17.8.06

36 - Hangat musim ini

Panas. Hangat.

Di musim panas. Hangat. Panas.

Kami dambakan secangkir air.


Matanya mengerenyit di bawah terik mentari pagi.

"Kamu tentunya bukan orang Jepun?"

"Bukan."

Yuri berhenti menulis dan meletakkan pena di atas buku latihan bahasa Jerman di hadapannya.

"Dari mana?"

"Malaysia."

"Oh! Lama dulu saya ada kawan dari Malaysia. Mereka berdua pernah tinggal di rumah ibu bapa saya,"cerita Yuri penuh minat.

"Mereka, siapa?" tanya saya.

"Pelajar universiti," jawab Yuri. Matanya meredup. "Dan saya tentu sekali ingat. Mereka amat baik hati dan peramah.."

"Hmm.."

"..macam kamu," sambung Yuri.

"Ha ha.., saya tidaklah begitu peramah," jelas saya. "Lagi apa yang istimewa tentang mereka?"

"Hmm.. ada banyak lagi. Ya, ya. Mereka gemar menutup kepala mereka dengan sejenis pakaian."

"Oh..," saya mencapai pena di atas buku latihan bahasa Jerman Yuri lalu melakar kartun seorang gadis bertudung ala Wardina.

"Macam ini?" tanya saya.

"Ya, ya."

"Namanya tudung."

"Ya, ya, betul. Tudung. Mereka pernah menyebutnya," jelas Yuri.

Saya mengalihkan pandangan ke tengah dataran. Kanak-kanak dan remaja ketawa riang dan berhibur menikmati percutian musim panas. Matahari kian meninggi.

Yuri masih meneliti lukisan kartun yang saya lakarkan itu. "Hey, kartun ini comel. Lihat tu, ada tahi lalat di hujung bibirnya."

"Oh, ya tak ya. Bukankah ia seperti kamu?"

"Wah.., kamu dah mengenakan saya," Yuri separuh menjerit.

"Tak sengaja, maafkan saya."

"Hmm.. dua orang kawan saya itu, saya suka melihat mereka memakai tudung. Kelihatan sangat sopan," Yuri berkata sambil matanya mengikuti gelagat kanak-kanak yang bermain dengan pancutan air.

Dan Yuri kembali menelaah. Dia tampak bersungguh-sungguh ingin menguasai bahasa negara eropah itu. Yuri membuat catatan di atas buku latihannya. Rambut hadapannya menurut jatuh apabila dia menundukkan kepalanya.

"Yuri-san," panggil saya.

"Ya..?"

"Kamu ingin memakai tudung?"

28 Comments:

At 18/8/06 3:23 AM , Blogger ibuVouge said...

iv first ke??
IV suka nama Yuri..lembut je..
i likeeee ayat yg last sekali
bila IV boleh tengok pict Yuri bertudung ya

 
At 18/8/06 1:05 PM , Anonymous Anonymous said...

ini bukan YUri dalam game Red ALert tu kan??

 
At 18/8/06 4:29 PM , Blogger Bunga Rampai said...

Apa jawab Yuri?

Ada cahayaNya singgah menyentuh hati Yuri. Moga kamu mampu mengunci cahaya itu agar tidak hilang, terus bermukim di hatinya :)

Salam.

 
At 18/8/06 9:14 PM , Blogger Dils said...

Hurm. Buy her a baju kurung!

Japanese/Chinese/Korean chicks always look nice in a baju kurung. Can also slip in the pashminalike tudung. It works as a scarve and tudung.

You are also learning German?

 
At 18/8/06 9:16 PM , Blogger kunci hilang said...

ibuvouge, saya terhibur dengan cara kamu menyebut 'i likeeee'..
p/s. IV, saya juga tidak mempunyai foto Yuri yang bertudung.

ron97, saya tidak pernah mengembara ke alam Red Alert. Tapi saya yakin itu Yuri yang lain.

bunga rampai, terima kasih. Dan air muka Yuki kadang-kadang macam bercahaya juga.

Salam.

 
At 18/8/06 9:19 PM , Blogger kunci hilang said...

dila, that's a great idea. But I have no experience buying any baju kurung.

Me learning German? Not yet. ;)

 
At 19/8/06 12:04 AM , Blogger nuruleyda said...

Udah lama ku tidak mengunjungi ke cni...
Tau2 dh 2new entries. condsider new la sbb aritu salu msk tp tak berupdet pn...
hmmm... menariknye Yuri tu.. nnti tryla snap her pic.. hehe and post it here :)

 
At 19/8/06 4:10 AM , Blogger aNIe said...

Yuri...ingin melihat gambar Yuri bertudung...

 
At 19/8/06 9:00 AM , Blogger Em said...

Ola

So apa jawapan dia?

 
At 19/8/06 10:11 AM , Blogger tudungPeriuk said...

"tudungperiuk-si, can you teach us how to wear this scarf?" tanya mereka. "nae!" balas saya. sambil tersenyum.

masih ada yang berminat untuk memahami. walaupun yang lain selalu mengasak dengan soalan-soalan yang mencabar kesabaran.

hidup ini indah ;)

 
At 19/8/06 2:45 PM , Blogger Izhal said...

wah ini cara berdakwah yang bagus!!! teruskan Tuan!!!

 
At 19/8/06 6:28 PM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Bila nak hantar kad kenduri kahwin?

 
At 19/8/06 9:42 PM , Blogger Sri Diah said...

Kata Yuri; mahu suruh saya bertudung? oh ya... belanja saya menaiki JAL lebih tujuh jam ke KLIA dan jom kita ke Masjid Wilayah...

 
At 20/8/06 8:28 AM , Blogger tuan tanah said...

bagaimana menyebut 'tudung' dalam nihongo?
skafu?

 
At 20/8/06 11:09 AM , Anonymous Anonymous said...

tidak lagi menjadi org pertama...
im agreed with dila..buy her baju kurung..so dats u can see the cahaya...and kunci-san do post the pic ya?
p/s: yuri n miyuki is not the same ppl aight? - musca

 
At 20/8/06 3:51 PM , Blogger kasutVINCCI said...

alangkah comelnya jika yuri memakai tudung.;)

 
At 21/8/06 12:19 AM , Blogger Amanitium Cho said...

teknik encik kunci untuk melamar? ataupun sekadar cadangan mengelakkan rambut hadapan menganggu?

ataupun serampang dua mata? haha.

 
At 21/8/06 8:09 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

oh..apa jawabnya? teruja untuk mengetahuinya

 
At 22/8/06 12:55 PM , Blogger Sir Mute Key Chicks said...

apa jawapan yuri??

 
At 22/8/06 5:53 PM , Blogger Masy said...

cerita ada sambungan, macam Lord of The Rings yg ada sekuelnye. mungkin entry encik kunci ni ade sekuelnye? ;)

 
At 22/8/06 6:49 PM , Blogger Rie said...

woww. romantiks kamu.

 
At 22/8/06 8:20 PM , Blogger ahmad said...

Yuri Red Alert!!!

Hahaha.

Tapi betullah nama yuri tu memang lembut semacam la.

 
At 23/8/06 9:50 AM , Blogger Ku Keng said...

menarik. hanya kerana tudung.

 
At 24/8/06 9:48 AM , Blogger BooK said...

yuri gagarin. astronaut rusia kan?

pssttt... kunc, kau ajar la yuri tu pakai tudung.

 
At 25/8/06 9:40 AM , Blogger dinoor said...

kemsalam sama yuri ok ye kunci-san

err, bila nak discus pasal bola plak? EPL dah start nih!

 
At 26/8/06 10:01 PM , Blogger zino said...

nanti hadiah kan dia baju kurung dengan tudung sekali.. mana tau tergerak hati dia nak pakai..

 
At 27/8/06 9:15 PM , Blogger kunci hilang said...

nuruleyda, kata Yuri, wajahnya tidak komersil. Hmm.. tapi dia bukan jurugambar profesional. Sebab itulah dia berkata begitu.
p/s. kamu seperti seorang adinda.

kak lady, di corong speaker sedang berkumandang nyanyian orange range. Tapi yang terngiang-ngiang ialah suara artis Indonesia mendendangkan lagu Suci Dalam Debu.

em, syikin & semut, Yuri tertawa kecil dan berkata, "kitai kedo.., (tapi) mungkin bukan sekarang.. musim ini hangat.."

tudungperiuk, hidup ini warna warni. :)

izhal, carikan keamanan untuk dunia ini.

pegawai khalwat, yang pasti, masanya belum tiba.
p/s. kalau Yuri berumahtangga kelak, saya mahu gelarkan perkahwinannya sebagai Wedding of the Year.

kak sri, mungkin Yuri boleh diperkenalkan dengan masjid Kobe terlebih dahulu. Lebih pantas.

tuan tanah, sukafu.. boleh jadi begitulah. Pinjaman dari bahasa Inggeris.

musca, baju kurang dan cahaya? Hmm.. saya tak pasti.
p/s. ya, Yuri ialah Yuri.. bukan Miyuki.

kasutvincci, comel, saya juga fikir begitu. Dan menawan.

amanitium, haha.. bukan niat untuk melamar pastinya.

masy, secara kronologinya, yang ini ialah prequel berselang kepada entri yang lepas.

esis, subjektif. Ha ha. Yuri juga, dia subjektif.

ahmad, kata rakan saya, dalam Red Alert, watak Yuri itu antagonist?

ku keng, boleh jadi ada seribu satu cerita dan rahsia di sebalik tudung.

book, oh oh.., akhirnya kamu yang menyebut tentang Yuri Gagarin.
p/s. cadangan yang bernas.

mydinz, saya katakan peminat red devils dari Malaysia sampaikan salam, bolehkah begitu?
p/s. ruangan untuk cakap-cakap bola sentiasa terbuka tanpa ada sempadan waktu ;)

zino, mungkin saya terpaksa singgah ke kedai pakaian KAMDAR dulu?
p/s. adakah encik Michael Ong turut merekabentuk tudung dan baju kurung yang bersesuaian untuk gadis jepun?

 
At 11/9/06 10:23 AM , Blogger Fahmi Mahat said...

wah.. cara yang sungguh jujur, ditambah dengan ayat yang kena pada timingnya... sangat opportunis kunci ni :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home