37 - Warna budaya

Dia kuat bekerja. Dalam tempoh setahun di Oita, hanya tiga kali dia pulang menjenguk isterinya di Osaka. Dia pulang tidak lama. Paling lama cuma dua hari. Itupun apabila kebetulan ada urusan rasmi di ibu pejabat.
Lewat malam itu, sewaktu dalam perjalanan pulang dari bertugas, kami berbual. Dia bercerita tentang golf dan pachinko. Saya lebih banyak jadi pendengar, kerana saya tidak pernah menceburi kedua-dua bidang itu.
Kemudian saya bertanya tentang keluarganya.
“Bagaimana dengan isteri di Osaka sepanjang tempoh setahun ini?”
“Oh, dia baik-baik saja. Malah gembira. Setiap bulan saya kirimkan wang yang banyak kepadanya. Dan katanya dia berbahagia dan mengisi masa terluangnya dengan melancong dan berhibur,” jelas Encik Hakoto.
Encik Hakoto rajin bekerja. Ada kalanya saban hari tidak kurang dari enam belas jam dia menghabiskan waktu di tempat kerja. Kadang-kadang dia terus di situ sehari semalam.
Encik Hakoto kuat bekerja. Dan apabila ada waktu lapang dia sekadar tidur dan minum alkohol. Bila ada hari cuti dia singgah bermain golf atau berkunjung ke pusat permainan pachinko.
19 Comments:
Kunci,
Orang Jepun memang rajin, kan..?
Kuat kerja. Tak kira siang atau malam. Makan, tidur pun kat tempat kerja.
Kunci kuat kerja?
terlalu bekerja, kasihan isteri kesunyian di rumah. encik kunci bagaimana? meninggalkan isteri di rumah juga?
tak baik en hakoto tinggalkan isteri lama2... sian isteri dia.
kunci-san, jgn jadi macam encik hakoto tu ye.
kadang-kadang saya hairan dan terfikir, apa agaknya matlamat dan destinasi terakhir kehidupan orang lain ya?
negara mereka memang tak dinafikan maju dengan sistem kesihatan yang baik, jalan raya yang bagus, kadar jenayah yang rendah dan macam-macam lagi. ini semua sebab orang macam En. Hakoto yang rajin. tapi bagi saya, bukan setakat sistem negara perlu baik, tapi juga kualiti hidup harus meningkat bersama. ini tak terjadi di bumi di berkati Allah jepun ni...
ps-hasil sembang-sembang kosong saya tempoh hari... purata hubungan kelamin pasangan suami isteri jepun hanya 2 bulan sekali...
isteri dia dah tua? atau anu dia tak idup? hehe
Salam,
Lain padang lain belalangnya :)
Entri ini mengingatkan saya kepada kisah dalam novel 'Waiting' karya Ha Jin.
p/s saya suka komen hana kirana.
kasihan.
bagaimana intitusi keluarga di Jepun kalau begitu ya?
santai citenya... tapi dalam maksudnya..
saya pun seperti mydinz..pesanan yg sama..
Some people wouldn't mind at all. If it is the right people..or wrong.
suami nya sungguh rajin mencari duit, isterinya sungguh rajin menghabiskan duit. comel sungguh pasangan ini kan
terlanjur ada kat sini. apa itu permainan pachinko? seronok sangatkah
heheh encik kambing, menghabiskan duit hasil kerja suami pun salah satu tugas isteri. klu tak, mungkin suaminya akan merungut - penat aku carik duit, takkan tengok je? hehehe
pachinko yang pernah sy tengok di TV, adalah permainan judi menggunakan bebola besi yg comel²..betul ke encik kunci?
menakutkan tgk org jepun ni bekerja, tp tak hairan negara mrk jadi maju macam sedia ada sekarang..
tp, sampai mengganggu institusi perkahwinan spt hanya berjumpa sekali sekala dngn isteri, amat bahagia. kirim duit banyak saja tak mencukupi..
Budaya depa dah lagu tu.
Wife dan family tak kisah tak pa la.
Cuba buat macam tu kat Malaya.
Kunci,
Tak lama lagi ada orang akan beri kau tanah.
Ha ha.
makan kerja minum kerja tidur pun kerja. when will it end?
anonymous, majoriti orang jepun memang kuat bekerja. Saya pula, kuat menonton bola. :)
amanitium, bukankah meninggalkan isteri di rumah lebih baik daripada meninggalkan isteri di supermarket?
p/s. saya sekadar meninggalkan pemain cakera dvd di rumah.
mydinz, saya tak mahu jadi encik Hakoto. Nanti terkeliru pula isteri encik Hakoto. :D
hana kirana, apabila kamu pergi ke KLCC, lihatlah orang yang lalu lalang di sekeliling kamu. Saya pasti kamu tidak tahu apakah matlamat hidup mereka sepertimana mereka tidak mengetahui matlamat hidup kamu. Kuncinya, jika seseorang itu
pasti dengan matlamat hidup sendiri, mereka tidak lagi perlu hiraukan apa tanggapan orang lain.
izhal, setiap yang cantik pasti ada yang hodoh di sebaliknya. Dan setiap yang hodoh itu adakalanya boleh berubah menjadi cantik.
esis, saya tidak pernah bertemu isterinya. Encik Hakoto berusia awal 30-an. Dan katanya isterinya beberapa tahun lebih muda daripadanya.
Kesimpulannya, isterinya lebih muda daripada Normala yang berusia pertengahan tigapuluhan itu.
bunga rampai, di masa hadapan, kamu perlu meminjamkan novel itu kepada saya ;). Ha Jin itu tentu orang Cina?
p/s. saya rasa hana kirana tidak begitu menggemari minuman pepsi. Bagaimana dengan kamu?
tuan tanah, institusi kekeluargaan di Malaysia secara umumnya lebih baik, saya fikir.
ibuvouge, agaknya yang mana menjadi pilihan kamu. Pekerjaan yang santai atau percutian yang santai?
dila, and how about u, urself? I bet u would mind, don't u?
kambing, betul seperti kata masy pachinko ialah permainan judi yang juga dikenali sebagai Japanese pinball.
masy, tugas menghabiskan duit suami mungkin tidak semudah yang disangkakan. ;)
syikin, pengaruh siri di kaca tv mencetuskan persoalan antara cinta dan wang. Mana pilihan kamu?
p/s. kata cikgu, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
pegawai khalwat, di Jepun, kalau suami pulang awal, mungkin isterinya akan berleter, "Eh.. abang ni, malasnya bekerja!"
Di Malaya pula, kalau suami pulang awal, si isteri mungkin berkata, "Wah.. pandai abang mengelat.. macam tu la baru hebat.."
sinaganaga, saya pernah menonton satu drama melayu di mana heroinnya berkata, satu hari nanti
dia ingin membeli rumah dan tanah di England. Hmm.. mungkinkah tuan tanah mempunyai usul?
junita, kerja menjadi ibadah jika dilakukan dengan tujuan yang baik dengan niat kerana-Nya.
p/s. selamat menyambut ulangtahun hari merdeka!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home