17 - Hati milik nona
Malam itu. Kami pernah bersama menyaksikan pertunjukan orang bermain ular. Dia dan saya. Dia yang mulanya saya sangkakan sebagai penjual vcd. Dan saya singgah di tapak pesta tanpa tujuan.
Dia yang mulanya saya sangkakan sebagai nona penjual vcd paling mengancam. Persis seorang artis. Dan dia bergambar kenangan bersama ular besar yang tiada bisa.
"Sudah lama menjual vcd?" tanya saya.
"Tidaklah. Baru hari ini saja," balasnya sambil tersenyum.
Ah, senyuman itu. Seperti pernah melihatnya. Tapi.. di mana?
"Awak model?" tanya saya lagi.
"Ya, model iklan sambilan."
Sedikit tersentak, saya meneliti air muka pada wajahnya. Masih dengan senyuman itu pada wajahnya yang bersahaja. Wajah yang bukan rahsia.
Dan benarlah, sejurus itu saya teringat. Dia pelakon dalam iklan tv. Telefon prabayar.
Hotlink. Cari gadis idamanku.
Lalu musim panas itu berlalu pantas. Sampai ke detiknya dedaun autumn memaparkan warna-warninya.
Bukit Jalil ke Kuala Lumpur dan Kansai. Imaginasi di awan biru. Dan dari teman, saya dikhabarkan nona yang mulanya saya sangka sebagai penjual vcd itu sudah melangkah. Dia kini pelakon drama bersiri.
Malam kelmarin akhirnya saya saksikan lakonannya. Dia dan gol. Nona masih seperti dulu. Paling manis. Sama seperti ketikanya kami singgah di kedai makan berhadapan Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan. Dulu.
Nasi lemak habis dimakan. Namun kertas pembungkusnya masih terpapar. Dan tulisan akhbar itu masih jelas kelihatan.
Nona manis kacukan Myanmar-Arab itu. Hari ini dia sudah ada pilihan hati.
31 Comments:
nona itu pasti manis. semanis nonamu. semanis teh o ais yang aku minum ini.
Aku masih meneka-neka siapa nona itu... maklumlah aku jarang menonton bioskop kalau cerita melayu.. tapi rasanya aku kenal...
Nona manis..
Nora danish..
ahaiiii cik mek molek.
tak sangka pulak dulu dia jual vcd.
hmm..dulu siti pon jual nasi lemak.kan? itulah tuah dia.
lelaki pilihan nona itu
bagaimana rupanya sekarang ya?
kerana dulu
lama dahulu
ketika dia masih bersekolah
di malaysia
bukan di luar negara
aku suka melihat wajahnya
yang tembam,
yang cute mungkin?
bukan di depan mata
hanya di majalah
tentang 'wanita'
x salah aku laa....
This comment has been removed by a blog administrator.
"Nona manis kacukan Myanmar-Arab itu. Hari ini dia sudah ada pilihan hati."
anda berhajat dengan diakah? saya kasihankan anda. ngorat aje weh!
salam..
awek kacukan myanmar-arab?siapakah dia..artis mana? nak tau boleh?tak ku sangka kuncihilang berjumpa artis..hahaha
dia senyum?hoh aku senyum buruk..muahaha bunga byk lagi..yg berkurang lelaki..muahaha
oh..si Nora danish heroin "Puteri" tu?
kalau betul dia, tak lamalagi jd menantu x menteri besar perak, Ramli Ngah talib
wa wa wa. tak mintak otograf?
wah...patut lah nona manis. rupanya nora danish. Dah milik org. Bakal. Tapi kakak dia kan lawa jugak. Nadia nadish.
Singkat benar kau di Malaya. Tidak sempat hendak minum Earl Grey bersama-sama.
~ naga
Ola
Wah u seemed to be so enchanted wif her...
Syyyyyyyyyyyyyyyyyt!!! :)
-naga
esis,
teh ‘o’ ais yang manis mungkin kebiasaannya ada di Terengganu.
Teh ‘o’ beng.
blackpurple,
mungkin mengena. ;)
won,
fakta 1: vcd yang dijual itu hanya satu tajuk. celak mak andam.
fakta 2: lalu terbukti nona itu bukanlah penjual vcd sebenarnya.
cempakabiru,
hmm.. saya pun tiada idea. Tapi ayahnya yang ketika remajanya dikatakan nakal itu selalu keluar tv.
gitartong,
cadangan yang menarik. Boleh dipertimbangkan kot ;)
my journey,
dia. Nona manis.
Ya. Jarang benar saya berjumpa golongan artis. Dan bila berjumpa, kadang-kadang saya tidak tahu dia itu artis. :(
petiais,
saya teringatkan satu tajuk lagu: Bunga Tanjung.
Tapi iramanya sudah lupa. :)
syikin,
jangan lupa makan nasi minyak ya.
op,
haha. Tidak. Belum ada idea ketika itu.
naga,
Earl Grey tersohor di KL. Agak-agak di mana ya? Saya di sekitar Lembah Kelang 75 jam sebelum berangkat dari tanah melayu.
Oh ya.
syyyy! Ha ha.
Wakatta. :)
em,
seolah-olah.
:)
Petang esok free?
melepas lah lagi
apa nak jadi
apa nak jadi
sampai sekarang
....
dapat diskaun tak beli dengan dia? tak dapat pun takpe,janji nampak dia...
Bro,
Dah check e-mail? Ada jemputan untuk kau.
sinaganaga,
to omoimas.
ron97,
ha ha.
bukankah itu lirik lagu tan sri juga. :)
izhal,
harga promosi. Tapi saya tak beli. :D
tujuh86,
sudah dibalas.
'ngeteh' dan KL menjerit lagi.
owhhhh...si nona itu rupanya..tp dengar nye hatinya sudah dimiliki...hehehe
laa....ye ke??
tak pe lah,takde jodoh awak dengan dia...
saya suka singgah di sini. kisah kamu selalu saja buat saya tersenyum.
erk.entry pasal nora danish ker?haha.comey.dia memang comey.ahaha
nona nona zaman sekarang.. siapa nona manis tu ya..
Siapa ye nona tuh?
nona? cun tak?
lain kali balik bawak 'tisu' lebih tau.. ahaha...
Ola
Hmm bila nak update ni?
kadok,
begitulah desas-desusnya. Kalau dijemput tapaukan nasi minyak ya.
nurul bahiyah baharudin,
takpe. ;)
tudungperiuk,
dan saya suka bila kamu tersenyum.
semut,
siapa bilang gadis kacukan tak comel?
ha ha.
zino & kak sya,
ada la. Model iklan hotlink satu ketika dulu. :)
orochimaru-sama,
cun!
sleepless in gelugoq,
kamu mengingatkan saya kepada salah satu lagu Allahyarham Sudirman.
'Milik siapakah hati ini..'
spyz,
petang tadi saya ke Umeda. Ada dapat tiga 'tisu'. :D
em,
ola.
Di atas sana. :)
kasutvincci,
oh, nadia nadish? Unik namanya.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home