35 - Detik dua belas malam
Toot—toot—toot..
Keretapi terakhir akan bergerak bila-bila masa. Saya melangkah pantas menaiki tangga ke terminal. Tidak ramai orang di situ. Tiba-tiba saya ternampak Yuri melangkah masuk ke dalam salah sebuah gerabak dan tanpa berfikir panjang saya turut masuk.
Sejurus itu keretapi bergerak.
"Hey!" Yuri menegur saya.
"Otsukare sama!"
"Otsukare sama deshita!!" Balasnya. "Tidak pulang ke Ikeda?"
"Tidak. Maksud saya, belum lagi."
"Hmm..?"
"Aha.., saya tersilap naik keretapi."
"Wah!!!"
Keretapi meluncur laju. Yuri nampak elegan dalam pakaian kasualnya yang disaluti jaket nipis warna coklat. Saya pula kadang-kadang terleka oleh senyumannya yang tetap manis lewat malam itu.
Dan sepuluh minit kemudian saya bertapak pulang ke destinasi. Hampir lima batu.
18 Comments:
harap2 menjadi org pertama yg komen untuk post ini...hehehhe sejauh lima batu? wahh...- musca
hehe.. seronok juga dapat menjadi orang kedua yang komen... Apa khabar Kunci...?
wah... lima batu? berapa jumlah kalori yang terbakar ye? ;)
wah, lima batu. kasihan kasihan. tidak call member untuk ambil kunci?
aiseh, sebab keretapi last ke tu tuan??? kalo tak pasti tak excercise malam2 gitu ye dak???
zaman bas mini kl. ada kutu yg memilih bas paling sesak. tak kira ke mana destinasinya. terutama time balik kerja. dan dia menikmati kesesakan itu.
lima batu, hanya kerana Yuri (^_^)
Dah biasa naik motor ke pejabat sesekali pada hujung minggu naik komuter seronok jugak.
Dapat jumpa seribu ragam manusia,Dapat inspirasi baru,Dapat tahu fesyen terkini pakaian perempuan terkini :b
Tapi yang tak tahannya bila tersalah sebut tempat tujuan pada pekerja kaunter KTM tu.
KL Central boleh saya sebut KLIA :b
Pekerja kaunter tu dah pandang semacam dah.Orang kiri kanan dah senyum dah.
Baru saya sedar salahnya.
Malu!!!!
P.S: Banyak sangat KL.Itu yang tersalah sebut tempat tu.
Uwaah! Last train tu!
lerrrr... sian...
Its nice to ride the train late at night. Peaceful. Tranquil.
Not so nice if you have to walk alone in the middle of the night, leaving the safety of the train station bright lights.
Kunci hati dicuri Yuri :)
Salam.
nampaknya tak hilangla kunci pas ni
takpe.. exercise baik utk kesihatan..
kau sanggup menapak lima batu kerana nak tatap yuri jer ker?
musca,
ya, kamu telah pun menjadi org pertama. Hmm.. bukan lima batu. Hampir lima batu sebenarnya. ;)
anonymopus, terima kasih kerana bertanyakan khabar. Saya baik2 saja macam biasa.
tuan tanah, saya tak tahu berapa banyak yang terbakar. Yang pasti, semakin lama kaki semakin pantas bergerak kerana tidak sabar untuk tidur. ;)
amanitium, ya, saya harus beritahu telefon bimbit saya belum kehabisan bateri. Dan malam itu, saya memang berdegil. Ha ha.
izhal, begitulah. Ketinggalan keretapi di bandar-bnandar sederhana besar tentunya tidak begitu menarik berbanding ketinggalan keretapi di tengah-tengah metropolis.
zizie ali, dulu, kamu pun kutu jugakah?
masy, hmm.. sebenarnya bukan kerana Yuri. Mungkin kerana ada sedikit gesa-gesa.
ahmad, sekurang-kurangnya kamu tidak tertukar Bukit Jalil dengan Stadium Merdeka.
Hati-hati kawan. ;)
sinaganaga, kembara dengan keretapi yang terakhir itu selalunya suatu kembara yang panjang. Dan indah. Walaupun selalunya keharuman dilenyapkan oleh bauan alkohol dari nafas-nafas si pemabuk.
ontahsapo, esoknya saya bangun awal juga. Ha ha.
bunga rampai, saya sukakan ayat kamu itu. :)
ibuvouge, saya ada di sini. Kali terakhir saya kehilangan kunci, saya masih ingat. Ia bukannya sesuatu yang menyeronokkan.
orochi, sepatutnya saya mengenakan pakaian sukan ketika itu. :)
semut, ia berlaku terlalu pantas. Hampir di bawah tahap sedar. Dan saya mula yakin saya tersilap keretapi sebaik pintu gerabak itu tertutup rapat.
Lalu Yuri menyapa.
dila, either by train, automobile, aeroplane or walking alone, I knew, I like the color of the night.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home