya kena diam, diam. Pegun lama-lama.
Berbaringlah di katil, dan diam, diam. Pegun lama-lama. Cubalah nanti. Dan selamat berjaya.

pegawai khalwat,
pertunjukan ketika bangsawan? Oh, mungkin boleh sekiranya lampu dipadamkan dengan kaedah diam, diam. Pegun lama-lama.

semut, gitartong & orochi,
shhh..! diam, diam. Pegun lama-lama.
Kamu kidal? Jika ya, bila lampu padam bengkokkan kaki kiri perlahan-lahan. Ambil nafas dan lepaskan tendangan yang agak laju ke hadapan.

nur,
eh, guna bila perlu saja ya. :)

dila,
I like the one with ‘gempak la ko’. So sweet, you know?

masy,
dengarlah i-pod. Haha.

kak lady,
itulah. Kadang-kadang saya macam tak baik juga.

em,
orang lama memang banyak kisah lamanya. Oh, kami tidak menonton bola ketika itu.

hani,
alasan paling baik? Ya, boleh jadi. Tapi untuk memulakannya kamu harus pegun lama-lama.

arianna arizal,
Hmm.. silap mata. Mata yang silap. ;)

 
At 24/6/06 10:41 PM , Blogger Shu said...

eh?

some ppl..

 
At 25/6/06 3:39 PM , Blogger ibuVouge said...

xpe kunci, janji boleh tukar topic, kreatif la sket..dah upgrade tactic tu hehehe

 
At 25/6/06 11:42 PM , Blogger kunci hilang said...

shu,
dengarkan Pink Bubbles Go Ape: 'Some people are much too smart. They know everything before it starts..'

ibuvouge,
oh, tapi yang ini konsepnya lain sikit. ;)

 
At 26/6/06 12:20 AM , Blogger Izhal said...

di hamamatsu harga rokok naik 30sen mulai bulan 7 ni... di sana macamana??? ke tuan kunchihilang bukan perokok?

 
At 27/6/06 9:42 PM , Blogger kunci hilang said...

izhal, harga rokok di seluruh Jepun naik bermula Julai nanti. Dengarnya inilah kenaikan kali pertama sejak sepuluh tahun yang lalu.

 
At 30/6/06 2:36 PM , Blogger Love Sweet Recipes said...

abang mat tu sapa agaknye? Macam watak utama je..heheheh

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home