31.10.06

45 - Satu syawal yang lalu

Saya pulang awal. Lebih awal dari kebiasaannya. Ketika suria penghujung Ramadan masih meniti di ufuk barat. Saya mahu menikmati malam yang bakal tiba. Malam yang istimewa.

Malam satu syawal.

Di luar tiada nyalaan pelita minyak tanah. Tiada bunyi dentuman mercun dan meriam buluh. Saya leka sendiri duduk di hadapan laptop sambil memuat turun koleksi lagu raya pilihan. Bukan sedikit. Ada enam belas kesemuanya. Ada lagu nyanyian M.Nasir, ada lagu nyanyian Sanisah Huri dan ada juga lagu nyanyian Aishah yang menjadi kegemaran Nina.

"Ini lagu nyanyian Aishah," ujar Nina.

"Ya, saya tahu. Tajuknya Dari Jauh Kupohon Maaf," balas saya.

"Eh, bukanlah. Lagu ini.., berjudul Pulanglah," terang Nina seperti nada percakapan seorang guru yang membetulkan kesilapan anak muridnya.

Saya berpaling sambil mengerenyitkan mata.

"Kenapa?" Soal Nina, bersahaja.

"Mana ada tajuk lagu Pulanglah."

"Pulanglah."

"Dari Jauh kupohon maaf."

"Pulanglah.."

"Dari jauh.."

"Pulang.."

"Dari ja..."

Nina senyum, sambil menggetap bibir.

"Awak memang selalu begini ya..," Nina.

"Kenapa?"

"Tak pernah berubah."

Dan senyuman manis Nina pun berlalu bersama angin malam. Saya memandu keseorangan ke hujung kota. Tidak banyak kenderaan di jalan raya. Sekumpulan remaja sekolah duduk berkumpul di ruang lapang di hadapan Family Mart. Dua daripada mereka memetik gitar sambil menyanyi manakala yang lainnya duduk menonton sambil bertepuk tangan.

Saya berhentikan kereta dan membuat beberapa panggilan telefon jarak jauh. Ia sudah menjadi rutin setiap kali tiba malam satu syawal, menghubungi saudara mara dan kenalan di tanahair, mengucapkan salam aidilfitri dan bertanya khabar.

Dingin subuh satu syawal menyapa damai. Tenang dan aman. Tidak seperti di tahun yang sudah apabila saya terpaksa mencari-cari butang baju melayu di pagi raya. Kali ini semuanya sudah tersedia. Butang yang sama telah siap tersemat pada baju melayu biru tua di hadapan almari pakaian.

Ia pemberian dari Nina tidak lama dulu. Saya masih ingat bagaimana teruk saya dimarahinya apabila saya terlupa untuk mengenakan butang baju melayu itu pada salah satu hari raya yang lalu.

Ia istimewa. Dan masih lagi, walaupun selepas perbualan menerusi telefon malam raya tadi.

"Hello, Assalamualaikum."

Saya pantas mengecam suara itu. Murni, adik kepada Nina.

"Waalaikum salam," balas saya. "Boleh cakap dengan kak Nina?"

"Kak Nina?"

"Ha ah."

"Kak Nina tak ada."

"Eh, tak ada? Tak balik beraya ke?"

"Dia beraya kat rumah mak mentua dia. Esok baru balik sini."

"Oh? Sejak bila ada mak mentua?"

"Hari tu. Masa cuti sekolah. Ini siapa ya?"

"Hmmm.. kawan kak Nina."

"Ohh.. Murni tau siapa ni.."

"Yalah tu. OK. Selamat Hari Raya. Kirim salam kat semua ya."

Saya rindukan sekurang-kurangnya dua perkara pada syawal tahun ini.

Pertama, takbir raya berirama dari Malaysia.

Kedua, iklan hari raya di kaca televisyen. Bukankah selalunya ia sungguh menarik?

Selamat hari raya dan maaf zahir batin.

30 Comments:

At 1/11/06 5:05 AM , Blogger mba2u said...

Wah syahdunya malam raya kat Nihon. Masa saya di Okinawa 15 tahun lalu, itulah kali pertama saya tahu bahawa takbir raya irama Malaysia ini tidak universal (saya ingat satu dunia irama takbirnya sama). Pernah berlaku students Indonesia + Brunei + Malaysia merampas mike untuk alunkan "takbir irama Malaysia" kerana tak puas hati dengan takbir irama Bangla, Pakistan, Saudi etc.

ha ha ha kenangan lama.

 
At 1/11/06 7:11 AM , Blogger tuan tanah said...

Selamat Hari Raya.

Maaf zahir batin, fizikal dan mental.

Oh, maaf. Sudah satu minggu berlalu tetapi saya baru mengucapkannya hari ini.

Ya, pada malam satu Syawal, semasa mengacau rendang kami ditemani takbir hari raya versi MP3 sahaja. Sayu sekali.

 
At 1/11/06 9:52 AM , Anonymous Anonymous said...

akhirnya terubat rindu saya pada entry kamu.

saya tidak tinggal di kampung,saya tinggal di taman.jadi saya tidak balek ke kampung,saya balek ke taman.sebuah taman perumahan di tawau.*wink*

~Nur~

 
At 1/11/06 9:55 AM , Blogger Dils said...

Selamat Menyambut Aidilfitri & Syawal.

It feels like Raya is over.. but no matter how old you are, nothing beats the feeling of pagi raya pertama.

It is once a year only moment of sadness, gratefulness and serenity.

And butang baju raya.. is always important to be present. To look more presentable.

 
At 1/11/06 10:02 AM , Blogger dugongsenyum said...

siapalah baju melayu tanpa butang baju melayu hehehe

selamat hari raya

 
At 1/11/06 11:15 AM , Blogger Masy said...

nina berkahwin senyap², encik kunci ada rasa sesuatu yang....

tersentuh di hati?

salam aidilfitri utk encik kunci ya~

 
At 1/11/06 2:45 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Di sini....bukan hari raya namanya kalau tiada yang terbakar jari dan muka main mercun buatan sendiri...

Selamat hari raya....

 
At 1/11/06 7:40 PM , Anonymous Anonymous said...

Oooo... gadis satey kajang yang kau bawa semasa berjumpa kami itu namanya nina... Oooo...

 
At 1/11/06 7:42 PM , Blogger sinaganaga said...

Oooo... gadis satey kajang yang kau bawa semasa berjumpa kami itu namanya nina... Oooo...

 
At 2/11/06 11:41 AM , Anonymous Anonymous said...

iklan? biasa saja..

 
At 2/11/06 4:25 PM , Anonymous Anonymous said...

salam encik kunci,
belum terlambat nk ucap eid mubarak...
sayunya ari raya en. kunci di sana..tapi tentunye itu pengalaman yg takkan dilupakan selamanye..
dan saya juga fhm rasa yg satu lagi itu..:)..memory remains..

 
At 2/11/06 6:13 PM , Blogger arianna adrizal said...

'Saya rindukan sekurang-kurangnya dua perkara pada syawal tahun ini.' <---- saya tambahkan dua perkara lagi utk kamu.

ketiga, Nina.




keempat,

saya!

hahaha. Selamat hari raya. maaf zahir batin :)

 
At 2/11/06 6:26 PM , Anonymous Anonymous said...

-ada kesyahduan-

 
At 3/11/06 12:51 AM , Blogger Love Sweet Recipes said...

Mungkin sudah agak terlambat namun ingin kuucapkan juga "Selamat Hari Raya". Mungkin tahun hadapan boleh beraya di Malaysia? Dan saya simpati dengan kamu berkenaan Nina. Sampai hati dia kahwin tanpa menghantar kad undangan kepada kamu ya

 
At 3/11/06 12:24 PM , Anonymous Anonymous said...

takat rindu kat iklan tu apalah sgt kan kalau dah org tersayang depan mata..muahahaha

 
At 5/11/06 12:57 PM , Blogger Bunga Rampai said...

Salam,

Tersentuh...

 
At 5/11/06 3:14 PM , Blogger kunci hilang said...

mba, musilimin dari luar negara yang berhari raya di Malaysia pula terkagum dengan takbir irama Malaysia itu.

tuan tanah, rupa-rupanya kamu berkebolehan mengacau rendang ;). Pasti sedap, asalkan jangan ada air mata yang tertitis ke dalam periuk.
Selamat hari raya dan maaf zahir batin.

nur, saya terlupa minum nescafe yang tersedia di atas meja apabila menyedari kamu merindui sesuatu dari saya. Selama ini saya fikir kamu hanya merindui kasut tumit tinggi yang baru kamu beli untuk hari raya (mungkin?). Ada kawan saya dari Sabah juga gemar menggunakan ejaan 'balek'.
Dia dari Tawau juga, oh, namanya Nur. Kamulah itu..

dila, i wonder if u were crying during pagi raya pertama?

dugongsenyum, selamat hari raya & maaf zahir batin. Waktu sekolah dulu saya lebih selesa mengenakan baju melayu tanpa butang ketika solat Jumaat.

masy, Nina tidak berkahwin secara rahsia, pastinya. Saya belum sempat mengucapkan selamat pengantin baru dan juga selamat hari raya kepada Nina. Apapun, untuk kamu, selamat hari raya dan maaf zahir batin. Semoga ceria dan berbahagia selalu. ;)

 
At 5/11/06 3:35 PM , Blogger kunci hilang said...

blackpurple, ada kenalan di KB yang merungut kerana ramai SB yang masuk kampung membanteras aktiviti main mercun. Dia iri hati dengan kawan-kawan di negeri lain yang berpesta dengan bunyi dentam-dentum.

sinaganaga, gadis sate kajang itu namanya bukan Nina. Dan bukan juga Yuri atau Miyuki. :)

gitartong, kadang-kadang di tv jepun ada iklan yang luar biasa.

sue, salam aidilfitri untuk kamu. Yang mana menjadi pilihan, rendang atau kuah kacang?

arianna adrizal, saya telah berjaya mengeja nama kamu pada cubaan pertama tanpa menjeling pada tag nama kamu.
Selamat hari raya Aidil fitri, maaf zahir batin.
;D, kadang-kadang saya rasa kamu memang bijak walaupun kamu masih gemarkan gula-gula getah berpudina.

anonymous, saya ingin tahu siapa kamu :)

ryu_hana, boleh jadi kad undangannya tidak sampai kerana tersilap alamat?
Selamat hari raya. Saya tahu seperti kamu, saya tentunya belum terlambat untuk mengucapkannya.

hani, yang pasti saya tidak pula teruja untuk menonton iklan fair and lovely. Ha ha.

bunga rampai, salam. Masih ada lagikah kek kismis untuk saya?

 
At 5/11/06 9:54 PM , Blogger zino said...

takbir irama malaysia ni bukan universal ke?.. bila pakai baju melayu butang tu memang penting.. kalau tak macam tak sudah je jadi nya. hehe

 
At 6/11/06 8:02 PM , Anonymous Anonymous said...

cam citer novel ler plak..sigh~

 
At 8/11/06 12:49 PM , Blogger Bunga Rampai said...

Saya boleh buat satu lagi jika mahu. Besar atau kecil? Empat segi, bulat atau bujur? :) Salam.

 
At 8/11/06 4:16 PM , Anonymous Anonymous said...

Ya.. iklan2 raya di Malaysia memang selalunya menarik.. terutama iklan petronas yang jarang mengecewakan saya.. :)

 
At 9/11/06 3:51 PM , Anonymous Anonymous said...

nah ubati kerinduan kau - http://youtube.com/watch?v=i8_aS5RJ5LA

selamat hari raya aidilfitri.

 
At 9/11/06 4:47 PM , Blogger Lan Rambai said...

apakahhhh suratannn.. aidil fitriiii.. satu titik akhirr..

ehhh.. Selamat Hari Raya buat Tuan Kunci.

 
At 9/11/06 9:47 PM , Anonymous Anonymous said...

Sala wbt buat brother yg dh lame tak dgr khabar..hakikatnya kite selalu visit ur site..just no time to drop sumthing.SALAM AIDILFITRI DR KEJAUHAN..moga masih ada maaf zahir&batin utk kite...Walaupun xpernah hubungi a.nizam.still i do remember u!bile nk balik msia? Insya-Allah next wik stat kije.pray for me!!! ok la,takecare!!!wassalam

 
At 10/11/06 9:53 AM , Anonymous Anonymous said...

sejak masuk syawal ini, kamu sudah jarang-jarang menulis..sibukkah?

moga kamu juga tidak kekontangan ilham seperti rakan penulis kamu....cik tanah!

salam aidilfitri 1427H.

 
At 11/11/06 7:11 AM , Anonymous Anonymous said...

Salam Aidilfitri..

dah habis puasa enam hari ker?

 
At 11/11/06 3:09 PM , Blogger Rie said...

selamat hari raya. syawal lagi kan..

 
At 11/11/06 7:14 PM , Blogger kunci hilang said...

zino, ya, takbir raya irama malaysia itu bukan universal.

petiais, ada novel tentang takbir raya?

bunga rampai, saya tak kisah bagaimana bentuknya, sebab saya kira kelazatannya tetap terserlah.

nieys, iklan petronas kali ini sudah tidak ada teknik penggambaran imbas kembali?

ted, saya belum sempat menontonnya, ada masalah teknikal. Apapun, terima kasih dan selamat hari raya.

lan rambai, selamat hari raya dan maaf zahir batin. Oh, di hadapan nama saya tidak ada gelaran tuan. Boleh jadi kamu terkeliru dengan kawan saya, cik tanah.

 
At 11/11/06 7:22 PM , Blogger kunci hilang said...

nurul, selamat hari raya & tentu sekali ada maaf zahir dan batin tak kira di mana dan bila.
Selamat bekerja dan berjaya. ;)

anonymous, saya akan menulis, sebentar nanti. :)

nadahahs, ermm,.. belum habis lagi. Kamu dah menyambut raya enam, barangkali?

esis, selamat hari raya.. ya, syawal masih di sini.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home