8.6.06

26 - Orang aneh

"Hari ini ada sekumpulan orang dari Malaysia datang," ujar Miyuki kepada saya sambil meniup-niup kopi panas starbuck di dalam cawan yang dipegangnya.

"Ya," saya mengangguk. Tentu sekali saya tahu apabila ada orang dari Malaysia yang datang ke kompeni kami.

"Kamu kenal mereka?"

"Oh, sudah tentu. Bukannya orang lain. Kawan-kawan saya juga," jawab saya.

"Saya suka melihat orang-orang dari Malaysia," ujar Miyuki.

"Maksud kamu?"

"Yasashii."

Saya menutup sebelah mata dengan tapak tangan. Miyuki memandang dengan wajah yang separa serius.

"..tidak seperti kebanyakan orang Jepun yang amat gila bekerja!" Miyuki.

"Maksud kamu kebanyakan orang Jepun macam orang gila?"

"Bukan. Macam orang aneh!"

25 Comments:

At 9/6/06 12:33 AM , Blogger Amanitium Cho said...

oh, orang pertama memberi komen, berasa amat bangga.

saya kurang mengerti maksud yasashi.

adakah ini memberi maksud orang Malaysia tidak gila bekerja a.k.a malas bekerja?

 
At 9/6/06 11:15 AM , Blogger ontahsapo said...

miyuki ni lelaki ker perempuan..?

 
At 9/6/06 6:35 PM , Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Oooo...kau pun menutup sebelah mata jugak...!

 
At 10/6/06 8:34 AM , Blogger tuan tanah said...

maaf.

yasashii = sweet?

betulkah?

 
At 10/6/06 9:27 AM , Blogger BooK said...

kunci:
orang jepun gila kerja. kaizen kejadah ntah. betul ke aku sebut ni?

 
At 10/6/06 1:06 PM , Blogger WRA said...

aiseh....dulu ada kenal sorang yg bernama Hasashii....selalu panggil dia sushi-san....yg bestnya, org Jepun ni susah nak marah ek walaupun kita tukar nama dia cam tu? hehehhe

 
At 10/6/06 5:38 PM , Blogger Kaklong Syikin said...

yasashii tu apa maknanya?

kiranya kunci hilang bekerja di jepunlah ya..bukan pelajar?

 
At 11/6/06 12:11 AM , Blogger Pnut said...

orang jepun gile bekerja?
dulu saya kerja kilang jepun masa lps stp, jadi kerani bos saya org jepun..kalau dia balik jepun, kami berebut kirimkan stokin yang ada jari-jari macm sarung tangan..heheh kat mesia tak der..

 
At 11/6/06 12:43 AM , Anonymous Anonymous said...

aku mmg suka sikap org jepun yg rajin bekerja. tapi aku cuma berjaya ikut budaya berjalan laju mereka saja hehe.

 
At 11/6/06 2:10 PM , Blogger loppiess said...

ada org suka ikut budaya... kuat minum aje...eerr minum coklat panas maksudku, :)

 
At 11/6/06 5:59 PM , Blogger Unknown said...

org malaysia suka bersenang-senang. itu yang istimewa. :)

 
At 12/6/06 10:05 AM , Blogger coklat~vanilla said...

apa maksud yasashii?
hurmm...mereka gila bekerja sbb tu negara jd maju
tp institusi kekeluargaan depa, kebanyakkannya hancuss

 
At 12/6/06 12:47 PM , Blogger Dils said...

The grass is always greener on the other side.

Tapi are you considered as the yasashii? or the hard working workaholic Japanese?

 
At 12/6/06 12:52 PM , Blogger Rie said...

jepun gila berkerja, malaysia gila bersuka ria. hahaha

 
At 12/6/06 1:28 PM , Anonymous Anonymous said...

kita gila mengerjakan blog

 
At 12/6/06 1:52 PM , Blogger kasutVINCCI said...

nampak sgt org malaysia malas.(rujuk cerita kunci)

 
At 12/6/06 2:48 PM , Anonymous Anonymous said...

memang aneh. orang sini tempat saya mengaji juga sangatlah kuat kerja. tapi hidup tak seimbang. ramai yang suka bermabuk-mabukan. menghilangkan tekanan sambil mengisi hati yang kosong, mungkin tidak sedar sebenarnya kurang gembira. taksub dengan budaya sendiri, kurang mengambil tahu budaya bangsa lain. kerana mereka sudah hebat, apa perlunya belajar tentang orang lain?

kalaulah hidup sebegitu, saya rela jadi rakyat malaysia. yang masih ingin kerja kuat tapi hidup masih gembira ;)

 
At 12/6/06 5:57 PM , Anonymous Anonymous said...

Pegawai JICA yang laamaaa bertugas di sini, apabila diarahkan kembali ke Negara Matahari Terbit, ramai yang mengeluh kerana akan kembali menjalani suasana hidup yang havoc lantaran sudah terbiasa dengan gaya santai orang Malaysia. Kata mereka, "Oh, kami tidak lagi akan melepak di kedai mamak minum teh tarik"

Namun saya lebih suka cara masyarakat Barat bekerja. Tidak gila dan tidak juga terlalu santai. :)

 
At 13/6/06 10:10 AM , Blogger Masy said...

yasaashi??
ermm.. happy? kah?

 
At 13/6/06 12:56 PM , Blogger Izhal said...

maksud lainnya orang malaysia malas? bukan begitu maksud miyuki?

 
At 13/6/06 4:31 PM , Anonymous Anonymous said...

kita kata mereka best
mereka kata kita best

bila kita nak kata kita best?

Sos Muslim Best

 
At 13/6/06 5:02 PM , Blogger kunci hilang said...

ontahsapo, miyuki ialah seorang gadis.

tuan tanah, yasashii bukan sweet.

amanitium, syikin & masy, dalam bahasa inggeris, yasashii bermaksud gentle, tender atau kind-hearted. Mungkin dalam bahasa melayu maksudnya ialah baik hati. kasutvincci & izhal, sudah tentu Miyuki tidak sama sekali bermaksud untuk menyatakan orang-orang Malaysia malas bekerja.

p/s. yasashii juga membawa maksud mudah atau simple. Sebutannya sama tapi ejaan kanjinya berbeza.

book, betul atau salah? Itu subjektif. :)

blackpurple, ya, saya menutup mata kiri menggunakan tangan kiri.

alex lacey, pada pandangan saya menukar nama seseorang kepada nama makanan yang popular bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan orang. Hmm.. kamu marahkah kalau dipanggil ‘cucur udang’?

pnut, sarung kaki jari sememangnya merupakan satu item yang popular untuk dijadikan ole-ole bagi sesetengah rakyat Malaysia yang datang ke Jepun.
Tips penting di dalam pemakaian sarung kaki jari ini ialah tandakan yang mana satu sebelah kanan dan yang mana satu sebelah kiri. Jangan sesekali tertukar.


op, kebanyakan orang jepun memandang kerja sebagai elemen terpenting di dalam kehidupan mereka. Bangun awal pagi untuk ke tempat kerja adalah suatu kewajipan dan yang menyeronokkan bagi menghadapi cabaran kerja.

p/s. kata kunci di sini ialah ‘kebanyakan’.

tidak hairanlah mereka cepat maju setelah mengalami kemusnahan di penghujung perang dunia kedua.

Kebanyakan mereka bangun seawal pukul lima atau enam pagi, tanpa mandi terus ke tempat kerja. Waktu di tempat kerja tidak ada cakap-cakap kosong. Makan tengah hari di kantin. Seterusnya terus bekerja sehingga pukul sembilan atau sepuluh malam. Pulang ke rumah, makan, mandi dan tidur.

Ada masanya terus bekerja sehingga mentari esok muncul lagi.

Rutin yang sebegini, saya amat bersetuju dengan komen cempaka biru.

p/s. kata kunci di sini ialah ‘kebanyakan’.


loppies, saya sudah lama tidak minum susu coklat goodday.

kel@mbu, sayangnya, orang yang suka bersenang-senang juga boleh jadi hilang keistimewaannya sekiranya mudah melenting apabila harga petrol naik.

dila, ermm.. mungkin tidak adil jika saya menilai diri sendiri. ;)
p/s. saya masih sempat menulis blog, sekurang-kurangnya. Ha ha.

esis, ada orang gila bekerja, ada orang gila bersukaria. Yang penting jangan jadi orang gila. :)

gitartong, mengerjakan blog juga tidak salah, asalkan jangan jadi orang gila. :)

p/s. kata kunci di sini ialah ‘jangan jadi orang gila’.

sleepless in gelugoq, kenapa kamu menggunakan 'pendek', tidak 'rendah'? Oh ya, saya gembira kerana pasukan Nakata tewas semalam. :)

tudungperiuk, bangsa jepun pastinya tidak mengiktiraf bangsa asia yang lain sebagai setaraf dengan mereka. Mereka merasakan golongan mereka adalah yang paling putih, paling pandai dan paling maju. Dari segi sosial, Jepun adalah ‘Amerika Timur’.

hanakirana, ramai orang jepun yang ditugaskan ke Malaysia memegang jawatan pengurus atau penasihat di syarikat-syarikat di serata tanahair. Jika mereka kekal bertugas di dalam tempoh yang lama, kemungkinan mereka akan melalui tiga peringkat:
Pertama – terkejut dan tegang melihatkan cara kerja orang Malaysia (melayu khususnya) yang agak perlahan pada pandangan mereka.
Kedua – mula dapat menyesuaikan diri dan memahami budaya hidup orang melayu. Batasan budaya dan institusi kekeluargaan muslim khususnya.
Ketiga – mula terpengaruh dengan suasana kerja yang kurang tekanan. Rasa seronok, kerja lebih mudah berbanding ketika di Jepun namun wang tetap banyak. Lalu mula berat hati untuk pulang ke negara asal mereka.

ron97, di mana-mana ada yang ‘best’. Dan di mana-mana juga ada yang ‘tak best’.

‘the most important thing is not where you are, but in what direction you are heading to’. - kuncihilang.

 
At 13/6/06 10:20 PM , Anonymous Anonymous said...

kuncisan,

i like you.
err.. your thought, to be precise ;)

 
At 13/6/06 11:18 PM , Blogger Em said...

Ola

Dah lama saya tak datang di sini!Nak kata Ola kepada anda je!

 
At 14/6/06 1:13 AM , Blogger kunci hilang said...

tudungperiuk, yang persis tidak semestinya jitu. ;)

em, ola! Sepatutnya apakah jawapan bagi 'ola'?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home