2 - Tukang gunting
Saya menerima kunjungan seorang rakan dari Malaysia yang kebetulan datang ke Osaka atas urusan kompeni. Bukan selalu apartmen kecil saya didatangi tamu yang boleh berbahasa melayu, jadi masa sebegini agak istimewa.
Ayim menegur rambut saya yang semakin panjang, dia nampak agak terkejut. Saya tidak pelik, kerana dia tidak pernah melihat saya berambut panjang selama ini.
Saya tidak mahu memberi alasan bayaran khidmat gunting rambut di sini mahal kerana itu bukan penyebabnya. Saya cuma ingin membuat perubahan. Saya memang tidak konsisten, terutama di dalam soal berfesyen.
Saya pernah ditanya Tetsuro yang kehairanan kerana saya tidak memendekkan rambut sepanjang berada di sini. Dia ingin tahu adakah agama saya melarang memotong rambut di kedai gunting yang tukang guntingnya bukan Islam.
Oh, tentu sekali tidak, Tetsuro. Rambut saya bukanlah leher ayam.
15 Comments:
slm.tq coz sudi melawat blog saya.awak bekerja or study di bumi matahari terbit tu?
ohh kamu di Osaka? ya saya juga ingin bertanya soalan yang sama seperti cempaka biru :)
ya saya pun mau tanya itu soklan jugak...
baca post macam kerja aja bunyinya
Dude!
Dua entri pertama kau ni pun dah menangkap. Harap, teruskan menulis. Sampai ke akhirnya.
cempakabiru, hana_kirana & mydinz,
saya bekerja
tujuh86,
terima kasih. Insya-Allah, saya menulis selagi termampu.
bos tak marah ke rambut panjang? mcm PM Koizumu ke?
baru semalam saya masuk blog kamu. hari ini kamu udah letakkan tapak kaki di blog saya. TQ.
harap kamu tak gunting rambut tu. sebab rambut panjangmu sangat cantik..
abang saya dulu pun tidak digunting rambutnya. bila balik msia setiap musim panas baru sibuk cari barber!
alamak... anonymous itu saya - tuan tanah.
assalamualaikum...kucing ni hilang di Osaka rupanya...Selamat Datang ke Dunia Blogging....moga kucing ni rajin menulis...
Kalau gunting rambut tu mahal sgt...gunting le sendiri...senang aje...dok depan cermin...zap sana..zap sini...trim sana trim sini...siappp!! :-)
hahaha...golek2 ketawa ni...kak lady ni dari hari tu masa kunci masuk blog akak...akak dok baca kucing hilang...rupanya kunci hilang...wakakak...dah rabun rupanya akak ni...atau pun runsing ku dah ke tahap maksima...??
nectar,
bos tak marah
tapi kadang-kadang, bos mungkin
cemburu.
PM Koizumu?
tidak. :).
sesuka hati kau,
saya sukakan adjektif 'cantik'.
Untuk rambut.
tuan tanah,
mungkin abang kamu sukakan khidmat tempatan.
Di Malaysia, menteri juga boleh berperanan sebagai tukang gunting.
Secara 'live'.
kak lady,
w'salam.
saya tiada bakat bergunting.
dan
kalau menjadi kucing, lebih elok kalau tidak bergunting langsung.
:)
jangan runsing.
saya suka melihat lelaki berambut panjang (yang terjaga rapi tentunya, bukan yang busuk dan menggerbang mengalahkan cik ponti yang ketakutan bila terjumpa paku)
suka fesyen rambut yg mcm mana?
enchek..
apa sedang jadi dengan blog anda........
taihen machimasu yo..kaite kudasai yo..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home