25.2.07

49 - Cokelat

Sejurus menerima duit baki untuk majalah bola yang dibeli, saya spontan meletakkan sekotak coklat beriben ungu ke tangannya.

"Wah..!" jerit gadis comel penjaga kaunter kedai buku Book 1st itu perlahan. Dia sedikit kaku sebelum menyambung, "Kamu sungguh pemurah. Tahun lalu kamu juga menghadiahkan saya sekotak cokelat."

Kuroda dan Harada berpandangan sesama sendiri. Ada riak terkejut pada air muka mereka.

Saya berwajah separa jitu. Tapi penuh keyakinan, rasanya.

Kuroda, Harada dan saya. Kami berjalan beriringan meninggalkan stesen Ishibashi.

Kuroda terus bersoal lagi, "..dan yang paling mengkagumkan dia masih mengingati pemberian kamu setahun yang lalu sekalipun kamu sudah lama tidak bertemu dengannya?"

"Ya, boleh jadi kamu cukup popular di sini ya?" Harada menduga.

Saya menguis telunjuk kiri ke lengan kanan. Termenung sejenak.

Dan lagi, Kuroda dan Harada berpandangan sesama sendiri.

34 Comments:

At 26/2/07 3:24 AM , Blogger Izariza said...

En. Kunci,

Dahulukala saya sering menerima kotak-kotak cokelat daripada si dia. Sekarang, kotak-kotak barang kemas pula :)

Selamat kembali. Dan jangan pergi lagi.

 
At 26/2/07 10:58 AM , Anonymous Anonymous said...

coklat di Eropah,yang tentunya halal di makan begitu lazat jika dibandingkan dengan coklat di Asia Tenggara.

bagaimana pulak rasa coklat di Asia Timur? saya masih belum berpeluang untuk merasainya!...

En Kunci,kamu ni kunci jenis apa? kunci pintu atau kunci mangga atau pun kunci kenderaan?

yang saya tahu kamu bukanlah kunci,kerana kamu mencari kunci yang hilang.jadi saya panggil kamu En Pintu/Mangga yang mencari kuncinya,boleh?.hehehehehe

happy days hopefully!

~Nur~

 
At 27/2/07 6:32 PM , Anonymous Anonymous said...

brader, ko dah kena tag dengan aku... hahaa...

 
At 28/2/07 9:34 PM , Blogger Masy said...

nak cekelat dr encik kunci! pastikan dalam bungkusan beriben juge yee.. :)

 
At 1/3/07 1:41 AM , Blogger kunci hilang said...

izariza, kamu bertuah ya. Saya pula tidak pernah menerima kotak berisi cokelat atau barang kemas. ;(

Oh, tapi dulu saya pernah menerima kotak berisi sepatu bola. Sepatunya sudah rosak, namun kotaknya masih ada, mungkin?

nur, cokelat yang saya makan semalam lebih enak berbanding kandos.

Saya bukan kunci pintu.

Saya bukan kunci mangga.

Saya bukan kunci kenderaan.

Saya bukan pintu.

Saya suka makan mangga.

Saya bukan mangga.

;)

Saya kunci hilang.

 
At 1/3/07 1:42 AM , Blogger kunci hilang said...

mydinz, dulu waktu sekolah, kadang-kadang saya lupa memakai tag nama.

masy, nak cekelat, boleh. Tapi camana nak antar ek?

 
At 1/3/07 2:02 AM , Anonymous Anonymous said...

salam
En Kunci..kata-2 anda membuatkan gadis melayang...dari cerita anda ...anda pasti seorang yang sensitif dan romantis...hargai pemberian Nya ni...mudah-2an hidup anda akan lebih indah lagi...

Teruskan menulis..
pembaca

 
At 1/3/07 2:30 AM , Anonymous Anonymous said...

oo di sini rupanya kunci saya yang hilang ;)

 
At 1/3/07 3:35 PM , Blogger Rie said...

indah sungguh

 
At 1/3/07 6:25 PM , Blogger Dils said...

Auwww.. How sweet.

Well.. why your colleagues/friends are perplexed?

Usually many girls would remember the guys who unexpectedly give them gifts. Especially any random guys.

 
At 2/3/07 6:30 PM , Blogger Bunga Rampai said...

Salam,

Sudah kembali :)
Apa khabar?

 
At 2/3/07 11:54 PM , Blogger kunci hilang said...

pembaca, waktu kecil dulu saya pernah memegang tali layang-layang.
Layang-layang melayang-layang.
Sebelum putus talinya.

Terima kasih atas sokongan.

Teruskan membaca. ;)

anonymous hmm.. belum tentu kot? Kunci kamu itu, hilang bersama keychain juga?

esis,
Hidup itu indah.

 
At 3/3/07 12:02 AM , Blogger kunci hilang said...

dila, coming from you especially, it's sure a vy useful tips. :)

Errm.., and I'm betting some peepers will take a crack at it soon.

Well, for that question, I'm not very sure though.

 
At 3/3/07 12:04 AM , Blogger kunci hilang said...

bunga rampai, 'ana bikhoir. Shukran.'

Kamu masih baik-baik dan anggun-anggun pastinya?

 
At 5/3/07 9:38 AM , Blogger Bunga Rampai said...

Alhamdulillah, senang mendengarnya.

Saya baik-baik saja, terima kasih.

Salam.

 
At 5/3/07 2:54 PM , Blogger Pegawai Khalwat said...

Cekelat?

Cikedi ada?

 
At 6/3/07 11:32 AM , Blogger dinoor said...

haha, cikedi takleh makan la pegawai, fast food! sakit jantung nanti, hahaha..

err, kuncisan, takde ulasan pasal 0-1 di anfield baru ni ke? Minit2 terakhir terpaksa menelan kecewa setelah merah2 bermain baik sepnjang perlawanan... itu tanda setan merah bakal juara tu...

GLORY GLORY MANYOO!!

-mydinz-

 
At 12/3/07 11:05 AM , Anonymous Anonymous said...

Kunchi, mohon check emel kamu. Saya ada emel kamu sesuatu.

Tolong, ya! :)

 
At 12/3/07 2:57 PM , Anonymous Anonymous said...

agaknya kunci hilang ni kunci hensem kot. tu pasal dia tak boleh lupa.

 
At 14/3/07 1:24 PM , Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum, encik kunci, welcome back! jazakallahhu khairan khatira! nak cokelat juga!

aliff/kulat dari makmal bio

 
At 15/3/07 5:28 PM , Anonymous Anonymous said...

masih menghilangkan diri?

 
At 23/3/07 7:17 PM , Anonymous Anonymous said...

hi cik kunci. tumpang lalu jap

 
At 25/3/07 6:11 AM , Blogger tuan tanah said...

Kini Easter sudah hampir benar.
Dan rak-rak coklat di kedai-kedai dan pasaraya sarat dengan coklat-coklat berbentuk telur dan arnab.

 
At 5/4/07 3:09 PM , Anonymous Anonymous said...

en kunci, setahun itu tidaklah lama untuk seseorang melupai orang yang telah menghadiahkan coklat kepadanya..apatah lagi coklat itu daripada jenis yang berkualiti dan mahal harganya..saya cadangkan kepada en pemberi coklat supaya menukar coklat tersebut kepada jenis 10 sen dapat 3 pada tahun hadapan dan lihatlah sekiranya penerima coklat masih dapat mengingatinya atau tidak..

emm..kalau saya, saya pasti masih ingat, tapi saya bimbang jika jawapan yang diberikan adalah "excuse me..do I know u??", tatkala coklat 10 sen tiga biji itu dihulurkan kepadanya..

apepun, selamat mencuba! :)

 
At 11/4/07 9:07 AM , Blogger rudy bluehikari said...

Sakura mekar berkembang. ranting-ranting bagai dilitupi gula kapas kesukaan kanak-kanak. April sudah menjengah. Lama juga menanti berita terbaru daripada sangkunci yang hilang :)

 
At 13/4/07 6:10 PM , Anonymous Anonymous said...

encik kunci hilang...kenapa masih belum mengupdate blog?1st time baca, terus suke.err...ur blog post i mean.hihihihi.update yek! gambatte kudasai...

 
At 16/4/07 11:48 AM , Anonymous Anonymous said...

saya sudah menunggu hampir 2 bulan untuk entry yang baru.

Alhamdulillah,saya bersabar dan akan bersabar sehingga ada entry terbaru muncul.

take ur time mr.Kunci

~Nur~

 
At 17/4/07 5:08 PM , Blogger Amiene Rev said...

kedua-duanya berbunyi seperti ichigo...

 
At 19/4/07 2:51 PM , Anonymous Anonymous said...

nampaknya en kunci hilang telah benar-benar kehilangan kuncinya..hmmm:(

 
At 22/4/07 1:25 PM , Anonymous Anonymous said...

ntah mcmn tiba2 je termasuk blog ni, pastu mcm tau je sape penulisnya..

 
At 23/4/07 1:08 AM , Blogger kunci hilang said...

bunga rampai, kamu boleh mendengar saya. Kamu hebat!
wink!

pegawai khalwat, di Terengganu, 'cekelat' bermaksud gula-gula. Kata saya.

dinoor, tunggu nanti, ulasan semi biru biru dan merah merah.

 
At 23/4/07 1:12 AM , Blogger kunci hilang said...

hana kirana, terima kasih atas pesanan. Kamu memang comel!

nbb, hensem bukan adjektif yang sesuai. Untuk kunci, sekurang-kurangnya. ;)

aliff, cokelat dah habis! Ermm.. sorry ek!

anonymous, di sini. Lihat.

 
At 23/4/07 1:21 AM , Blogger kunci hilang said...

wickedwitch, silakan lalu. Di sini belum ada tol. Dari mana tu?

tuan tanah, ingat pesanan saya. Kurangkan cokelat. Banyakkan senyuman. ;)

mialova, pastinya bukan sesuatu yang indah sahaja yang mampu dikenang.
Eh, zaman saya sekolah rendah dulu, gula-gula sugus harganya sepuluh sen untuk lima biji.
Dan.., saya ada di sini.
Ya, di sini.

rudy bluehikari, sakura menggamit ingatan lalu. Diserbu kelunakan suara nakashima mika. Nana sudah tembusi Malaysia, bukan?

hemohemo, kalau begitu kata kamu, saya akan lakukan sesuatu nanti. Tunggu ya!
ganbarimas!

amiene rev, kurang jelas. Hmm.. kamu maksudkan strawberry atau s15?

nur, saya sedari dulu lagi tahu. Kamu bukan saja penyabar. Malah baik hati. Dan jelita pastinya!
'kelip'

 
At 26/7/07 12:03 PM , Anonymous Anonymous said...

kuncihilang,
bila nk update ni? sudah lama menanti.
jgn dibazir bakat penulisan yg ada.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home